Meh Click Bebanyak ;)

Tuesday, March 31, 2009

Indahnya warna pelangi ;)

Finally I did it! I finished it. Alhamdulilah. Full Embun Mutiara's script is ready. The shoot is in progress. It will shoot block by block.

I dont know...Tapi berbeza rasanya apabila menyiapkan skrip secara terpaksa. Begitu menyeksakan. Bila dah habis leganya Tuhan saja yang tahu. Seperti melihat warna-warna pelangi setelah hujan turun. Cantik dan menarik.

Berat badan ku bertambah dengan mendadak sehingga ke 6.5kgs. Mungkin sebab aku terlampau stress dan kuat makan. Sekarang aku dalam proses mengurangkan balik badan aku seperti asal. Azam dan displin yang kuat diperlukan.Haih...

Takde mood nak tulis. Tunggulah.

Tuesday, March 24, 2009

~;(~

Saya sangat letih hari ini. Entahlah,susah betul nak habiskan episod Embun Mutiara ni. Tak sabar rasanya untuk menunggu hari terakhir cerita ini disiapkan. Sebenarnya saya boleh siapkan tugasan ini lama dulu cuma atas sebab-sebab yang menyebabkan mood saya hilang ialah bila kerja saya diganggu. Saya suka dikritik,saya suka dicemuh namun biarlah cemuhan dan kritikan yang membina itu membiarkan saya bangun sendiri dan cuba mencari arah saya. Tapi karya saya dicantas dan menyebabkan karya saya bukan lagi karya saya. Pada mulanya saya amt bersemangat apabila ada suara yang memuji skrip saya walaupun bukan pujian yang saya harapkan namun saya nampak perubahan dalam penulisan saya berbeza dari mula sehingga kini. Namun semuannya hampa belaka.

Kini dicantas kembali hingga konsep itu turut diubah membuatkan saya tidak ada mood langsung. Akibatnya saya terpaksa mengikut apa yang diarahkan. Hai..inilah nasib penulis baru seperti baru seperti saya!

Masih di pejabat,sanagt letih!

Tuesday, March 17, 2009

memuji diri adalah sikap yang paling mulia dari memaksa orang memuji dirinya. Mengaku produknya adalah yang terbaik adalah sikap yang sangat baik dari memaksa orang menonton ceritanya. Mengatakan diri hensem adalah lebih baik dari membuat pemedahan plastik....

Friday, March 6, 2009

Pisang berbuah dua kali

Sekiranya cerita yang ingin kongsikan bersama ini seperti peribahasa di atas pastinya pekebun sangat gembira apabila pisangnya berbuah kali dan menampakkan hasil namun ini berbeza kerana kini kita

Thursday, March 5, 2009

SUFFER?

I am suffering from .......................here. Help me...I need you hand to pick me...Please lend me your ears...please..............................

Wednesday, March 4, 2009

kEGILAAN AKU TELAH KEMBALI.

aku masih muda!yaHOO!!!Aku ingat aku dah tua,rupanya tidak.

Monday, March 2, 2009

Hantu

Aku bermimpi lagi.
Tiap-tiap hari aku mimpikan benda bukan-bukan iaitu hantu tak hantu benda lain. Mungkin fikiran aku rungsing. Minggu yang membosankan. Aku nak cepat cepat habiskan skrip ni dah aku boleh rest.

Sunday, March 1, 2009

Saat memerlukan

Too tired even to think about the post's title. Hati aku tiba-tiba jadi lara. Hujung minggu yang sungguh merungsingkan. Hati aku berdebar-debar kerana aku baru lepas minum coffee..Ya,sekali lagi. Walau aku tahu aku tak tahan dengan sebarang minuam yang berbentik kafein tapi aku tetap meminumnya. Aku tak tahan sebab dah lama berpuasa dari minum coffee dari starbucks dan akhirnya aku kalah. Setiap kali aku minum cofee tak tahu kenape aku akan jadi sayu semacam..jiwa aku ada saja tak kena,belum lagi rasa ganja atau sebagainya,coffee je dah jadi macam ni.

Dunia kerja buatkan aku kesunyian. Aku sunyi. Hanya ada Yeus,Famili dan beberapa orang teman baru yang menjadi sahabatku kini. Adakah begitu cepat aku gelar mereka sahabat? Aku terlampau cepat menerima kawan baru kemudian apabila mula rapat aku akan anggap mereka segala-galanya buat aku. Entahlah..aku suka perasaan bila sayangkan kawan.Perasaan yang bila kita nampak barang yang kawan kita suka kita teringat kawan-kawan kita,perasaan yang bila kita bergaduh atau bertengkar rasa susah hati,perasaan yang kadang-kadang kita menipu diri demi menjaga hati kawan kita. Aku takut,takut kerana aku terlampau cepat sayangkan insan yang bergelar kawan takut aku kecewa.

Tadi masa melayan perasaan seorang diri aku tiba-tiba teringat atok dan tok aku. Seorang datuk dan seorang nenek. Kedua-duanya aku gelar tok. Keduanya amat berbeza dalam hidupku. Atok,insan yang pergi meninggalkan aku ketika aku baru meyambut hari jadi ku yang ke 15 tahun. Aku membesar dengan dirinya. Siang malam ku bertemankan dirinya...Bila beliau pergi aku seakan hilang arah,sebab aku sentiasa bersama dengannya.

Tok pulak insan yang suka bergaduh dengannya. Dia seorang nenek yang sangat pelik,suka tengok gusti dan suka memberi duit kalau nak berbaik dengannya. Bukan aku tak sayang tapi arghh...orang dah pergi tak usah diungkitkan lagi..

Aku berjaya habiskan coffee prince aku. Terasa ingin bercinta..mungkin umur aku yang meningkat naik buatkan aku rasa macam tu. Malas nak fikir tapi kadang2 rasa nak fikir jugak. Tengok muka di cermin dan nampak beberapa kedutan yang merungsingkan pada orang lain tetapi tidak pada aku. Pelik..tapi aku suka..nampak sedikit dewasa.

Entahlah tak tahu nak tulis apa lagi...Yang pastinya blog sangat dapat mereleasekan tekanan yang melanda. Aku nak mintak maaf pada orang-orang sekeliling yang maybe aku tak banyak cakap sikit lately ni dan mulut aku akan bertambah laser bila aku sedang di bawah tekanan..maafkan aku...Bukan aku benci tetapi aku sedang berada di bawah pengaruh emosi yang belum dapatku kawal jika sola-soal begini melanda hidup aku. Soal apa? Aku tak bisa luahkan...Thnaks sebab faham...