Meh Click Bebanyak ;)

Monday, July 29, 2013

Suratan Kehidupan

Dengo tajuk sedih nya bunyinya kan? Kan? Kan?

Assalamualaikum.
Best tak puasa last weekends?
Dah start shopping ke?

Hmmm..lama aku menghilang kejap kan?
Ker tak perasan?
Hahahaha.

Well,
internet kat rumah buat hal.
Itulah dulu pakai maxis tetibe gatai nak tuko P1.
Line semedang exceed limit.
Tu je lah ayat dia.
Nak tunggu sambaing quota ken a tunggu every 28hb.
Memang tak lah nak top up.
Banyak cantik.
Bayar bulan-bulan..tetibe tak cukup suruh kita top up.
Menyusahkan.
Sah-sah lah umah dia 24 jam pakai internet.
Haihhhh.

Membebel kejap pagi-pagi pasal service internet di Malaysia yang never ending story.

Aku takdelah busy mana.
Last week dah start jumpa my SV (Supervisor).
And dah dapat clear picture.
Alhamdullillah.
Hopefully everything run accordingly lah.
Mula-mula dia bising jugak sebab aku ada satu subjek lagi aku carry tapi nak buat macam mana...
Kerja mak naaak memerlukan fokus.
Tak macam kerja sebelum ini.
Tapi..taknak complaint sebab aku suka kerja aku sekarang.
Alhamdullillah.

Btw,
weekend haritu sempat lah buat kuih muih dengan M.
Tart nenas dan semperit.
Tapi baru satu balang each.
Nak kena tambah lagi.
Rumah ada tiga woiii.

Ingat nak tambah satu jenis kuih lagi.
Nak beli kerepek-kerepek kat PKNS.
Kat PKNS tu dalam banyak-banyak kedai aku suka pergi kedai yang ada budak-budak jual.
Ha tu kedai anak-anak yatim.
Pergilah sambil layan dorang bersembang.
Almost three years dah aku duk repeat kedai yang same.
Harga affordable dan sedaaaaap.

Tapi part lain.
Semua tak buat apa.
This week dah start masuk kerja full time balik.
Sobs sobs.
Tapi okaylah.
Kelas dah takde.

Tapi cerita yang paling sedih ialah di 10 malam terakhir ni...
sobs sobs..
Aku tak leh puasaaaaaa.
Arggghhh bengang je masa dapat tahu.
Mana taknya...
Tapi hopefully sangat...
Cepat habits then boleh sembahyang raya.
Tak larat woiii nak ganti banyak-banyakkkk.

Okaylah..
Takde apa nak cerita sangat.
Shopping untuk adik-adik pun belum.
Kali ini lain sikit...
Tinggai tanggungjawab pada dua orang adik lelaki ku..
Dan sorang anak sedara.

Mak buyung G dah okay sikit.
Alhamdullilah she's getting better.
Tapi mild mild fever and headache tu tatap ade.
At least dia dah are selera makan sikit.
Alhamdullillah.

Dah lah tak boleh puasa.
Hari ni nak pi makan buffet kat Royale Bintang BB.
Huwaaaaa...
Aku beli kat groupon jooo.
Murah.
Macam meraikan benda tak patut.
Hahahahaha.

Okaylah...
Hopefully puasa korang berjalan lancar laaah yeeee...

XOXO,
A

Tuesday, July 23, 2013

TEKA TEKUK


Teka teki: Ada B, takde pun B. Apakah jawapannya?

Jawapannya: BUSY & BOSAN

Bila banyak kerja = BUSY.

Bila takde kerja = BOSAN.

Lately ni bosan gila kalau masuk office.

Kerja ada satu dua.
Pastu benda yang simple bak kacang putih je.
Chewah.
Tapi serious.
Bosan kalau takde kerja.
Rasa otak tak bermaya.
Masa lambat berlalu.
Kalau busy,
Eh tak sedar dah pukul 6pm.
Best.

Btw, dah Ramadan ke 14.
Alhamdullillah…
Masih puasa penuh.
Syukur.

Last week sempat lah berbukak puasa dengan geng Suria.
Actually Suria Records yang invited geng Suria FM.
Tapi ex Suria ni menyibuk gak.
Hikhikhik.
Sedapppp..makan Nandos.
Extra hot. Perghh.
Then lepak-lepak sedo-sedo dah pukul bape.
Ceh.
Then kawan-kawan ajak naik office.
Arghh…bohonglah tak rindu.
Tetibe ada Soo Wincci.
Tangkap le gambo macam orang perraaaaak.
Selama kerja kat sana idak nak ambik gambo kaaaan?
Adatlah tuh.

Well..
Weekend balik Perak.
Jumpa ayah bonda tercinta.
Sobs sobs.
Baliknya satu hari je.
Tapi aktiviti yang dirancang macam setahun.

Ayam percik Pak Cik Karim kegemaran dapat aku rasa.
Then malam char koew teoy dua pinggan lepak tempat biasa.
Hebat tak?

Time nak balik tu duk kempunan nak makan nasi beriani sedap.
Alangkah kuciwanya kedai tu telah tiada.
Pi lah cari tempat lain.
Kira substitute lah…
Masuk kedai…
Perghhhh…
Ramai orang Melayu/Lelaki/Sihatwalafiat pakai helmet tapau teh ais dengan nasi lauk kari berserta ayam.
Malu maaaak.
Serious.
Aku tapau awal sebab nak bawak balik Subang.
Kira otw tu memang hasrat nak bukak tepi highway.
Dengar tu…HASRAT.
Nak mengimbau kenangan waktu kecik-kecik.
Time balik Kedahhhh.
Malu siooottt.
Tak puasa.
Ramai plak tu…
Sabo je laaah.
Susah sangat ke nak puasa?
Haiiihhh…
Pastu repeat ayam pakcik Karim lagi.
Heaven.

Tup tup alhamdullillah…
Dah puasa ke 14.

Harini aku bukak puasa sorang.
Hmmmm..
Makan megi lah jawabnya.
Malas nak pi tapau kat Bazaar Ramadan.
Malas nak masak.
Tak tahu nak makan apa…
Takpelaaaah.

Amacam puasa korang?
Ada baaaaik kaaa???

XOXO,
A

Tuesday, July 16, 2013

Hujung minggu datang, hujung minggu pergi

Assalamualaikum,
Okay,
Macam mana hujung minggu pertama puasa tahun ni?
Syok?
Ke membazir kat Pasar Ramadan?

Aku...
Hari Sabtu berbuka kat Rawang, rumahMickey.
Memang kiteorang dah planned nak berbuka ramai-ramai.
So pagi-pagi masa aku mengamuk Giant tak antar fridge lagi.
Lepas tu bergegas ke Rawang.
Sebelum ke Rawang tengok progress rumah aku kat Shah Alam.

Sampai sana je hujan lebat sangat-sangat.
Tapi nampak lah dah siap.
Hehehe.
Alhamdullillah...hati ada sikit gumbira.
Ingat nak tengok my sis house jugak.
Same area different taman.
But hujan gila lebat.
So balik Rawang ikut latar.
30 minutes dah sampai.

Sampai je planned nak masak apa.
Yeaaaaay.
Semua orang masak saya tidooooo.

Lepas bangun semua siap.
Pi bazaar ramadan for the first time.
Beli karipap sardin.
Yum yum...
dan pelbagai juadah lain.

So aritu makan ikan bakar...
Macam-macam lah....

Malam tido sane semua repeat kuih muih.
Nasib beli banyak.
Biasalah dah ramai-ramai best kaaaan..

Hari Ahad pulak,
pagi-pagi bergegas balik umah sebab orang fridge nak datang.
Then stop kat Pasar Borong Selayang pi beli ayam.
Rancang nak makan mihun sup.
Sampai-sampai driver tu boleh cakap dia takleh masuk pak guard cakap hari ahad tak leh antar barang.....
Argghhhh..aku malaih nak layan.
Mickey yang settlekan.
Pung pang pung pang.
Masak..

Then tiba-tiba G and hubs cakap nak berbuka sekali.
Hubs dia teringin makan ketam kari.
Mickeymmg superb masak-masak ni.
So berbuka lah kami berempat empat.

Isnin pulak...
Patutnya aku pi bukak dengan budak-budak kelas.
Sekali my bro cakap nak bawa kenalkan gf dia pulaaak.
Memang kat rumah Iera, Haiqal and Mickey dah siap sedia dah.
Konon nak masak sambal sotong, sayur kacang, ikan goreng bawal,s ambal belacan.
Kek coklat dah siap as dessert of the day.
So dengan berat hati aku cancel my date dengan classmates then terus call Ali Cafe Restaurant dekat USJ Taipan.

Called still available for berbuka.
Done.
Tunggu my bro datang.
Tiba-tiba cakap tak jadi bawak gf dia.
Pulakkkss.

So kami berbuka berlima-lima di sana.
Yumsss..
Siakap tomyam dia memang terbaik wooookkk.
Serious.
Sedap gils...

So habis makan.
Balik solat.
Mickey masak untuk bekalkan budak-budak ni sambal sotong bagai.
Makan kek coklat sedaaaappp...
Pastu G and hubs muncul.
Makan reramai then Mickey siap packing tuk dorang.
Then around 11ish G and hubs balik.
My bro, iera n haiqal tido umah.

Itulah dia my weekend plus mon.

Nah saksikan gambo tak berapa nak elok...

hehehe.

XOXO,
A



Planned well, run well

I do believe in planning.
Seriously,
I even planned my yearly planning.
I think ahead...bukan seminggu dua minggu.
Tapi mostly yearly planning.
Memang aku cenggitu.

Orang kata planning tak baik kan.
Tapi bagi aku Dia bagi kita ticket for plan so we do our job and the end of the day He do his.

So,
Tetibe teringat benda ni ialah apabila my close cousin will getting married next month.
Ouh wow wee.
Aku sangat suka.
Tambah-tambah bab mencari tema and blablabla.

Okay,
back to the topic.
Wedding my sis May/June aritu went well.
Alhamdullillah.
We took almost 7 months to prepare.

Dia konon-kononnya amik aku as wedding planner tak official.
Sebab kalo sape kenal adik aku G ni memang seorang manusia yang kaki belasah je.
Aku pun tak tahu ape yang dia suka dalam hidup dia.
Minat dia pun aku tak tahu.
Serious wey..
Yang aku tahu dia kaki tido.

So...
Bila dapat tahu dia nak kahwin.
Aku terus keluarkan list budgetting.
Dalam excel gitu.
Supaya budget tak burst.

Second thing terus lock OP and OV  (PHOTOG AND VIDEOG).
Third cari designer baju.
Then empat baru cari tema.

Bila dah ade tema we easily work accordingly.
Aku cerewet, jadi aku jadikan konon-konon wedding dia macam aku punya.
Kalau dah tema English..from A to Z kenalah English.
Jangan lari atau jadi kucar kacir.

So...
Cousin-cousin aku.
Adik beradiks aku banyak tolong.
Kakak, Aimi, M, Iera, Haiqal...semua tolong.
Every week pi cari barang bagai without non stop okaaaay.
 Supaya event berjalan lancar.
Walaupun work on theme tapi make sure budget still okay.

Dia nak kahwin aku yang mcm orang gila.
But alhamdullillah...berjalan dengan lancar.
Orang kata berkat tolong menolong.
Berkat kerjasama.
Berkat berkongsi idea...InsyaAllah.
Kau jangan simpan idea kau yang bagi kau mungkin bagus...Tapi tidak orang lain.
Jangan kedekut ilmu.
Buruk cakap buruk.
Cantik cakap cantik.
Kannn..

Kahwin sekali seumur hidup kot...

So now,
after G wed...aku nak pastikan wed my close cousin Angah berjalan dengan lancar.
Sebab apa?
Sebab she asked for help.
Tak bodoh sombong.
Tak berlakon pandai plus semua bagai.
So kami berbesar hati nak tolong.
 Semoga kerjasama ini membawa kepada kejayaan.

InsyaAllah.

Saturday, July 13, 2013

Gelap

You know what?
The dark side of purchasing any electrical products from Hypermarket is LAMBAT.
It took them a week to deliver it.
The worst service ever.

Giant.
You are sucks! 

XOXO,
Your ex no longer be your loyal cust. 

Friday, July 12, 2013

Tak Nak! Tak Nak!

Ya Allah mengantuk tahan apa dah nie.
Duk menguap dalam 12x per sec.
Nasib tengah duk chatting with looooong lossssst friend.
Hahahaha.

Ni pun dah nap 15 minutes.
Blogs hopping.
Sampai diri sendiri takde hope dah.

Well,
my friend asked me try to search my own name and see what happen.

So aku google.
Alih-alih keluar gambar aku yang masih belum berhijab...well itu okay lagi.
Tapi pics pics yang aku tak suka.
Even taklah sexy maxy but still not wearing proper dressing code.
So aku tried as best as I can.
Hide this blog.
Because mostly the pics came from here.

Tapi still ada.
Sebab ada yang orang lain upload.
;(
Sedihhhlaaaaah.

Okay redha je lah.
Nak buat apa lagi nie?

Dahlah mengantuk.
Yang mengantuk.
Yang rasa nak makan murtabak.
Ayam percik.
Kek batik.
Dannn..
Okay itu over.
Sedih tapi nak makan banyak...
HAHAHAHA.

Okay bye.

XOXO,
A

Thursday, July 11, 2013

Gold Chilli

Hoyeeeeaaaah,
Waiting for my yummylicous butter chicken from Gold Chilli for my breaking fast today.
What do guys having today?
Everything seems to be okay for me so far.
I mean workload, fasting, and emotions.
Not so the emo during Ramadan like always.
Terawikh Alhamdullillah so far.
Ala baru dua hari kot.

Okaylah,
Hope you guys having a great great day today.
May Allah bless US.
Ameen.

XOXO,
A

Wednesday, July 10, 2013

Selamat berpuasa

Assalamualaikum.
Hello.
1st Ramadan sudah.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Semalam pi terawikh dok?

Hari ni supaya mood tak lemah-lemah, lembik-lembik.
Dah bergelen-gelen air ko minum Ain.

Semalam alhamdullillah, berjaya menunaikan terawikh malam pertama tahun ini.
Hopefully sampai ke hujung.
Sampai time tak leh puasa lah.
Kan?
Nak puasa penuh macam mustahil.
Tapi alangkah bagusnya kalau berjaya.
Orang pompuan ada kelonggaran.
Takpe.
Yang lelaki tu...
Takde alasan hokaaaay.
Kecuali zohor.

So pagi tadi sahur apa?
Aku macam biasa.
Pelik sikit.
Bulan puasa tak lalu makan.
Baguslah kan.
11 bulan kau melantak nak rak.
At least sebulan yang kau memang tak lalu makan.

Sahur,
aku yang penting kena ada milo. cereal or roti.
Itu je dah cukup.
Berbuka puasa.
Takda lauk pauk luar biasa.
Sama je.
Extra sebab ada dates.
Iaitu kurma.
Tapi biasalah..
Kalau berbuka ramai-ramai banyak lah juadahnya sebab ikut selera tekak masing-masing kan.
Aku macam makan tengahari je lauknya.
Satu lauk pun i jalaaaan.

So, apa azam Ramadan 1434 Hijrah korang?
Aku;
1)Tak nak tinggal solat wajib. Bulan puasa asyik berlobang je. Aku lah...Korang aku tahu full. Sobs sobs.
2) Tak nak tinggal terawikh. Cuba sedaya upaya. Walaupun hanya lapan rakaat yang mampu.
3) Nak banyakkan baca Al Quran.
4) Nak banyakkan menderma.
5) Satu hari satu proposal. Kau mampu? Tetiba azam bulan Ramadan tetibe masuk soal kerja. Eh tu penting. Periuk nasi. Kata wasatiah..Gituuuu...

Tu lah azam aku so far.

Aku siap ada schedule berbuka tau...
Ha...walaupun...

Okaylah,
bersemangat nak buat kerja ni.
Cepat siap cepat boleh tido.
HAHAHAHA.

XOXO,
A


Friday, July 5, 2013

Jumaat. What dup

Salam Jumaat.
Chewah, hari Jumaat sopan sikit.
Normally pakai baju kurung.
Tapi hari ni malas gila nak gosok baju terus ambil baju smurfs yang cute mute.
Yes I like.

For the past few months aku duk collect cartoon printed sweater from H&M dan F21.
Sangaaaat suke.

Okay,
So korang semua dah ada baju raya ke?
Aku je takde.
Entah macam takde mood nak raya.
Ahli keluarga yang dah kahwin semakin ramai.
Macam aku keseorangan pulak this year.
Sape nak tolong kemas rumah.
Sape nak tolong mak masak.
Well, aku memang malas yang amat-amat x 100 00 000 pemalas masuk dapur.
Tapi bab kemas aku memang suka muka.
Serious.
Kalau kemas berhari-hari aku boleh.
Sedih-sedih.

Jadi ianya menambahkan mood nak beli baju raya takdak.
Walaupun tgk Jovian punya baju cantik gaks.
Erm...
Kalau tak dulu,
Mimpi kita lah, mimpi kau lah.

Hari ni kat office kerja so so.
But ada satu G product aku kena buat,
Ni yang malaih.
Bukan malaih buat kerja.
Tapi malaih nak menghadap senior ni haaaaaaa.
Aduiii...
Aku dah lah kena balik awal today.
Ada PRESENTATION.
Then nak siapkan report yang delay delay tu ha.
Esok FINAL.
Die die die.

Huhhhhhhh.
Malaihnya hari ni...
It's Friday kan.

Tadi aku tengok-tengok benda-benda yang aku nak beli.
So...
This is the list: Bile nak beli?
Entaaaaaaaah...

Btw, jom berangan dulu

1) Fridge besar (GILE JAKUN)
2) Juices blender
3)TV dalam bilik. (Tapi ni ada org kata nak kasiiii..ehem)
4) Rak baru dalam bilik
5) Semua bedsheets baru untuk tiga-tiga bilik. Diulangi. TIGA-TIGA BILIK.

Okay,
That's all for now.

Otak blur duduk rumah asyik tengok movies....Hehehehe

Nak ice choco pleasssseeeee...

XOXO,
A


Thursday, July 4, 2013

Come and goes, come and goes.

Hmmm...
Akibat makan keterlampauan dua tiga hari yang lepas.
Bahananya ku rasa semalam.
Went to bed bit late habiskan buku.
Terhooked pulak.
Then nak habiskan cepat-cepat.
French style of raising babies.
Okay, btw.
Semalam duduk rumah whole day.
Rest kononnya.
But in the same time duk siapkan presentation's slides for class.

Tup tup class is cancel.
Boleh?

Bila duduk rumah satu hari mulalah...poning satu badan den.
Jadi malam-malam coffee-coffee dengan M.
Kat Wondermilk Citta Mall.
I the very like the environment.
Every time pergi sans sure rasa cozy mozy because tak crowded.
The best place to relax.
Normally kalau ada script,
aku akan lepak kat Paparich sana.
But lepas owner dia duk datang every table and greets rasa madam annoying kot.
Kadang-kadang kita ni nak privacy kan.
So, lepas Starbucks Taipan all the time.
Dah macam my  weekend's office.
Tu pun satu hal.
Kena keluar awal supaya dapat fav spot.

Btw, Tuesday lepas kempunan ku nak makan Carl's Jr tercapai dicapai mencapai.
Hahahaha.
Nak tengok movie tapi terfikirkan report yang tak siap mematahkan semangat ku.

Semalam masa kat Wondermilk best.
Hirup-hirup ice cho sebab I have to less my caffeine intake.
Maklumlah.
Baru lepas pening-pening al lalat kan.
So, sembang-sembang dengan M.
What's our next plan in life.
Blablabla.
Frust on the certains things.

We keep telling ourself not to think about.
But we still keep thinking bout it.
Yalah.
Pasal family.
Dia dengan family dia.
Me of course dengan family aku.
Nothing perfect.

Tak tahu nak cakap macam mana.
Lepas satu-satu.
Buatkan aku sendiri takut sangat nak kahwin.

Entahlah.
Susah nak cakap.

Nasib baik I have you Mr Blog.
At least aku boleh cakap apa aku rasa.
Kan?Kan?

Okay shysssh neg vibes.
Baru lepas kemas bilik.
Rupanya banyak barang freeeee.
Tak tahu nak letak mana dah.
Hahahaha.

Okay...
Mengantuk pulak.
Kenyang makan nasi lemak dengan laksam terbaik Petronas.

Arghhhh...

XOXO,
A





Monday, July 1, 2013

Random stuffs

Yes, second post of the day.

Actually
Baru lepas kemas pakaian-pakaian ku.
Sebenarnya nak kemas-kemas baju-baju yang berminggu-minggu tak kemas tu.
Btw, bukan baju tak basuh yang bersepah-sepah tu.
Ouh please.

Tapi aku ada bakul bersih yang baju yang tak sempat lipat atau dalam erti kata mencari mood nak lipat.
So mula start nak separate kan apa yang patut lah kan.
Then terbukak satu lagi almari penuh blouse-blouse yang aku dah tak boleh pakai.
Since I'm wearing hijab the so not so transparent aku boleh pakai lah kan.
Baru sedar berlambak.
Dan the best part baju yang sekali pakai.
Max usage pun dua kali.
WHAT? Yes, DUA KALI.

So,
banyak giler especially from Doroty Perkins, MNG and blablabla.
Nak pakai bila masa?
Nak bagi orang kat sapa?
Nak jual ke?
Nak jual ada ke orang nak beli?
Btw, if nak let go pun sure cheap cheap je.
Yalah, still second hand kan?

Now,
Bosan pulak.
Takde mood nak siapkakn journal article.
Sigh.
Susah buat kerja bila ikut mood ni.

Kan best,
Makan Fatty Crab sambil memandang laut.
Sedut coke sejuk.
Arghhh..

Every week pergi beaches je.
Semalam makan Teppanyaki kat my fav place.
No no, bukan Mr Teppanyaki yang tak sedap tu.
Ni kat Food Court Pavi.
MEMANG SEDAP GILS.
Nak pergi sana siap kena beratur everytime.
Tak pernah tak penuh.
Anw, Korean Food kat Pavi Food Court memang semua marvellous.

Aku just realized dulu zaman kanak-kanak muda remaja riang ria aku tak suka makan meats.
I prefer fishes.
Serious.
Tapi sekarang.
Sikit-sikit meats.
Just imagine Sabtu lepas singgah rumah nenek M sebab kenduri Aqiqah.
Siap ada kambing golek kat situ.
Tak sabar-sabar nak makan.
Lepas tu pening-pening.
Hahahahahaha.

Ingat nak movie date out tonight.
Unfortunately movie that I wanna watch not showing anymore.
Shiateeeees.
That's why.
Time showing tak nak tengok.
Harap-harap DVD dah keluar.
Baru ingat before movie makan Carl'S J.
Rindu salsanya....

Hmmmm...
Someone is hungry.
Tengok semua benda lapar.
Okay tonight I'm so gonna get my Mr Frappy.
Miss you....

XOXO,
A

Julai

Assalamualaikum.
Julai sudah menjelma.
Semakin menghampiri hujung 2013.

Cepat betul masa berlalu kan?
Tak sedar langsung tup tup dah nak masuk 2014.
Alahai...

Hari ni aku kerja daripada rumah.
Menunggu emails masuk ni ha.
Ada jobs translation sikit-sikit.
Insurance ni memang tak habis-habis.
Daripada last year buat.
Okay, taknak komen pasal kerja.

Last month for this sem.
One subject down.
Tinggal lagi satu.
Subject yang paling relax since beginning.
Last-last, macam apa.
Kena tulis journal article lah.
Short research lah.
Hmmm...

I prefer to be busy early sem than this.
Mood dah nak buat thesis tak mari-mari.
Apa kena ntah.

Ingat harini nak pi library.
Sebab fikir nak buat comparative research time PRU13 hari tu.
See how lah.

Laundry done.
Tapi malas nak jemur.
Malas lagi.
Ni tengah bersenang lenang tunggu kerja sambil menyusun wardrobe for this week.
Gitulah.

Letih bersuka suki time weekend.
Kat PD.
Arghhh indahnya...
Aku kalau pergi PD suka sangat stay kat Avillion Admiral Cove tu.
Bilik luas dan sangat selesa.
Breakfast pun sodaaaap.
Swimming pool cantik dan besaaaaauuuu.
Dah berapa kali aku kalau ke PD check in kat situ.
Bilik untuk 2 orang tapi korang boleh masuk 4-5 orang dalam satu bilik.

Nanti kalau aku rajin aku masukkan pic.
Okay,
After this no more weekend gateway ke short vacay ke.
Bulan puasa is coming.
Next week aku ada test on Saturday then next day ada run.
Feel Good Run by NTV7.
Sebab tu date dia 7.7.
Wish me luck.

Baru teringat.
Arghhhh...
Nak beli peti sejuk baru.
Peti sejuk lama tak sejuk.
Lepas tu ingat nak service tapi orang yang nak buat service tu cakap nak service baik terus beli baru.
Sebab mahal.
Betul ke korang?

Susah betullah laaaah haiiii...
Ke ada sesape nak hadiah kan peti sejuk?
*buatmukapussinboot*
HAHAHAHAHA.

Dahlah nak jemur kain,
Nak buat research.
Nak tido.

XOXO,
A