Meh Click Bebanyak ;)

Sunday, September 27, 2009

Protaip VS oriTAIP..

Abaikan tajuk kerana itu seperti biasa hanyalah apa yang terlintas di kepala otak aku. Apa yang penting?Bukan kerjasama tetapi entri yang cuba aku lunaskan. Berjumpa dengan rakan-rakan lama yang ada daripadanya 11 tahun tidak berjumpa....

Bertukar kad nama dan berpeluk mesra antara rutin yang sudah semestinya dibuat. Bukan apa..rasa rindu dan gembira melihat perubahan rakan-rakan yang dulunya nakal tidak terkira dan ayat poyo yang dulunya belum ada seharusnya diberikan kepada mereka dulu.. Tapi kini masa mengubah segalanya.. Walau secara jujurnya ada di antara mereka yang tidak pernah rapat tetapi kini ia menjadi bagai dalam satu ikatan,mesra dan rapat...

Aku seperti biasa menjadi pendengar setia dan memang begitu.. Aku kurang bercakap..percaya atau tidak...itu memang aku..cuma dengan yang aku selesa tak perlu diminta....sampai tak berhenti pulak...

Masa yang mengembirakan kiranya jika dalam alam yang lain kawan amat mengecewakan namun...kawan sekolah adalah terbaik buat kita... Hujung minggu yang amat mengembirakan bukan sahaja pada aku..tetapi buat kita semua dengan insan yang bergelar kawan-kawan.. Terima kasih..

Ok..beralih ke bidang kerja...

Drama soal 1malaysia harus diterapkan dalam drama-drama aku kini. Walaupun tidak kepada drama tv tetapi drama radio agak membuatkan aku kekok seketika.. Maklumlah..masa belajar pun tak penah aku pelajari cara-cara mengarang drama radio.. Tetapi serba sedikit pengalaman aku dalam drama tv dan layar perak..aku garabkan menjadi satu. Walau tidak sehebat mana namun gembira sekiranya rakan-rakan di radio gembira dan suka...

Segala kritikan dan pandangan jangan risau...aku terima...

Seorang lelaki yang sukakan muzik-muzik Tamil dan mencari gadis yang bercirikan Tamil.. Ermm.. unsur komedi... Suka suka...

Tunggu drama aku ini..bukan di kaca tv..tetapi di corong-corong radio pula... Walau apa pun sumbernya.. minat yang aku ada harus terus disemai.. agar ia menjadi paku yang kuat dan keras..

Menulis ku bukan kerana nama..

Insyallah..

Saturday, September 26, 2009

Yo Iyo Yo!

Tidak sekaya dulu..Tidak semewah kisah lalu,
Namun kegembiraan ada di sisi yang tak perlu masa tapi ditempa...
Alhamdulilah..

Burung pulang ke sarang...

Click here to view these pictures larger

Friday, September 25, 2009

Tanda penghargaan

Topik harga mengharga bukan lagi soalnya..

Soalnya perlukah penghargaan itu? Bagi aku yang perlu...
Berjumpa dengan seorang consultant Pru BSN buat aku benar-benar berfikir. Patrick ni kalau dengar dan pejam mata seolah-olah berbangsa Cina tapi bila jumpa katanya African Chinese.. Biasalah..ejen insurans seharusnya pandai membeli dan menjual kata-kata.

Sambil aku mendengar dia berhujah panjang dengan salah seorang kawan aku di sini..PR,ku gelarkan dia sebagai Mr F. Begitu kusyuk benar dia menerang tiba-tiba aku tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi..

"Saya kalau jumpa orang Melayu banyak yang kata leave it to God...buat apa merancang kalau Dia yang menentukan, Tapi cuma u all fikir...Tuhan berikan kita akal...takkan kita nak diam tanpa mmemberi penghargaan atau bersyukur kepada tuhan dengan akal yang dia berikan?Yes..tuhan menentukan but kita kena merancang..the rest leave it to God.."

Wah..pandai betul dia berbicara..Jadi aku rasa tenang dengan kata-katanya kerana aku ni orang yang sangat "merancang" perjalanan hidupku walaupun aku tahu hanya Dia yang menentukan..

Menjadi perancang kepada kehidupan sendiri bagi aku tidak salah kerana apa yang kita rancang adalah apa yang kita mahukan... Salahke kalau kita menghitung dan bertaruh nyawa di atas apa yang kita mahukan... Haruslah kita berusaha untuk dapatkan..yer tak?

Penghargaan pastinya milik Dia yang mengurniakan akal dan fikiran pada aku dan korang semua... So,,laksanakan dengan baik..

Jadinya..penghargaan itu perlu. Lebih kepada bersyukur sambil menggunakan apa yang diberikan ke jalan yang tidak bersimpang siur.. Tapi simpang siur itu indah dari jalan yang lurus. Sebab simpang siur mengajar kita lebih berhati-hati dan tidak leka...

Erm....teruskan merancang perjalanan hidup kita meskipun Dia yang menentukan namun kita gunakan apa yang Dia berikan...

Allahu alam...

Thursday, September 24, 2009

Kereta kecik

Pon pon pon pon,
Pon pon pon pon,
Bapa ku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.

Motif:Don't spread rumours...

Wednesday, September 23, 2009

Ari Bahagia

Selamat Hari Raya Kawan-kawan...

Apa khabar semua...
memandangkan hari ni hari raya ke empat kan...pastinya semua masih dalam simpang siur mood raya kan?

Aku?mood kerja telah datang.. berjanji sebelum raya dan kembali menunaikan janji itu sesudah raya...

Alhamdulilah..perjalanan yang melancarkan dan amat menyenangkan.. Inspirasi kampung yang dibawa ke kota amat menggembirakan sehingga cukup urat-urat ini menerima makanan...

Aku rancangkan pelbagai perkara yang harus dilaksanakan dalam bulan ini sebelum berjalan-jalan di hujung tahun ini.. Destinasi yang dijangkakan harap dimakbulkan tuhan..

Acu ku berikan seekor kumbang padanya...dan aku sendiri dihadiahkan dengan seekor kumbang yang pastinya lagak sopannya mengingatkan aku kepada seseorang...

Harap dia seperti dia kata hati aku.. Namun kita hanya merancang dan Dia yang menentukan.. Aku telah menjalankan tanggungjawab aku dan aku serahkan padaNya untuk menentukan adakah dia buat ku?

Adakah juga impian dan cita-cita aku akan dimakbulkan tahun depan? Hanya Dia yang tahu...

Indahnya hari raya kali ini tiada tandingan seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun hakikatnya dalam bulan Ramadhan mengingatkan aku bahawa aku kehilangan orang-orang tersayang dalam bulan itu...

Berakhirnya Ramadhan berakhirnya dugaan yang sangat menduga.. Alhamdulilah...

Kini munclnya Syawal..harap diiringi dengan cahaya penuh kegembiraan...

Pimpinlah tanganku mengikut Mu.. Bawakanlah aku kepada Mu... agar aku turut merasa cahaya itu walaupun sedikit..

Ingatkanlah aku selalu...

Amin...

Wednesday, September 16, 2009

Munculnya pula si anak bulan

Bulan Ramadhan semakin menghilang, munculnya pula Bulan Syawal. Difikirkan balik apa amalan yang dilaksankan sepanjang Ramadhan memang menyedihkan.

Manusia biasa yang melengkapkan urusan menongkat dunia lebih diutamakan dari beribadah seperti mati esok harinya.

Malam Lailatul Qadar berlalu begitu saja. Sedih sedih. Tapi sesungguhnya puasa tahun ini ada sedikit perkembangan kebaikpulihannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.. Alhamdulilah..

Raya pula semakin menjelang. Tiada apa persiapan hanya sedikit kuih muih untuk keluarga dan saudara mara,sebelum bersedekah kepada yang lain,apa salahnya dimulakan dengan yang dekat terlebih dahulu.

Baju masih belum dibeli melainkan membeli baju buat adik-adik tersayang. Mengingatkan diri sendiri..walaupun ada rezeki lebih tetapi duit tidak harus dibazirkan kerana mencari duit bukanlah benda yang senang..

Harap dengan keberkatan bulan Syawal yang bakal menjelang ini..projek penulisan luar kawasan akan bertambah,amin.

Berharap projek yang telah dibincangkan ketika Ramadhan akan menjelang tiba nanti..Amin..

Beberapa pengumuman penting juga akan dikongsi selepas habisnya Ramadhan ini. Doakan aku kawan-kawan...Insyallah...

Sangat gembira bukan kepalang apabila kita berdiri di atas kaki sendiri,berjalan dan bertatih sendiri. Walaupun pada mulanya agak sukar menapak namun hakikatnya Allah itu tidak kejam.. Dia diberikan sedikit cabaran namun disusuli pula dengan keajaiban yang tidak ternilai.

Dimulai usaha,diakhiri doa dan tawakal..serahkan padaNya.. Ucapan yang sungguh berkesan.

Kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan semangat,dorangan,bersama aku susah dan senang,jatuh dan naik aku..terima kasih tidak terhingga sebabnya inilah nilai persahabatan kita...

juga kepada yang suka membaca blog ini kalau ada... Thanks...

Bersama-sama kita mendoakan keberkatan yang lebih melebihi hari-hari sebelumnya selagi Ramadhan masih ada ini.

Sunday, September 13, 2009

Ouh tidak!

Berdosakah jika aku meminta sesuatu perkara yang akan terbukti akhirnya di segerakan?

Friday, September 11, 2009

Selara dia

Dakwahnya dihalang dan diberikan pelbagai ugutan,
Malah ada yang sanggup membunuh..

Namun Dia tetap berdiri kukuh tetap satu tetap pandang ke depan kerana yakinnya dia..
Tahu tiada apa yang perlu dikesalkan apatah langkah ini telah diaturkan olehnya.

Mengingati peristiwa Hijrah,
Bukan sekadar pada bulannya tetapi mempraktikkan apa makna tersurat dan tersirat dari peristiwa itu.

Mengigatkan diri,Allah mengatur langkah dan perjalanan ku,hati terasa sayu.
Tak perlu gusar kerana ku yakin Dia bersama ku.

Pujian yang tidak terhingga kerana memberikan rasa ini...
Rasa diri dihargai walau tidak oleh manusia
namun hanya Dia yang memahami.

Hargai diri kerana aku tumpang milikNya. NikmatNya,KasihNya.

Terima kasih selagi nyawa dikandung badan selagi urat tersirat di badan.

Thursday, September 10, 2009

Masa

tempoh pra matang telah berlalu,dan tidak mungkin akan berulang.
Sujud yang kurang harus dilaksakan segera sebelum menjelang tempoh masak yang lebih melukakan.

Ya,seperti kata para-para anbiya,hidup untuk dilukakan.. Bukan hidup yang hanya memandang,merasa dan menghidu tanpa apa-apa.

Merasa segala, adalah bukti Dia masih sayangkan kita dan sedar kewujudan kita. Jauhkan mengeluh dan terdengar keluh kesah yang mendukakan... Inilah bukti kehidupan kita. Rasul Junjungan juga tidak lepas dari dugaan namun Allah titipkan permudahkan jalannya kerana dia manusia yang istimewa.

Kita? Tidak setanding dia namun ciptaan kita juga istimewa... Terimalah dugaan yang melarakan dengan berbesar hati. Syukur harus dilengkapi praktikalnya...

Alhamdulilah...dan lima waktu harus diseiringkan...

Wednesday, September 9, 2009

Lalang

jangan samakan hidup mu dengan lalang
layu dan lemah setiap masa,
apatah lagi ketika ditiup angin,rapuh...

dipijak-pijak pula oleh tak kira manusia atau binatang..kerana tiada harga...
sedangkan rumput dibuat makanan untuk makhluk tuhan namun tidak lalang..

Lalang,
hidupnya mudah...bila panjang dikerat-kerat... sebab ia nampak serabut.

Nak ke kau dan kau menjadi lalang... rapuh dan layu.. kejap ke kiri kejap ke kanan
Tiada prinsip haluan,...

?

Tuesday, September 8, 2009

takdirnya

Hati yang bersimpang siur susah hendak diluruskan..otak yang dipenuhi ulat-ulat sukar dibuang..Melekat bagaikan lintah sawah yang tak mahu melepaskan darah yang segar..

Kaku lagi memikirkan soal ini.. Adakah takdirnya aku di situ? Adakah takdirnya aku hidup di situ dan berjaya di situ? Oh Tuhan...berikan aku jalan...

Sesungguhnya aku memerlukan jawapan. Jawapan yang enak untuk aku lalui saat-saat pahit getir yang bakal diberikan oleh Mu..

Tiada lagi omongan kosong dalam fikiran ku hanya satu perkataan yang amat melarakan.. Pergi atau Tidak?

Walau seharusnya dibekalkan dengan ilmu namun kadangkala ragu-ragu itu amat merunsingkan. Aku mula tidak percaya siapa kerana orang yang harapkan hari semalam..tidak lagi seperti itu hari ini...

Kuat benar ujian ini apabila terpaksa menerima seorang 'manusia' yang kita harapkan rupanya adalah seekor nyamuk yang dalam diam-diam mengigit. Mesra..namun gigitannya berbisa.

Bisa sungguh dia. Sekali tersa cukuplah rasanya... Bukan tidak mahu memaafkan namun..'cukuplahhhh...'..

Kaku..harus difikirkan jawapan ini... Pergi atau Tidak...?

Kun Fa Ya Kun

Kun Fa Ya Kun maka apabila Dia titipkan bicara demikian jadilah segala apa yang dikehendaki. Itulah yang Dia Maha segala-galanya.

Apa yang aku cari dalam kehidupan mungkin takkan sama seperti apa yang kau,kau dan dia cari. Kerana Dia memberikan sama yang berbeza. Manusia yang sama asal usulnya namun berbeza pula cara pemikiran dan segala-galanya.

Aku titipkan setiap ruang bicara yang ada namun jadi atau tidak terpulang padaNya kerana Dia yang menentukan.

Jelak aku melihat orang yang bongak dan angkuh bahawa mereka seperti Tuhan bisa merubah dan membuatkan manusia sejenis tunduk kepadanya... Tunjuk bahawa hanya dia yang berkuasa sedangkan dia tidak punya apa-apa kerana semuanya pinjam belaka.

Melihat ke ruang kiri pula banyak manusia dengan ragamnya. Mudah marah dan cepat pula tersinggung apabila ada saja yang tak kena.

Ke kanan,si dia yang penuh gelak ketawa namun aku tidak pernah tahu adakah si dia ini sedang menutup segala duka lara bagi mengembirakan hati bukan orang lain tetapi dirinya sendiri.

Dan aku... masih kaku. Seorang manusia yang tetap biasa dan sinis namun penjadi pemandang untuk semua. Bukan untuk dibezakan tetapi hanya sebagai pemerhati yang turut sama punyai rasa seperti mereka. Kerana apa? Kerana kita adalah sama.. Kejadian yang sama serta diciptakan oleh Si Dia yang tiada tandingan.

Saturday, September 5, 2009

Di mana dia anak kucing saya...

Tiada mood menulis tetapi mood untuk mencari nasi beriani the best in town...

Know where?I'm craving for nasi beriani....

Thursday, September 3, 2009

Syukran Ya Zillah

Happpy....it's hard to describe not Webster hasnt' found that words how to express it... Alhamdulilah..

Saya sangat Hip Hip Hoorey dengan kerja saya...dan my surrounding..until I forget bout You...Ya,I mean you....(ma blog)..

No any good or bad(i hope takde til forever)news... Melalui ibadat puasa seperti yang lain...Hope sampai habislah ek...Tak larat nak ganti bebanyak dah ha...

Ok..cumanya jobs menulis agak kurang tapi...adelah rezeki sikit-sikit...;)

Till then...

P/s:Erkk...istilah perigi mencari timba tu still boleh pakai takkk???Hahahah...