Meh Click Bebanyak ;)

Wednesday, September 23, 2015

23 September 2015

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum.

Yeay, esok cuti sempena Hari Raya Haji.
Korang semua balik kampung ker?
Bestnya kalau balik...
Ku hanya duduk di rumah tapi dah berjanji dengan warga Puncak Alam (my uncle and auntie also cousins) to celebrate it together gather.
Janjinya solat raya sama-sama dan lepak makan potluck kat rumah Yang (my third auntie my mom side).
InsyaAllah.

Well,
Harini 23/9/15 bermakna ada lagi dua hari aku bekerja sepenuh masa di Publicis Groupe Malaysia.
Ke mana aku pergi selepas ini?
Hahaha...hanya mengikut ke mana kaki melangkah.
Serious takde plan nak ke mana.
Just tahu nak buat apa je.
Menulis.

Niat di hati sempena 2015 ini walaupun nak sampai ke penghujungnya...
Aku nak fokus...
Pada dunia menulis buat sementara ini.
Seriously, badan aku letih gila.
Kerja kat agency tak macam time aku kerja kat radio atau TV.
Kau ada masa jugak nak melepak dan whatnot.
Sini kerja non-stop.
Balik dah letih tak bermaya, satu skrip aku tak jalan jawabnya.

Jadinya,
Memang susah nak pilih.
Dua dua benda aku cintai.
Tapi sesungguhnya dunia penulisan skrip lagi dekat dengan jiwaku...
Takpe, ada rezeki dunia iklan masih di hati.

InsyaAllah...
Hasrat di hati nak kembangkan sayap ini.
Nak mula tulis filem... (ada yang sedang ditulis).
Moga-moga ada cahaya yang menanti.
Bila difikir-fikir balik, memang boleh tamak.
Boleh kerja dua-dua.
Tapi otak dan badan aku juga perlukan rehat yang secukupnya.
Sebab itu aku memilih antara dua.
InsyaAllah...

Hasrat di hati juga nak meluangkan masa bersama ayah bonda tercinta.
Tahun depan dorang dah pencen.
Jadi nak qada time...
Hahaha...
InsyaAllah, Allah knows best.

Cuma...
Sedih nak tinggalkan kakak kakak yang best-best.
Dah macam satu keluarga kecil kami ni.
Ya Allah macam-macam ragam, macam macam perangai.
Tapi dorang antara penyokong kuat aku...
Sedih tetapi rezekiku bukan lagi disini.
InsyaAllah we are always one family.
InsyaAllah...

Lagi terharu bila Isnin lalu dorang buat surprise kat aku.
Dengan otak kelam kabut nak ke recording...
Dorang berjaya.
Tengoklah apa yang dorang bagi ni!!!
Ya Allah terharu untuk entah kali ke berapa...
Terima kasih sangat-sangat.
Semoga murah rezeki kalian.

Dorang dah siap sedia di pantry dengan belon, nandos dan hadiah bagai. Weyyy, sweet sangat korang ni...

Tengoklah hadiahnya... Taraaaa...

Uisssshhh... To collection! Alhamdullillah.
Haritu memang dah tengok teapot tu tapi Mickey cakap jangan beli lagi sebab baru beli set kat KitchenShop. So tahaaaaan jer lah... Alih-alih dapat! Alhamdullillah... Sebab memang tengah kumpul design yang sama.

Semalam pula, tiba-tiba one of the kakak kat depan called cakap sini kejap. Pergi kat recep tengok-tengok ada bunga daripada Amin, Hana dan Farah. Sweet lagi.


Manisnya korang semua.
Hanya Allah yang mampu membalasnya...

Semoga kita sentiasa keep in touch.
Sobs...sobs... Malas nak tulis lagi.
Sebab dah sedih ni!

Bye!

A

Friday, September 18, 2015

Thai Odyssey Malaysia

Assalamualaikum.
Yes it's Fri-Yay!

Btw, masih bersiaran menerusi telefon. 
Jadinya kalau banyak typo paham-pahamlah malas nak scroll atas dan betulkan tak sama macam type di PC atau di laptop.

Baiklah.
Tengah ada masa free, I am counting days anyway.
Counting days untuk apa nanti kita cerita.

Last weekend.
Ku dengan Mickey penat gila dan aku memang malas yang amat nak keluar Ahad haritu.
Tapi Mickey cakap dia nak belanja massage session.
So aku pun terua okay dan planned nak urut kaki sajo.
Jadinya Mickey called Thai Odyssey Setia City Mall which is first time kiteorang nak berurut di sana.
Normally favourite place ialah cawangan Main Place USJ 1 sebab tak tipu setiap kali datang memang tak pernah menghampakan.
Tak kisahlah walaupun tukang urut bertukar tapi the technique the feel semua best.
Tapi memandangkan kitaorang ni bukan mengurut time weekend je so main redah je lah.
Kejap kat Main Place, Tropicana City Mall, Tropicana Country Club, The Curve, Bangsar Village, Empire dan yang terkini di Setia City Mall.

Memang excited sebab sekarang sejak berpindah ni memang paling dekat dengan rumah, so kalau best memang akan datang tiap-tiap bulan punya.
Malangnya...
Malangnya...serious macam hampeh!
Tak sedap langsung!
Orang tu urut ikut suka hati macam takde teknik!
Ingatkan aku sorang rupanya Mickey pun berpendapat yang sama!
Huhhh!
The worst branch ever!
Serious...urut macam malas gila, lepas tu bersembang dengan kawan sebelah... 
Takde etika langsung!
Harapkan bilik je best service macam hampeh!
Sorry memang marah gila sebab kami tengah letih and we pay for your service end up sucks!
Habislah reputation Thai Odyssey branch sana teruk.
No wonder takde customer.

But no doubt other branch memang okay (seperti yang dinyatakan kat atas, kecuali Setia City Mall).
Environment, harga semua affordable.
Boleh check website dorang but normally whole body massage RM260 plus plus for 2 pax.
Memang awesome kecuali seperti yang dinyatakan dekat atas.
Kalau korang jenis yang akan datang tiap-tiap bulan baiklah amik pakej dia sebab cheaper.

Baiklah...
Di bawak ini sedikit picture Thai Odyssey yang boleh dikatakan semua branch dia diberi interior yang sama, muzik sama semua sama kecuali tukang urut!
Hahahaha.
Okaylah kepada yang teringin silakan... Tapi sila jangan ke seperti yang dinyatakan di atas.
Sekian.



xo, 
A

Monday, September 14, 2015

140915

Assalamualaikum.
Good afternoon.
Salam sejahtera salam 1Malaysia.

Hamboi over sangat memandangkan tengah mencari mood nak menulis artikel.
Yawn, alasan sangat!

Okaylah how was your wekend?
Best ka?
Masak apa?
The hazzy weekend, never ending story.
From previous years last year this year and maybe next next years problem ni takkan pernah habis.
That's why kitaorang memang stay indoor.
Lepak kat rumah...tengok movie.
Bersembang.

Actually weekend mula-mula aku dengan Mickey je.
Kakak tak balik SA, Nana tunggu dari Jumaat tak sampai-sampai.
G-ah hal in laws dia.

So kitaorang berdua memang dah planned nak masak apa last weekend.
One day prep.
Habis kerja on Friday terus zasss ke Jaya Groccer kat Bukit Jelutong
Dia nak cari salsa favourite, iols pulak pantang melihat barang-barang fresh.
Jaya Groccer and Village Groccer is our fave freshhh stop.

So bila dah planned dah masak semua benda dah beli.
Malam tu siap beli all thoses not so healthy snack sebab nak melepak tengok Running Man.
Yes mission accomplished sangat!
Siap tidur depan TV okay! ;)

Bangun pagi Sabtu yang indah walaupun jerebu, tetap bangun pi bukak semua tingkap, sliding doors and start to di my laundry.
Sambil-sambil mengunyah Coco Pops, Mickey cakap dia teringin makan roti canai. 
So zasss dia keluar ke mamak depan and iols sort out baju and whatnot.

Balik-balik roti canai nasib baik sedap walaupun tak boleh lawan Kayu Kandar Taipan but still alhamdullillah ;).
Sambil lepak tengok TV and tangan pantas melipat baju.
Dah nak dekat 12ish kami bergegas ke dapur.
Akhirnya TomYam, telur dadar, ayam goreng kunyit siap segala.
Alhamdulillah...;)


For tea time kami memang terajin melampau masak cucur udang besar punya for the first time. 
Sambil tengok resipi KakGee.
Nyummsss sodaaaappp ;) apatah lagi minum dengan air teh kosong panas-panas. 
Nikmatnya tak terkata ;).




Dah petang Nana bagitau kata nak datang.
Mickey pulak datang mood nak bak pavlova memandang cheese cream dan bahan-bahan buat cake memang sentiasa ada je kat rumah tu.
Strawberry ada, orange ada, mango ada so zaasss dia siapkan sementara aku duk menghabiskan novel untuk projek terbaru.

Tadaaa...

Walaupun meringue tak hebat lagi tapi rasa dia lebih sedap daripada Pavlova Alexis ke Serai ke... mickey tapau.
Yalah homemade ;).

Nana suka giler, datang pulak G-ah, Hafiz memang semua makanan licin tak membazir. 
Alhamdullillah ;)
Sambil makan, sambil tengok premier Let's Be Cop.
Memang indah hari Sabtuku.
Nana tidur di rumah, G-ah pulang ke  sarangnya.
Macam semalam, harini tidur depan TV lagi. ;)

Esoknya pagi-pagi Mickey dah bangun buat nasi lemak.
Habis makan, Nana nak balik rumah dia yang sekentut tuuu..
Pastu kitaorang siap-siap nak pergi Setia City Mall nak pi foot massage and dinner teruih.

Huhhh...first time rasa Thai Odyssey worst gila.
Dah lah urut macam takde teknik. 
Arghh tu nanti ku akan ceritakan kat post lain (kalu rajin).
Lepas mengurut, pi makan Paparich konon nak makan Ipoh Hor Fun tapinya huhhhh awatlah kualiti kat sini semua tak dijaga?
Stresssss iols!!!
Jadinya jalan-jalan cuci mata konon nak cari kemeja putih nak ke konsert Afgan.
Malangnya tak berkenan.
Balik rumah beli potato bun sambil makan dengan G-ah and family sebab dorang menyinggah kejap.

Begitulah weekendku.
Alhamdullillah...
Harap weekend korang pun very the happening.
Stay indoors ya!


Nah tengok perangai Wiwi sekarang.


Have a nice week ahead korangs!

xo,
A

Monday, September 7, 2015

Nikmat


Assalamualaikum.
Good morning.
Selamat Hari Isnin dan semoga hari-hari anda sentiasa berjalan lancar dan dirahmati olehNya.

Bagaimana hujung minggu mu?
Huhhhh...
Harap-harap semuanya indah-indah belaka.

Hujung minggu ku dimulai dengan seawal mungkin.
Teringin makan sambal udang makanya tukang masak hebat memenuhi selera ini.
Duk mengemas rumah yang tidak habis-habis.
Letih dan rimas sebenarnya.
Tapi kalau sekadar kata-kata yang diutarakan, alamatnya semua benda tak berginjak menjadi apa.
Masih belum selesai.
Satu hari mata melekap pada TV.
Tangan pula melipat menyusun tudung-tudung yang tak putus-putus aku beli.
Baru sedar membazir.

Ahad pula pagi-pagi ke rumah lama.
Kemas bagi habis semua.
Kali ini memang rasa nak pitam.
Huhhhh...
Cadangnya untuk beli barang daput tergendala.
Dek akibat letih tak terkata.
Sebelum balik Shah Alam sebab singgah ke restoran Ayam Kampung Hassan yang terbaik tokkk di Taipan.
Buat seketul tetapi dua ketul seorang.
Dengan sup sayurnya yang meletop.
Memang craving satisfied bak kata omputih.
Sampai rumah melepak sekejap dan terus rasa nak bake.
Akhirnya terjadilah brownies buat minum petang/malam.
G-ah and family pulak datang...
Nak tunjuk baju kurung terbarunya (hasil jahit sendiri).
Satu malam melayan Sarah sampai dia tidur sebab paham mummy dia mesti letih 12 jam belajar menjahit ;).
Akhirnya kami semua tertidur depan TV.
Berselimutkan comforter, aircond terpasang sejuk bedi dibuatnya.
Alhamdullillah masih dapat terasa nikmatnya ;).
Syukur masih dapat bersama-sama keluarga, dapat menikmati masa 'bersendiri'.
Alhamdullillah.

Harap weekend korang seronok-seronok juga.
Nahlah tatapan gambar yang tak seberapa.

   Mencuba pancake pada hari Sabtu. 
   Alhamdullillah berjaya. ;)
   Hidangan tengahari Sabtu. Berganda-
   ganda bila dapat petai besar dan fresh.
    Orang melepak dia pun melepak.
    Apa yang letih sangat entah...;) 
    Sebabkan amatur, bahan-bahan kena
    disusun agar tidak lupa...
   Hasilnya. Sedikit manis... ;)
   Pagi tadi melihat wajah si dia begini
   terus hilang Monday Blues...;)



Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi cerita. ;)


Xo,
A



Wednesday, September 2, 2015

Huwaaa...

Letih. 
Counting days.
For a brighter sky soon.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...