Meh Click Bebanyak ;)

Tuesday, December 23, 2008

Sekali lagi.

kerja.........kerja.............kerja..........i will come out with a good story insyaallah!!! AMIN

Akhirnya Part 11

Ok,sambung cerita semalam sebabnya semalam aku mengantuk sambil menunggu sms dari Afiq yang tak kunjung tiba.Aku tertidur.

Dunia kerja yang aku sangkakan akan memberi sinar cahaya buat aku semuannya seperti kisah fairy tales yang takkan wujud sampai bila-bila.Aku agak tertekan dengan sikap bos aku yang tidak pernah menghargai pekerja.Aku suka berkerja tapi situasi yang menyebabkan aku bosan dengan semua yang ada.

Aku cuba mencari alternatif lain.Selain ingin menolong salah seorang kawan baik aku managekan bisnesnya,aku plan untuk mengembangkan sayap aku dalam dunia penulisan.Aku ingin bergerak bebas agar aku puas hati dan boleh belajar berdiri di kaki sendiri.Yang penting aku perlu berani.

Selain daripada plan-plan di atas aku juga akan sambung belajar demi harapan kedua orang tuaku yang ingin aku berbuat demikian.Apa sahaja untuk mereka asalkan doa mengiringi aku.Amin.

Aku sekarang akan berusaha dengan lebih keras lagi agar proposal aku akan diterima.Aku kena kuat.Ditolak tidak bererti gagal.Aku dah biasa dengan keadaan itu,tapi Insyallah,Allah tidak akan hampakan hambanya yang berusaha.Insyallah.

Aku sunyi harini di pejabat.Veron,kawan baik aku bercuti untuk Xmas.Itupun setelah berhempas pulas meminta cuti.Kesian aku tengok dia.Orang lain dengan mudah mendapat cuti,inilah yang dikatakan pilih kasih.Entahlah.Manusia.

Sekarang aku tengah sibuk membuat treatment dua telemovie aku yang telah di approved oleh Astro Ria iaitu

1)Matakata Adra
2)Lu'lu.

MAtakata Adra konsep aku guna pakai konsep "My left Eye can sees Ghosts".Sebenarnya cerita aku lain tetapi Astro meminta aku mengubah sikit cerita ini.Kenapa matakata?Matakata bermaksud mata.Aku amik dari kamus.Pelik sikit bunyinya.Tajuk ini aku fikir bagai nak rak barulah jumpa.Pening sebab tajuk ialah tarikan utama untuk TV mahupun penonton menerima cerita ini.

Lu'lu ialah cerita yang pernah aku beritahu pada semua.Nanti akan aku addkan jalan ceritanya.Kisah seorang gadis nota pelekat.

Doakan aku berjaya siapkan mengikut dateline yer.Thanks.

Semalam,salah seorang sifu aku iaitu Chin yang juga merupakan dulunya seorang DOP sebuah syarikat produksi terkenal iaitu HVD telefon. Dia ingin berjumpa aku sebelum bertolak ke Thailand.Aku kagum dengannya.Entah kenapa agak sukar sebenarnya mencari ilmu dari orang yang berpengalaman dalam dunia aku ni.Masing-masing kedekut ilmu takut orang lain tutup periuk nasi mereka.Termasuklah salah seorang penasihat skrip aku.Takperlah.Tapi tidak pada Chin.Pertama kali aku bertemu dengannya,begitu banyak nasihat yang dilemparkan pada aku.Aku teruja mungkin pada kali pertama aku bertemunya,aku sedang shoot cerita sulung aku iaitu "Love is Buta".

Dia sangat baik meskipun kami berlainan bangsa.Memang sikap aku tidak memandang bangsa kerana sejak dari aku sekolah rendah kawan-kawan baik aku memang berlaianan bangsa.Aku telah biasa,mungkin didikan parents aku yang sememangnya mempunyai ramai kawan dari berlainan bangsa apatah lagi ibu aku mengajar di sekolah cina.

Aku banyak mencurahkan perasaan tidak puas hati aku kepada industri kepadanya.Dia banyak memberi nasihat,didikan secara tidak langsung yang sememangnya amat berguna pada aku.Terima kasih Chin.Akanku cuba gunakan setiap ilmu yang aku dapat.Insyallah.

Aku ingin sambung kerja.Bye.




Tiba-tiba terasa sayu dihati mendengar lagu ini pagi-pagi.Erm.

Monday, December 22, 2008

Akhirnya..

Susah nak cerita soal kehidupan ini.Bukan bermaksud untuk tidak menepati prinsip atau menjilat kembali kudah yang telah dikeluarkan namun kadangkala prinsip harus dipecahkan untuk jalan yang lebih baik.

Aku sekarang tengah busy dengan skrip telemovie akan yang akan di shoot bulan satu nanti. Jadi aku sangat bz.Jugak terkini aku sedang apply skim pensyarah muda.

Haih,will continue later.

Friday, December 19, 2008

TVC

TVC short form for television commercial.Not to say that Im not interested in this field but Im in the films area then my ladyboss is simply asked me to do the TVC for Lip Ice.Aku pun tak tahu kenapa sebab bukan bidang aku dalam kerja sekarang ni.

Aku sangat letih.Baru balik dari menghantar Mona di Setapak dengan Diana.Letih sangat.Ada mood nak menulis.Satu perkara baik yang aku baru tahu tadi yang membuatkan semangat aku berkobar-kobar.Aku baru dapat dua projek telemovie.Alhamdulilah.Satu tajuknya Lu'lu yang sebenarnya aku hasilkan untuk dijadikan bersiri tetapi rezeki telemovie dan keduanya kisah comel gadis yang menerima mata dan melihat benda yang tak sepatutnya.Nanti aku updatekan.Sekarang aku sangat letih dan rasa nak tidur.Jab nak cek result adik aku kat UITM.Aku tahu dia dapat AD lagi,...

Sambung esok.

Cau

Tuesday, December 16, 2008

Los & Faun


Los dan Faun...

Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman.

Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat.

Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut.

Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini.

Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio.

Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya.

Filem yang kelakar bagi aku namun bukan semua orang boleh tengok kerana ada sesetengah kawan aku berpendapat bahawa filem ini terasa seperti satu kebodohan yang nyata.Tidak bagi aku, kerana walaupun cerita ini sebenarnya sangat kelakar namun diterapkan juga unsur-unsur kasih sayang,persahabatan,kejujuran yang disampaikan dalam bentuk komedi.

Pink Panther versi Malaysia.

Aku berikan 3 bintang daripada 5.Selamat menonton.

Bisnes

Tadi nak dijadikan cerita aku bosan duduk di rumah sementara menanti untuk mengambil housemate aku di Damansara.Jadi aku ingat nak pergi bayar bil telefon aku.Tapi masalah malas yang meruntun jiwa membuatkan aku rasa nak keluar rumah tetapi pegi lepak umah kawan aku,Diana.Aku sms dia dan dia pun tahap kebosanan yang melanda menjemput aku kerumahnya.

Perkara yang sangat best aku bincangkan ialah soal bisnes.Diana baru je menghadirkan diri di sebuah kursus lebih kurang berbunyi bisnes internet dengan Irfan Khairi iaitu seorang jutawan internet yang bukan sahaja masyur di Malaysia bahkan muda pulak tu.

Aku begitu asyik mendengar penerangan dari Diana yang duit ini kalo kena gaya memang senang nak dapat.Bak kata orang macam petik jari tapi kena gayanya ditambah pula usaha yang berterusan.Bak kata orang bukan senang nak jadi senang.Tapi ni memang senang tapi kena rajin.Diana banyak bagi aku semangat supaya aku pergi mengambil kursus e-book.Aku kena belajar cara-cara menulis buku.Sama macam tulis buku kertas cuma yang bezanya ini secara online.

Banyak yang bertanyakan pada aku macam mana nak tulis skrip dan sebagainya jadi kalau aku ingin berjinak-jinak tulis e-book aku akan tulis cara-cara bagaimana menulis skrip cara yang betul yang aku kutip ilmu itu dari pelbagai tempat.Insyallah.

Cuma buat waktu ini aku ingin kembangkan sayap aku melalui penulisan skrip terlebih dahulu.Aku kena rajin buat research cerita-cerita yang aku ingin tulis agar taklah kosong macam cerita yang tak berfaedah.Bukan maksud aku cerita yang ada sekarang tidak berfaedah tetapi aku ingin menambahkan lagi kadar itu dengan usaha aku sendiri.Insyallah.Taknak cakap banyak namun habuknya tiada asyik omong kosong seperti kaki lepak di kedai kopi pulak.

Minggu ini minggu sibuk buat aku.Selain daripada menyelesaikan pre-pro untuk drama bersiri Jangan Pandang Belakang,aku juga kena buat storyline untuk iklan lipsice.Erm,jadi orang iklan pula aku kali ni.Takpe mencuba bakat yang ada.Mana tahu,idea aku berhasil.Insyallah.Ketiga aku kena siapkan proposal yang diminta oleh bos aku petang tadi berkenaan orang janda tetapi dijadikan dalam bentuk komedi.Jangan sampai dikategorikan slapstick.Yalah,takut wanita yang berstatus begini terasa diri dihina atau sebagainya.

Bukan apa,niat aku baik agar golongan ini lebih didekati agar wanita yang berstatus begini tidak senantiasa disalahertikan.Selain itu aku kena convertkan satu skrip yang bertajuk UCSI di mana tajuk itu akan diubah nanti.Bos aku nak jadikan cerita ini dalam bentuk komersial cuba aku masih tercari-cari idea yang sesuai.Susah sikit bila nak ubah cerita orang ni,takut dikatakan perogol skrip orang.Aku sendiri tak suka orang ubah skrip aku sesuka hati apatah lagi orang lain kan.

Kerja yang tak pernah selesai itulah rutin hidup aku sekarang demi memncari sesuap nasi.Tapi aku kena kuat demi masa depan aku sendiri.Aku kena fikirkan juga beberapa proposal yang diminta oleh Double Vision.Cerita komedi.Masih dalam pemikiran aku.Susah nak perah otak ni.

Nampaknya setakat ni sahaja aku berceloteh.Masa untuk tidur.Argh,tak boleh tidur lagi.Kena baca skrip UCSI lagi.Aduh.Kerja kerja,jangan merungut bak kata Diana.Be positive.Try to.Good night eveybody.Semoga hari esok akan lebih elok dari semalam.

Monday, December 15, 2008

broadband

Lupa nak share,aku baru pakai Maxis Broadband.Aku dapat special price sebab aku kan pakai postpaid.Dah lame nak pakai ni tapi sebab umah aku memang ade Wi-fi mencuri dari jiran sebelah jadi aku persetankan semua itu dulu.Sekarang makin senanglah aku nak blogging.Ye!!!Ye!!!Hidup maxis...jangan dipuji sangat..karang jadi lain pulak ha..

Tuesday, December 9, 2008

Pening datang lagi

Pening hingga tahap yang ingin pecahkan kepala sendiri.Sudahlah menyiapkan skrip jangan pandang belakang the series ni ada sahaja halangan yang kunjung tiba.Bila skrip di depan mata pula ada sahaja yang tak kena.

Para pelakon yang dah hampir disahkan ada pulak cadangan yang lain.Pening pening.

Bos nak lain.Ad nak lain aku pula tak anyak cakap mana yang seduai dari segi karakter dan juga budgetnya itu aku kira ok.Otak kena jadi boss..duit kena fikir dulu.Yalah..we are doing business lah kan?

Nak balik dah ni.Tadi M.S call me..again..just asked where am I.Caring ker?

..
^

Wednesday, December 3, 2008

My besday wish.

Sigh...

I am looking for my bestfren christmas present.I will give her a tiramisi cake...which is her feberet and one big present.Dont know what it is..Think ain think..hehehe..

This comin besday I really hope I will get what I wan..hehehe..

Ralph Lauren perfume-Romance...pls pls pls..Topman jeans...My new cap-red anyway of course Topman oso.....

Entah ape lagi...maybe new hp..pls..pls..

hahaha...

No mood to update actually.

nantilah..later maybe..