Tadi nak dijadikan cerita aku bosan duduk di rumah sementara menanti untuk mengambil housemate aku di Damansara.Jadi aku ingat nak pergi bayar bil telefon aku.Tapi masalah malas yang meruntun jiwa membuatkan aku rasa nak keluar rumah tetapi pegi lepak umah kawan aku,Diana.Aku sms dia dan dia pun tahap kebosanan yang melanda menjemput aku kerumahnya.
Perkara yang sangat best aku bincangkan ialah soal bisnes.Diana baru je menghadirkan diri di sebuah kursus lebih kurang berbunyi bisnes internet dengan Irfan Khairi iaitu seorang jutawan internet yang bukan sahaja masyur di Malaysia bahkan muda pulak tu.
Aku begitu asyik mendengar penerangan dari Diana yang duit ini kalo kena gaya memang senang nak dapat.Bak kata orang macam petik jari tapi kena gayanya ditambah pula usaha yang berterusan.Bak kata orang bukan senang nak jadi senang.Tapi ni memang senang tapi kena rajin.Diana banyak bagi aku semangat supaya aku pergi mengambil kursus e-book.Aku kena belajar cara-cara menulis buku.Sama macam tulis buku kertas cuma yang bezanya ini secara online.
Banyak yang bertanyakan pada aku macam mana nak tulis skrip dan sebagainya jadi kalau aku ingin berjinak-jinak tulis e-book aku akan tulis cara-cara bagaimana menulis skrip cara yang betul yang aku kutip ilmu itu dari pelbagai tempat.Insyallah.
Cuma buat waktu ini aku ingin kembangkan sayap aku melalui penulisan skrip terlebih dahulu.Aku kena rajin buat research cerita-cerita yang aku ingin tulis agar taklah kosong macam cerita yang tak berfaedah.Bukan maksud aku cerita yang ada sekarang tidak berfaedah tetapi aku ingin menambahkan lagi kadar itu dengan usaha aku sendiri.Insyallah.Taknak cakap banyak namun habuknya tiada asyik omong kosong seperti kaki lepak di kedai kopi pulak.
Minggu ini minggu sibuk buat aku.Selain daripada menyelesaikan pre-pro untuk drama bersiri Jangan Pandang Belakang,aku juga kena buat storyline untuk iklan lipsice.Erm,jadi orang iklan pula aku kali ni.Takpe mencuba bakat yang ada.Mana tahu,idea aku berhasil.Insyallah.Ketiga aku kena siapkan proposal yang diminta oleh bos aku petang tadi berkenaan orang janda tetapi dijadikan dalam bentuk komedi.Jangan sampai dikategorikan slapstick.Yalah,takut wanita yang berstatus begini terasa diri dihina atau sebagainya.
Bukan apa,niat aku baik agar golongan ini lebih didekati agar wanita yang berstatus begini tidak senantiasa disalahertikan.Selain itu aku kena convertkan satu skrip yang bertajuk UCSI di mana tajuk itu akan diubah nanti.Bos aku nak jadikan cerita ini dalam bentuk komersial cuba aku masih tercari-cari idea yang sesuai.Susah sikit bila nak ubah cerita orang ni,takut dikatakan perogol skrip orang.Aku sendiri tak suka orang ubah skrip aku sesuka hati apatah lagi orang lain kan.
Kerja yang tak pernah selesai itulah rutin hidup aku sekarang demi memncari sesuap nasi.Tapi aku kena kuat demi masa depan aku sendiri.Aku kena fikirkan juga beberapa proposal yang diminta oleh Double Vision.Cerita komedi.Masih dalam pemikiran aku.Susah nak perah otak ni.
Nampaknya setakat ni sahaja aku berceloteh.Masa untuk tidur.Argh,tak boleh tidur lagi.Kena baca skrip UCSI lagi.Aduh.Kerja kerja,jangan merungut bak kata Diana.Be positive.Try to.Good night eveybody.Semoga hari esok akan lebih elok dari semalam.
No comments:
Post a Comment