Meh Click Bebanyak ;)

Wednesday, December 30, 2015

Dengan Izin-Nya, Tahun 2015 ku.

(Hanya nota peringatanku bagi tahun 2015)
Betapa cepatnya masa berlalu sampaikan kita sebenarnya tak sedar…
If there’s a thing that makes me regret is..to take things for granted.
Yes.
Because times do not wait for us.
Itulah yang terasa ruginya. 
Lupa yang dalam Al-Quran sudah disebutkan berkali-kali soal masa.
Menghargai masa.
Haaaaihhhh…
Semoga langkahku dan kita semua tidak rugi begitu sahaja untuk tahun-tahun akan datang.
Dengan Izin Allah…

Dengan kata lain...
Tahun 2015 ku sangat awesome.
Alhamdullillah!
Satu perkataan yang menggambarkan seribu perasaan yang sukar diungkapkan. ;)

Bermula dengan telefonku rosak sebelum menjelang hari jadiku (Januari).
Ehem…
Jadi sebagai hadiah untuk diri sendiri, Iphone 6 ku hadiahkan buat diri sendiri.
Kemudian my birthday celebration yang disambut begitu meriah by family, cousins and my office kolik.
No words can describe my feeling.
Thank you very very so the very muchos to all.

And as a human being,
I want a lot of things in life. 
Of course one of it is to stay and grow older in my own shelter.
My own house. 
Only Allah knows how the satisfaction.
Satu persatu soal rumahku aku sediakan.
Bermula dengan lampu-lampuan,
Kipas, lantai, sofa, perkakas, perabot,
kitchen cabinet semuanya seperti yang aku idamkan mengikut budgetku.
Macam tak sangka…
Mula duduk di rumah sebelum puasa.
Lepas tu rezeki buat small open house for family and few friends.
Alhamdullillah sangat-sangat as what I’ve planned.

My career side...
As a copywriter.
Everyday is a learning process day.
Every single day.
You gotto know lots of new things everyday.
A small step become bigger.
Alhamdullillah…
Thanks to my seniors.
Smooth sailing I can say.
And Thank You Allah for the opportunity.

I remember my busy Month has started from January until the day I resigned.
Hahaha.
Fly to Penang dan ulang alik ke Kelantan for MAGGI shoots.
Semua because of my fave account MAGGI.
Seronok sangat-sangat.
Tahun yang sang at busy dan seronok for me. ;)

As a scriptwriter,
Banyak-banyak sangat dugaan.
Copywriter is my priority sebab tu I can’t really focus on my scriptwriting as much as I put effort into my copywriting.

But it’s in my blood.
Sebab I enjoy writing so very much…
So biar tak cukup tidur, tak cukup apa pun…
Janji boleh menulis drama. ;)

Alhamdullillah…
Drama pertama di tahun 2015 ialah Zahira dan diikuti oleh Astana Cinta Aleesa. 
Drama Zahira dan Astana Cinta Aleesa mendapat sambutan dan rating yang sangat-sangat panas.
Sehingga dicalonkan dalam Top 5 Anugerah Skrin 2015.
Walaupun tak menang, dicalonkan di kalangan yang terbaik pun susah cukup berbaloi bagi insan kerdil seperti aku ni. ;)
Memang aku sangat puas menulis dua buah drama ini especially Astana Cinta Aleesa.
Sampai semput dua kali sebab both dramas, back to back aku tulis tanpa rehat yang cukup.
Ku gagahi jua.

Antara drama-drama lain:
Suamiku Encik Sotong, Isteri Separuh Masa, Bidadari, Ayuni Safira, Mencintaimu, Cinta Masam-Masam Manis (belum ditayangkan) dan dua buah filem ILYS & MPI (belum ditayangkan).
Ada yang aku tulis dengan co-writer seperti SES dan Bidadari yang lain by yours truly.
Alhamdullillah...
Suamiku Encik Sotong tercalon dalam banyak anugerah di Astro antaranya Anugerak Lawak Warna.

Tahun ni merupakan tahun pencalonan drama ku yang terbanyak.
Tapi takde rezeki.
Takpe…kita cuba tahun hadapan okay?
Moga Dia izinkan. ;)

Holiday?
Tak sah kalau tak holiday kan? Kan?
Tahun ni rezeki ke Pulau Perhentian Kecil bersama sepupu-sepapat.
Yearly trip ke beach.
We called ourself Gang BeachCalling.
Hahaha.
Seronok giler.
Bila berkumpul dan bercerita, catching up with each other.
Really hope relationship kami sampan bila-bila madam ni.
Tak boleh berpisah…
In Shaa Allah…

Then
Bulan April-May ke Tokyo, Jepun with my girlfriends.
Lama almost seminggu kat sana.
Hahaha.
Also yearly trip.
Next year tak tahu lagi ke mana memandangkan Mek Ida preggie. ;)

Adalah…
Short trip ke Ipoh, Penang, Kelantan for foooooooooddd.

Last but not least ke Ho Chi Minh.
Alhamdullillah…

Huhhhh…
Satu hari lagi ke tahun 2016.
Moga yang indah-indah menanti kita tahun 2016.
Dan moga kita juga menjadi yang indah-indah ya. ;)

Apa yang tak tercapai tahun ni,
Carry forward je.
Jadilah perancang…
Kerana Dia berikan kuasa itu kepada kita dan dengan Penentuan yang diberikan oleh Nya…
Perancangan itu akan bertambah Hebat.

Masya Allah…
Teringat kata-kata Ustazah di Mekah 2014 haritu.
Mintak apa saja, nescaya akan Allah makbulkan.
Kalau tidak dimakbulkan…
Pastinya ada yang lebih baik menanti.

In Shaa Allah.
Allah knows better.

xoxo,
A

Ho Chi Minh 2015 Day 1 & 2 (21/12-24/12/15)

Assalamualaikum.
Lagi beberapa hari melangkah ke tahun 2016.
Pelbagai perasaan yang menjelma.

Memandangkan last week memang dah put on my schedule nak berehat lepas siap satu project (Alhamdullillah), jadi bila my cousin ajak teman dia ke Bangkok terus ke setuju.
Malangnya tiket ke Bangkok sangatlah mahal around 600 something.
Mana taknya nak book a week before kan?

So last minute Kakak called bagitau dia booked ticket ke Ho Chi Minh.
So memang ngam-ngam siap kerja esoknya nak packing then buat itinerary for myself.

So on 21.12 tu Mickey drop kitaorg kat airport before dia pergi kerja.
Then sampai airport agak awal lepak dulu di McCafe.

Tambah-tambah memang takde beg nak check in punnnn... 
Bawak baju memang ngam ngam.

Alhamdullillah flight tak delay and sampai Ho Chi Minh around 12:55pm local time.
Sana delayed satu jam from Malaysia.
Untuk menjimatkan kos dan masa kami terus keluar dan amik bus nombor 152 betul-betul depan arrival

Tambang 5000 dong bersamaan dengan 50 sen kot roughly.

So bus nombor 152 ni destinasi terakhir dia ialah Ben Than Market.
Dan memudahkan kerja kami, Kakak booked hotel di Jalan Ngu Yenh ape ntah iaitu betul-betul jalan berhadapan dengan market tu...

Jangan risau dalam bus tu memang dia akan sebut destinasi kita.
Cuma paham dengan tak je. ;)

Sampai sana kami terus checked hotel di Pink Saigon 2 Hotel.

Alhamdulillah betul-betul di jalan Muslimah yang memang banyak kedai jubah berderet dan kedai makanan halal.
So kalau nak senang pilih je hotel area situ okay?


Day 1
Sampai sana kami yang kebuluran terus letak beg bagai dan automatic ke kedai Haji Basiroh yang opposite hotel kami.
Pergh kalau calculate memang mahal laaaaaah.

Nasi goreng pun RM19 you ols.
Tapi memang sedap dan boleh dikatakan restoran paling sedap di situ (setelah membuat ujikaji).

Selepas mengisi perut kami pun mencuba kopi jalanan tempatan yang memang ummmphhhh sambil berjalan kaki mencari Notre Dome Cathederal, Saigon Post Office and etc.

Takdelah jauh sangat semua walking distance around 12-15 minutes je.
Yang penting before keluar hotel google siap-siap sebab kami takde data.
Jangan risau kat sana internet available merata-rata.
Restoran Haji Basiroh tu punya wifi pun laju gileeeerrr okaaaay.

Lepas tu kami mencari-cari bangunan yang dimaksudkan dan jumpa.
Jadi dua destinasi berjaya dikunjungi iaitu;
1. Notre Dame Cathderal

2. Saigon Post Office.

After that terus balik bilik, pengsan.
Then almost petang bangun nak cari spa mengurut.
Berjalan-jalan jumpalah spa yang best dan murah.
Hanya 250 000 dong. Bersamaan 57 hengget for 90 mins urut.
Cheap kan?

Habis tu berjalan balik dan terus ke Pasar Malam yang berdekatan hotel kami jugaaaak.
Perghh...semuanya memang rambang mata weeey.

Day 2
Bangun pagi-pagi terus pergi Benh Than Market pergi menempah full suit untuk my cousin tu.


For information, di Benh Than Market ni bukan sahaja terkenal dengan kain cotton murah, lace murah, kasut, beg imitation segala bagai bahkan boleh buat sut dan baju kurung lace tempah sehari siap.
Harga okaylah sebab ku tak pernah tempat full sut, RM250 and baju kurung lace RM150.
Semua ni termasuk kain tau. ;)

After that kiteorg makan dan kemudian membeli segala jubah-jubah yang dipesan oleh ibu-ibu di rumah. ;).
Setelah letih berbargain, balik hotel dan zzzzzz.
Petang baru bangun, cari kopi 

dan zassss ke:
1. Indepence Palace

2 Saigon War Museum

Habis hitam legam sebab panassss giler wey.
Kami memang jalan kaki walaupun adelaaah tersilap jalan.
Namun ku gagahi jua mencari jalan pulang.
Hahaha.

Petang tu misi membeli tudung kepada G-ah dan sape yang kirim di Pasar Malam yang sama.

Okay sambung nexttttt post! 



xoxo,
A


Tuesday, December 29, 2015

Ho Chi Minh 2015 Day 3 & 4 (21/12-24/12/15)

Okay sambungan last entry. Huh.

Day 3
Harini memang takde ape sangat pun...
Sebab semua building yang nak dilawati dah pergi.
So jalan-jalan sekitar situ dan melepak dalam bilik.
Lagipun aku macam tak sihat sangat sebab panas kot.

Cuma malamnya kembali aktif ke Pasar Malam dan membeli segala begpack Deuter untuk Ejoy dan cousins.
Memang murahlah kalau pandai bargain uols.
Mintak kurang 70% daripada harga dia letak.
Confirm dapat dan kena firm tau.

Day 4
So last day.
Flight kiteorg malam.
So kiteorg last kopek shopping untuk semua orang lah.
Last day aku duk shopping kasut untuk abah and Mickey.
Dapatlah harga yang masih dalam budget.

Then Kakak beli kopi Vietnam yang sedapppp ituuu.


Hari-hari mesti minum street coffees dia yang berlambak di tepi jalan.
Memang manis sikit then request lah less sweet.
Ala actually kat sini tawar menawar beli barang semua dalam bahasa melayu.
Depa semua pandai cakap BM.
Senang kerja tapi ada jugak yang susah kalau part kita nak larikan diri.
Hahaha ;).

So after pekena kopi for last time kat sini,
Kitaorg lepak kat hotel then caaaau to airport.
Alhamdullillah walaupun delayed around 30mins tapi semuanya selamat.
Syukur.
Nasib baik balik beli luggage 50kgs.
Kalaaaaau taaaaaaak.

By the way bangunan kat Vietnam ni banyaknya dipengaruhi oleh Perancis.

So memang cantik-cantik.
Dan boleh buat photoshoot. ;)



Boleh dikatakan budget aku ke sini very cheap lah.
Last min book flighy tix: RM400 plus plus.
Hotel: 325

Total RM700.
Then bawak duit shopping 1500.
RM500 aku tukar ke USD mula-mula sebabnya orang kata lagi dapat banyak dong kalau tukar ke dong.

Rupa-rupanya USD langsung tak pakai uols.
Kat sini Dong hanya dipakai untuk makan dan transportation.
Yang lain semua boleh pakai RM.
So tak payahlah tukar ke USD.
Makan tu budgetlah RM40 untuk dua orang sekali makan.
Kiranya 200 000 dong untuk sekali makan (2 orang).
Pandai-pandailah korang budget semua part shopping yang akan terbusttt nanti. ;)

Alhamdullillah...last holiday in 2015 before melangkah ke tahun baru onputih.
Semoga banyak lagi memori indah yang boleh dilakar tahun hadapan buat kita semua.

Aamiin Ya Rabbal Alamin...
in Shaa Allah.

xoxo,
A

Saturday, December 19, 2015

171215

Bismillah...
Lagi beberapa hari nak melangkah 2016.
Ya Allah I love my 2015 so far.
Thank you for rezeki.
Thank you.
Syukur atas setiap rezeki serta nafas yang diberikan.

Alhamdullillah ada yang tertunai dan sekiranya belum, silalah ditunda ke tahhn hadapan. 
In Shaa Allah.

Banyak benda sedang dirangka tahun hadapan.
Antaranya gambar di bawah ini.

Rindu untuk ke sana dan memang teringin untuk merasai bulan puasa di sana.
Moga moga Dia permudahkan jalannya.

Aamiin.

Yang lain?
Sedang dirancang...
In Shaa Allah ;)


A