Meh Click Bebanyak ;)

Wednesday, November 25, 2009

Berdebo-debo

Semalam,
hari yang penuh kemeriahan..bagai dipancari sinar suria yang tak pernah henti. Suria FM menyambut ulangtahun yang ke 2. Muda lagi..baru belajar berjalan dan mengenal benda bak kata orang. Alhamdulilah...tiada apa yang mustahil dalam mengejar impian. Sekarang kita kecik nanti kita akan besar kan... Tapi kenalah kuat..untuk berusaha.. Berhenti merungut dan teruskan perjuangan.

Malam sambutan,di sambut cara berbeza yang pernah aku lalui di tempat lama walaupun ketuanya bukan beragama Islam. Usaha disusuli dengan segala doa-doa. Itulah bezanya..perkara yang harus kita contohi. Tidak disini.. Tidak dapat aku berkata-kata kerana Dia lebih tahu. Tidak menjadi pengikut tetapi aku lebih kepada pemerhati. Kuatkan aku ke jalanMu....amin..

Oh tidak...perkara yang buat aku marah apabila terkenangkan yang aku ter miss edisi akhir di History Channel mengenai bapak pemodenan kita..Oh my God..Boleh pulak keluar tanpa merekod. Ish ish ish.. Tengah mencari alternatif mendapatkannya...

Aku sekarang dalam proses menghabiskan cuti tahunan aku meskipun aku hanya bekerja tidak sampai pun 6 bulan di sini. Berhasrat ingin berjalan-jalan seperti dalam post sebelumnya tetapi rezeki datang ketika ini... Macam tahu-tahu aku tengah cuti.. Alhamdulilah..pada Yang Mengaturkan... Maha Hebat.

Isnin,masa yang terluang buat aku ingin melepak dengan beberapa orang kawan lama. Terkedu seketika melihat kawan aku yang sorang ni kurus sangat-sangat. Entah,setahu aku baru putus cinta tapi tak sangka impaknya begitu kuat. Kesian dia...aku harap dia akan terus melangkah dengan langkahnya ke jalan betul Amin...Dikuatkan dia sepertimana Kau kuatkan aku ya...

Jika difikir-fikirkan balik..dalam cinta banyak peritnya apabila kita mula tidak waras bermain cinta... Entah,mungkin aku tidak pernah sekecewa itu kerana layaknya aku katakan bahawa aku seorang pemangsa.. Bukan merancang tetapi jodoh tidak panjang jadi aku terpaksa bertindak dulu lah kan..(ayat agak cover di situ). Mungkin jugak hati aku tertutup begitu lama oleh seseorang yang kini telah pun bergelar suami orang... Sedih ke? Tak lah jugak sebab ayat clishe..he's happy and pls dont ask me...coz i'm happy for him...

Dan hari ini setelah kerja yang dijadualkan siap akhirnya siap.. aku menanti jawapan.. Jawapan yang ku doakan agar Pasti. Insyallah...

Hari ini jugak...aku akan melalui satu proses lagi... Aku harap aku berjaya melaluinya dengan cemerlang... Amin Ya Rabbal Alamin... Wish me luck...

Tiap-tiap hari,mengenangkang kesilapan yang pernah dilakukan. Menyesal tidak guna tetapi cuba untuk menerima.. Insyallah..

p/s/: Aku tidak malu untuk mengatakan bahawa..Aku rindukan kamu wahai kawanku..

Sunday, November 22, 2009

Review

My Spy...

Fuyoh,tajuk macam cite omputih tapi sayangnya citer tak macam orang putih.. Sedey.. Bukan apa, aku suka kebanyakan cerita arahan Abang Kodok,Afdlin Shauki tapi sayangnya kali ni tak berapa mantooppp...

Aku berpeluang ke Press Preview filem My Spy terkini dari KRU Studion. Bakal ditayangkan next week tak silap aku... Storyline ala-ala Los & Faun. Cerita yang berkisahkan dua 'loser' yang cuba menjadi penyiasat tersohor tersangkut dengan kes hebat.

Begitu juga dengan My Spy. Kisah dua lelaki yang seorang menyimpan hasrat menjadi polis tapi gagal kerana buta warna manakala seorang lagi loser yang pernah menjawat jawatan polis tapi pencen kerana banyak nor ideanya mencipta barang yang tak kebanyakkan hancus...

Pemilihan pelakon bukan tak best..tapi tak memberi aura kepada orang nak menontonnya. Watak bodoh-bodoh alang terserlah oleh Ac dan Haron Salim Bachik. Terjebak kes besar kerana ingin menolong seorang Datin yang kononnya ingin bukti kecurangan suaminya.

Sponsor cerita hebat-hebat..Celcom Blue dan MyVi. Lokasi juga hebat-hebat. Kredit harus diberikan kepada KRU kerana mencipta produk recycle yang mampu dijadika gadjet hebat walaupun ade kadangkala nampak sangat fake.

But anyway,enjoy nontonnya......cuma boleh dijadikan sekadar suka suki.

Thursday, November 19, 2009

Short updates

Sangat free harini...dan ini masanya meng updates beberapa perkara yang terjadi padaku sepanjang tiga minggu ini.

Menonton wayang..perkara biasa setiap minggu dan ini adalah wayang yang aku tonton sepanjang tiga minggu ini...












Tak sabar tunggu teater Natrah keluar untuk menonton lakonan pertama kali Maya Karin sebagai pelakon teater. Watak Sofea Jane sebagai Natrah di usia 70 an... Kisah benar yang pernah mengemparkan Malaysia..Ala..masa tu aku pun tak lahir lagi.. Tapi nak tahu story dia carilah kat wiki kan... Teater Cuci The Musical sangat mantooppp.. Yang tak sempat nak pergi..dont worry ada lagi sebenarnya tapi the 2nd lah... Mungkin juga watak si AC Mizal akan diganti oleh orang lain.. Sebabnya...?Rahssssiiiiaaa..

Oh ya...start Sabtu ini aku akan bercuti panjang. Yooohhhooo... ke mana? Nanti kite uploadkan gambar ek... Insyallah...seminggu bercuti merehatkan diri..Tapi jangan risau...insyallah tetap akan diupdate kan kerana teknologi terkini lagi canggih...

Master yang diidamkan belum dapat tapi alhamdulilah aku akan jadi penceramah..dengar betul-betul penceramah di Sabah nanti untuk satu kursus penulisan. Bermula 18/12 hingga 20/12. Jom join ramai-ramai kita ke Sabah bah..

Saja nak ingat mengingati..walau sibuk macam mana kita jangan lupakan keluarga.. Sebab bagi aku,jatuh dan bangun hanya keluarga yang ada untuk kita.. bukan orang lain... Ingatlah...

Dunia penulisan yang sangat penuh pancaroba aku makin-makin murah rezeki..alhamdulilah.. Entah dari mana sumbernya mungkin datang dari Dia. Dari kawan atas kawan akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih pada kawan-kawan yang tak pernah jemu-jemu bantu aku..push aku..Thanks giler korang...Thanks..

Jatuh buatkan kita akan bangun dan terus bangun..Jatuh di sini bagi pengertian aku bukannya aku hilang segala-galanya...Tapi hilang sekejap dalam dunia aku sendiri. Alhamdulilah..bidang pengiklanan semakin aku cintai... Penulisan skrip pula sudah sebahagian dalam hidup aku kini...

Tunggu berita baik dari aku. Insyallah..

Wednesday, November 18, 2009

Ku sembah kepadaMu

Pohon yang melambai menandakan aku masih bernyawa,
angin yang berderu buat aku sedar akan kebayuan ciptaanMu,
Rezeki yang Kau kirimkan untuk aku menjadikan aku terus sayu,
Sayu kerana Kau tidak pernah melupakan aku...
Susah senang,perit getir,
Buat aku lebih kuat..
Walau tidak sekuat Muhamad namun aku tahu kekuatan aku bertambah.

Terima kasih buat Mu,yang tidak pernah jemu dengan aku..
Mengirimkan setiap rasa.
Jadi,
Jauhkan aku dengan durjana,menjadi manusia gila..yang lupakan Kau saat pusingan atas,lupa kawan serta keluarga,lupa segala melainkan harta.

Aku mahu Kau dan berjaya seiring,senada...
Supaya aku tahu Kau masih sayangkan aku...hambaMu ini...

Terima kasih..

Thursday, November 12, 2009

Kau dah kenape?

Bertanya pada diri sendiri perkataan R yang sukar didapati dan diamati. Kelam kabut diri mencari satu perkataan yang sungguh takjub bagi aku. Sengsara hidup demi mendapatkan kata itu.. Titipkan pesanan di dalam hati mahupun di minda dan perlakuan agar Dia berikan itu kepada aku. Supaya aku melangkah dengan penuh kuat sekuat Tiger.
Kekalutan yang diciptakan sendiri. Fuh pertama kali menghadapi situasi yang tak pernah difikirkan akan terjadi pada empunya diri.

Mencari jalan baru ke pejabat konon-kononnya ingin cepat sampai.. Lantas dalam kepala otak minyak tak payahlah isi..cukuplah sisa semalam.. Lagipun harini nak dapat jalan baru...

Dengan penuh iltizam dan semangat kental untuk sampai ke pejabat musnah apabila lorong yang sepatutnya dimasukkan tetapi terlepas dari pandangan... Adui..takpe.. Tiba-tiba panggilan alam perut memuncak-muncak... Eh..tak pernah pulak dia buat hal pagi-pagi macam ni... Agaknya pedangan makan makanan entah apa-apa semalam.. Adui...sudahlah tersesat jalan..Perut pulak tak pernah merasai seperti ini... Adoi...apekah dosaku di pagi hari ini... Wakaka..

Berdoa agar Stesen Minyak Mobil yang aku nampak tadi taklah sekadar ilusi semata-mata. Yes,berhenti di situ terus mencari toilet dan mengetuk pintu orang yang tengah mandi agaknya kat dalam tu... Arghh..lantaklah..janji perut ini lega dan tak rasa macam ni lagi.. Mayday Mayday..Mayday..

Arggghhhhh..leganya....Fuh...Misi mencari arah yang betul ke kerja...Kalau tak sia-sia aku keluar awal sampai tak sempat menjamah burger yang kononnya ade orang nak buat... Ceh..

Alhamdulilah...di sini aku di pagi ini... Selamat sampai ke pejabat dan mendapat parking yang diidam-idamkan...Fuh..

Moral of the story:
1)Minyak biar sentiasa separuh
2)Nak cari jalan lain..tunggu hari cuti..
3)Jangan makan bukan-bukan pada malam hari...wakakaka...
4)Kita merancang.. Dia menentukan..

Tuesday, November 10, 2009


"sudah-sudahlah,redha dengan apa yang terjadi",

Menitis airmata aku bila memikirkan susahnya mencari keredhaan di dalam hati. Susah sangat. Tiap malam sebelum aku tidur,novel diletakkan di sebelah dan aku mula berfikir apa yang terjadi pada aku dua tahun kebelakangan ini.

Rasa marah dan benci menusuk hati yang kadangkala merugikan diri aku sendiri. Entah,berkali-kali aku cuba mencari diri yang hilang. Diri aku yang hilang akibat keterpaksaan dalam meniti waktu. Susahnya nak jadi diri yang dulu, tak payah fikir apa-apa yang berlaku dan terus menuju ke jalan yang telah ditentukan...

Aku betul-betul ingin tenang dan mendambakan perkataan 'redha' itu tersemat dalam hati... Sebabnya tak payah fikir dahlah... terus menuju ke depan tanpa perlu menoleh ke belakang... bak kata cerita hantu fofular "Jangan Pandang Belakang"... Susahnya..peritnya...

Sakit yang hadir langsung tak menyeksakan..tapi berfikir benda-benda yang sepatutnya aku let go buat aku jadi pemalas dan malas untuk berfikir lagi..

Entah kenapa..banyak sikap aku yang dulu semakin hilang.. lahirnya aku dari tidak bertulang berubah menjadi insan yang kadangkala aku pun tak tahu apa yang aku inginkan... Benda dah depan mata taknak dihargai,benda yang dah pergi acapkali inginkan kembali tapi of course,masa takkan dapat diputarkan kembali..

Sebab itu aku perlukan keredhaan.. aku mahukan itu.. Titipkan lah rasa itu walau tidak cepat tetapi perlahan-lahan...

kerana..aku juga mahu hidup tenang...ingatkan aku pada Mu selalu..agar aku pun tenang seperti mana mereka yang Kau cintai....Amin..

Monday, November 9, 2009

sakit itu ubat

sakit itu ubat,
ya..
ubat kepada segala dosa,
ubat kepada segala kelekaan,
ubat segala pengabaian.

Bila sakit,
baru mula sedar dan mengimbau,
adakah bila sihat hati selalu teringat padaNya,
adakah melebih-lebihkan Dia?
adakah selalu rindukan Dia?

Jadinya dengan sakit ia pengubat kepada segala sakit,
tidak kisah duka,lara,kesedihan mahupun segala jenis maha keperitan yang melanda...
Sesungguhnya sakit itu datangnya dari kita sendiri..
Dan kesakitan ini aku terima dengan hati yang penuh gembira,
kerana tahu sedikit sebanyak Dia masih sayangkan aku,
Dihapuskn kelekaan aku sedikit demi sedikit,
Agar aku sentiasa rindu kepadaNya...

Terima kasih beri aku sakit.

Sunday, November 8, 2009

Friday, November 6, 2009

Bulu dicarik-carik

keadaan bercelaru yang mengharu biru,
lalu mulalah ada yang tunjuk taring demi menyatakan dia yang paling berhak memiliki takhta sebagai ketua puak,
diskriminasi mula berlaku,
yang lenih menambahkan kekalutan,
sedangkan yang diajar yang dijaga bukanlah sekandang lembu hinggakan apa yang patut ada dicatu.
sudah hakikat memilih bulu ada di mana-mana meskipun si kambing dan rusa bekerja lebih dari si lembu yang hanya membajak sawah.
Betullah kata orang,sapi punya susu,sapi dapat nama.

kekalutan yang didoakan cepat berakhir,
diutuskan panglima yang paling layak memiliki takhta ketua kepada ketua segala puak.

Wednesday, November 4, 2009

Ouuuucccchhhhh!!!

God,give me strength to get through this... I will always love you coz you are the best friend I ever had.. Hear me when I need you...always...Thank you from my deepest heart.

Life is a gamble. You can get hurt, but people die in plane crashes, lose their arms and legs in car accidents; people die every day. Same with fighters: some die, some get hurt, some go on. You just don't let yourself believe it will happen to you.

Thank you..<3

Sunday, November 1, 2009

Harap didekat diriku PadaNya,
Semoga cintaNya bisa ku gapai...
Agar aku ditempatkan bersama orang yang dicintaiNya...

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu