Meh Click Bebanyak ;)

Monday, December 22, 2014

9 hari lagi. Yeahhhh

Oh Ya Allah.
Cepatnya masa berlalu tahun ini.
Loving my 2014 so far.
Syukur alhamdullillah...

Semoga tahun 2015 memberikan lebih sinar yang indah dan penuh barakah buat ku, keluarga dan teman-teman.

Dalam kepada tengah duk susun atur kerja yang bertimbun.
Ya Allah...
Sampai bila sikap penangguh ku ini akan berubah.
Aduiii.
Salah sendiri.
Akhirnya menyusahkan diri.

May 2015 be a better better year for everyone.
He knows the best. Always. ;)

XOX,
A

Wednesday, December 17, 2014

Random Rabu

My favorite number is 3.
Not so my lucky number but aku memang suka nombor 3.
Hari yang paling aku suka Rabu.
Mid day of the week.
No reason for it now tapi kalau dulu hari Rabu macam sitcoms yang aku followed macam Kopitiam, Friends (kalau tak silap hari) dan etc.
Aku suka breakfast. 
Kena breakfast.
Berat, ringan semua Jalan.
Aku suka pakai lipstick nude.
Aku benci orang makan berbunyi.
Aku tak suka orang cakap kuat-kuat.
Aku tak suka orang cakap gedik-gedik jugak.
Hahaha.
Suka colors brown, purple, mustard.
Suka minum teh compare to coffee.
Suka beli barang kadang-kadang tanpa fikir dulu.
Dan Biasanya nak, time-time jugak.
Kesian parents aku.
Hahaha.

Okay,
Random pic from me!


Monday, December 15, 2014

Bungalow by Bjaya di AFamosa (entry panjang lebar harap maklum) ;p


Assalamualaikum..
Macam mana weekend korang?

Tak tahu kenapa harini rasa macam hari Jumaat sangat.
Ouh please janganlah kenangan Jumaat lalu (12/12/14) berulang kembali.
Kahkahkah.
Nak tahu kenapa?
Aku kena stayback sampai pukul 2:30 pagi sebab nak menyiapkan STB produk G.
Okay je lah kalau takde benda nak kejar...
Tapi memandangkan ada 3 orang tengah tunggu aku kat rumah sebab nak gerak gi Melaka.

But akhirnya alhamdullillah dah siap semua, aku balik dan gerak dengan Mickey, Iera dan Kakak.
Around 3am macam tu.

Gerak-gerak sekali tayar Viosy pancit pulak.
Balik rumah tukar kembara dan akhinya almost 7 kitaorang sampai kat AFamosa Alor Gajah.
Tengok semua ahli keluarga sanak-saudara dah menunggu.

By the way,
Kitaorang stay kat bungalow.
Ada empat bilik dan ada private swimming pool.
Okaylah...
Sebab ada dapur boleh masak, ada bbq set. (Tak berapa nak set sangat lah).

Despite daripada luar nampak cantik..
Kitaorang yang last min buat booking agak sikit tak puas hatilah dengan bungalow tu.
Dahlah satu malam RM950 (BUT THAT IS NOT THE ISSUE)
The issues are:
1) Katil kata dua queen satu bilik tapi actually super single je.
2) Dapur kosong ada tempat masak semata-mata (nasib baik kami dah angkut semua) even kettle pun takde okay.
3)Swimming pool mula-mula air keroh sampailah kami called caretaker datang bersihkan on the day itself tu.
4)Bilik air ada yang tak function shower dia.

Jangan silap book macam kami which is kami book under owner bukan straight under AFamosa. Nasib baiklah semua orang faham dan alhamdullillah semua aktiviti yang dirancangkan was fun fun and ran accordingly. Alhamdullillah.

Pagi Sabtu tu kami buat aktiviti yang dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Ada 4 aktiviti dan around 12pm macam tu aktiviti habis...
Kitaorang dah ordered food cuma masak nasi dan tunggu food je.
Around Zohor buat aktiviti bebas dan sapa nak pergi Melaka pergilah.
Mak bapak aku sedar-sedar dah hilang berjalan-jalan berdua ke Melaka.
 Kami pulak berjalan ke pekan Tampin sebab nak top up food untuk malam BBQ dan cari kek for Dec babies.

Alhamdullilah sampai around Maghrib dan tengok Pak Teh dah start membako.
Lepas tu,
Makan-makan. catch up, swimming...
Dan celebrate birthday Ejoy, coming birthday Anyah, Imran dan Emakku.
Alhamdullilah.
Happynya kalau hari-hari dengan semua keluarga macam ni...

Malam tido lewat sembang-sembang pagi-pagi breakfast dah tersedia. (Thx Pak Teh, Pak Long and Uncle especially yang tak berhenti memasak).
 Aku tolong Pak Lang buat roti bakar dengan kaya je. ;)
 Lepas perut dah kenyang semua buuuuuuuuummmm dalam swimming pool.
Hahahaha.
Main kejar-kejar dalam air.
Walau game bodoh tapi happy lah.
Even tak complete amount cousins, uncles and aunties tapi still MERIAH.
Alhamdullillah.
Terima kasih pada ketua Perancang G-AH yang paling memberikan seluruh tenaganya.
Terima kasih jugak pada semua yang menjayakannya.
Dan tak pernah nak berkira kalau apa-apa.
Kena top up apa-apa, call dah jalan. Thank you very much.
Love you all lah..

Okaylah...walaupun kerja tak siap tapi worth it. Hahaha.

Semoga minggu ini lebih baik daripada minggu-minggu baik sebelumnya ya..
Selamat bekerja semua.

Nah sedikit pics daripadaku...








Tuesday, December 9, 2014

Bersyukur

Bila toleh ke kiri dan ke kanan
Ku hembus nafas perlahan-lahan..

Baru ku sedar..
Nikmat yang Dia berikan padaku
Tak pernah lekang-lekang.

Punya keluarga yang alhamdullilah cukup serba serbinya
Masih mampu berikan kami adik beradik apa saja..
Doa, nasihat dan segala.

Punya sumber kerjaya yang nikmatnya tidak terkata
Punya kawan-kawan yang alhamdullillah baik-baik belaka
Sampaikan aku tak perlu berpura-pura pada sesiapa.
Tak perlu buktikan apa-apa...

Terima kasih Tuhan,
Kerana kegembiraan ini walaupun dipinjam...
aku harap ianya berkekalan.

Aamin Ya Rabbal Alamin.

XOX,
A