Meh Click Bebanyak ;)

Showing posts with label Short Vacay. Show all posts
Showing posts with label Short Vacay. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Bungalow by Bjaya di AFamosa (entry panjang lebar harap maklum) ;p


Assalamualaikum..
Macam mana weekend korang?

Tak tahu kenapa harini rasa macam hari Jumaat sangat.
Ouh please janganlah kenangan Jumaat lalu (12/12/14) berulang kembali.
Kahkahkah.
Nak tahu kenapa?
Aku kena stayback sampai pukul 2:30 pagi sebab nak menyiapkan STB produk G.
Okay je lah kalau takde benda nak kejar...
Tapi memandangkan ada 3 orang tengah tunggu aku kat rumah sebab nak gerak gi Melaka.

But akhirnya alhamdullillah dah siap semua, aku balik dan gerak dengan Mickey, Iera dan Kakak.
Around 3am macam tu.

Gerak-gerak sekali tayar Viosy pancit pulak.
Balik rumah tukar kembara dan akhinya almost 7 kitaorang sampai kat AFamosa Alor Gajah.
Tengok semua ahli keluarga sanak-saudara dah menunggu.

By the way,
Kitaorang stay kat bungalow.
Ada empat bilik dan ada private swimming pool.
Okaylah...
Sebab ada dapur boleh masak, ada bbq set. (Tak berapa nak set sangat lah).

Despite daripada luar nampak cantik..
Kitaorang yang last min buat booking agak sikit tak puas hatilah dengan bungalow tu.
Dahlah satu malam RM950 (BUT THAT IS NOT THE ISSUE)
The issues are:
1) Katil kata dua queen satu bilik tapi actually super single je.
2) Dapur kosong ada tempat masak semata-mata (nasib baik kami dah angkut semua) even kettle pun takde okay.
3)Swimming pool mula-mula air keroh sampailah kami called caretaker datang bersihkan on the day itself tu.
4)Bilik air ada yang tak function shower dia.

Jangan silap book macam kami which is kami book under owner bukan straight under AFamosa. Nasib baiklah semua orang faham dan alhamdullillah semua aktiviti yang dirancangkan was fun fun and ran accordingly. Alhamdullillah.

Pagi Sabtu tu kami buat aktiviti yang dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Ada 4 aktiviti dan around 12pm macam tu aktiviti habis...
Kitaorang dah ordered food cuma masak nasi dan tunggu food je.
Around Zohor buat aktiviti bebas dan sapa nak pergi Melaka pergilah.
Mak bapak aku sedar-sedar dah hilang berjalan-jalan berdua ke Melaka.
 Kami pulak berjalan ke pekan Tampin sebab nak top up food untuk malam BBQ dan cari kek for Dec babies.

Alhamdullilah sampai around Maghrib dan tengok Pak Teh dah start membako.
Lepas tu,
Makan-makan. catch up, swimming...
Dan celebrate birthday Ejoy, coming birthday Anyah, Imran dan Emakku.
Alhamdullilah.
Happynya kalau hari-hari dengan semua keluarga macam ni...

Malam tido lewat sembang-sembang pagi-pagi breakfast dah tersedia. (Thx Pak Teh, Pak Long and Uncle especially yang tak berhenti memasak).
 Aku tolong Pak Lang buat roti bakar dengan kaya je. ;)
 Lepas perut dah kenyang semua buuuuuuuuummmm dalam swimming pool.
Hahahaha.
Main kejar-kejar dalam air.
Walau game bodoh tapi happy lah.
Even tak complete amount cousins, uncles and aunties tapi still MERIAH.
Alhamdullillah.
Terima kasih pada ketua Perancang G-AH yang paling memberikan seluruh tenaganya.
Terima kasih jugak pada semua yang menjayakannya.
Dan tak pernah nak berkira kalau apa-apa.
Kena top up apa-apa, call dah jalan. Thank you very much.
Love you all lah..

Okaylah...walaupun kerja tak siap tapi worth it. Hahaha.

Semoga minggu ini lebih baik daripada minggu-minggu baik sebelumnya ya..
Selamat bekerja semua.

Nah sedikit pics daripadaku...








Tuesday, November 11, 2014

Sekeping Seapark

Hello.
Macam mana weekend korang haritu.
Best ke?

Okay nak cerita.
Last weekend aku dengan famili (Mickey, G-ah, Hafiz, Kakak and Caah) decided to book a hotel nearby.
Memandangkan nak celebrate birthday Mickey so konon-konon kitaorang buat surprise lah.
Sebab Mickey nak sangat check in Sekeping Serendah tapi selalu sangat full.

Ini pun last minute plan you alls.
Hari Rabu aku decide.
Hari Khamis bayar.
Kalau nak bayar bank transfer je boleh.

By the way,
Sekeping memang banyak sangat outlet.
Dia macam sebuah rumah yang berkonsepkan kehijauan dan korang boleh check in samaada satu rumah ataupun bilik-bilik yang disediakan.
Memang berbaloi dan we had so much.
Korang boleh check harga dan bilik kat sini Sekeping
Memang puas hati you alls...
 
Pintu masuk. Tetapi sign ni kecik gila okaaaay. Kena check bebetul.



Ni jalan masuk ke dalam...
 
 View from our room. Arghh...very peaceful.



The ruang tamus... Siap ada dua lagi.



Also pemandangan from our room.
 


Ruang makan.



Siap ada outdoor shower dalam bilik. Best wooo.. Sarah memang enjoy laaah.

Mickey pun happylaaaah. Kami apatah lagi. Small celebration for her. Selebihnya di Italy. Gituuu... Hahahah.

XOX,
A

Wednesday, June 26, 2013

Vanggey Vanggey


Vanggey bermaksud meh sini meh sini dalam Tamil.
Please correct me if I'm wrong.

Take it easy.
Tiba-tiba lagi We Work Hard, Play Hard Neo stuck in my head.

Okay back to the story.
Takde apa sangat pun.
Just dah lama tak buat trip JJCM ke Penang.
So terjadilah ia last week.
Friday memang amik cuti.
Kami pergi berempat.
S, I, H and me.
Bertolak from Rawang around 10:30am and sampai dalam 3:00 ish sebabnya jam orang buat jalan.
Bengang tak? 

But btw, kami sampai check in kat Suria Apartment Bukit Merah then bergegas ke Penang.
Berkejaran ke Feringgi sebab nak makan rojak and laksa sedap but end up...
Kedai tu tutup so makan lah kat substitute shop around there yg soooo not sedap plus the rude waiter and waitress plus the laksa fail wey! 
Frustrated gila.

Try not to being grumpy and think bout other nice foods to enjoy.
Woohoo.
After done our sight seeing what not at Batu Keras then we went to Tesco.
Eating ice cream like nobody business.
Hahahahaha.

Then straight away to buy roti Bengali, my fav.
Lepas tu haaaaa... Line Clear menjelma.
Makan kenyang-kenyang then tapau Sup Hameed.
Amik kaw.
Sebab tu beli roti siap-siap.

Lepas apa yang perlu dibawa kami pun ke seberang leeee.
Pulang ke Bukit Merah.
Cadangnya nak main waterpark.
Sekali hampeh.
Lepas breakfast semua tak decide-decide.
Alih-alih kami main kat swimming pool dia yang besar ituuuuu.
Habis main,
Late check out and hip hip hooray..
Vanggey mari!

First time makan nasi Vanggey yang menjadi sebutan iteew.
Well for me, yes it's differ lah dengan sambal kelapa.
Tapi aku still prefer Line Clear.

Lepas nasi Vanggey, pulang ke kampung halamanku Dan masih makan-makan Dan makan.

Okay,
Nak habiskan baca my book.

So tgklah gambar di bawah ini puas puas.
Mood yours truly rajin terlebih malam ni.
Manakala report Law tak siap lagi.

I'm using iPhone to blog so please ignore the typos ek.

XOXO,
A