Meh Click Bebanyak ;)

Friday, January 23, 2009

Happy Chinese New Year!

Bonjour,
Happy Chinese New Year everyone.This is not about celebrating the festival or not.This is about long holidayssssssssssss....

I need a long break,far far away from office.Since Raya,I never took holidaysss..And the time has begin.Alamak,I will miss my class.Terhutang bukan ter tetapi berhutang kelas dari 16,17,23,24=8 jam.OMG,banyaknya nak ganti.

Harap-harap sifu dapat memberi kelas walaupun pada weekdays.Nak belajar banyak lagi coz yang ada belum mencukupi.Harap maklum sifu dan tongga.kekekeke..

So,walaupun cuti,to do list aku sangat banyak hingga tidak mengizinkan aku bercuti.Ceh,takperlah.TAkleh mengeluh,rezeki gak kan?

To do list:
1)Skrip Lu'lu
2)Treatment dan skrip Syurga Cinta the series.

Aku akan balik kampung malam ni.Jangan riso,broadband ade tak tau lah ade coverage ke tak kalo kat umah.Alah..bukannya kampung pun.kalo takde memang terulah.Aku memang tak rekomen lah pada sape-sape yang nak pakai maxis broadband sebab sangat teruk. Speed kononnya yang paling laju tapi kejap-kejap disconnect.Time irang nak cepat time tulah dia buat hal.Bayar bulan-bulan tak pernah lambat.Dah la datang dua bil sekali,terkejut den.Ada sape-sape nak rekomen broadband lain tak?

So,doakan aku selamat tiba ke kampung yer kawan-kawan..



Selamat bercuti semua,dalam bercuti jangan lupakan keperitan yang sedang dialami oleh saudara muslim kita di Gaza,PAlestin.Ingat.Oh ya,lupa,lepas CNY ni aku ade buat kutipan derma baju-baju dan apa sahaja berupa pakaian ker makanan tin ke beras ke untuk didermakan ke Gaza.Ini anjuran UiTM.Jomlah...kutip-kutip baju yang tidak dipakai namun masih elok dari biar membazir.Kan?

Oklah,nak sambung main facebook,almaklumlah kerja takdak,mood pun takdak.Asyik ingat gulai tempoyak mak.Kekekek..Akan ku updatekan aktiviti ku sepanjang cuti walaupun taklah cuti sampai ke Philipine..kekekke..

Selamat Bercuti!Gong Xi Fa Cai!

Thursday, January 22, 2009

~Present~

I just realized that I seldom put any pictures inside.and borink.....hehehe..Saje nak tunjuk...what I got during my birthday.

Tiramisu kek dari Yeus.Walaupun aku suke kek coffee tapi dia ingat aku teringin kek tiramisu so dia belikan.Thanks Yeus.



Jam Esprit jugak dari Yeus.Thanks Yeus..

Kasut Converse dari seseorang.Hehehe..Walaupun dah kotor tapi aku suke.Rock gitu..

Eeee..Si comel ni dari Mona and Leman...Suke suke...Cj7.Thanks monaman...hehehe..

t-Shirt ni hadiah dari aku sendiri sempena hari jadi aku.kekeke..Pelik,tapi aku memang suka hadiahkan diri sendiri.

Tu sahaja yang aku dapat.mASIH tggu ada dua orang lagi nak bagi hadiah...kekeke...Sabor..

Tuesday, January 20, 2009

Doa Buat Palestin

Doa Buat Palestin.

Doa Buat Palestin,
Teringatku pada dada-dada akhbar,
Yang membentangkan kisah meraka,
Menguris hati,meruntun jiwa,
Bukan sekadar hiba,
Namun aku turut merasa deritanya,
Lalu ku bertasbih kepadaNya agar
Dia menguatkan mereka,
Agar mereka terus berjuang tanpa mengalah.


Doa buat Palestin,
Ratapan pilu yang dikhabarkan,
Namun bedilan tanpa sekatan tetap diteruskan,
Apakah ini erti kemanusiaan,
Jika layanan binatang yang mereka berikan,
Aku tidak mahu menangis,
Kerana air mata tidak mampu membuat apa-apa.

Doa buat Palestin,
Seluruh dunia hanya mampu bersedih,
Memaki hamun malah,
Jangan kau harapkan apa-apa
biarlah seluruh dunia diam,
dan hanya sekadar berkata,
hentikanlah, hentikanlah.
Suara itu sudah lama dinyanyikan,
di meja bulat sidang PBB.

Doa buat Palestin,
Bedilan neraka memusnah negara,
Kanak-kanak tidak tahu apa turut derita,
Jika wang berjuta bisa menghancurkan,
Sanggup aku lemparkan pada mereka,
Jika filem mampu mengatasi segala,
Sanggup ku laburkan filem berjuta-juta,
Lalu Palestin tidak lagi sengsara,
kerana hari ini akan ku usir mereka pergi,
biarlah sejuta tahun lagi,
kemenangan itu pasti menjelma.



original by:crazyBeautiful 18/1/09

Film's review.







Malas nak review panjang-panjang...tapi untuk membuang kebosanan di hati pergilah tengok Bedtime Stories compared to Histeria.Sebab Histeria mula-mula memang dh best tapi lama-lama jadi tak paham adakah Murni itu psiko ataupun memang dia mengamalkan ilmu hitam.Itu yang jadi persoalan.

Bedtime Stories best untuk kala-kala malam menjelma tanpa ada kerja nak buat.So so lah...

Thursday, January 15, 2009

The New Me!

A new me has born.





Hari ini hari jadiku yang ke 26 tahun.Semalam famili,kawan-kawan yang menghantar sms kepada aku sangat aku hargai dan masih ingat hari lahirku.Thanks.

Hari baru,hari kelahiran aku yang baru.Banyak kerja harus dibuat,cuma ini,impian aku untuk tahun ini.

1)Cukupkan sembahyang lima waktu sehari
2)Turun berat badan 39 kgs
3)Improved my innerself
4)Stabilkan life aku untuk tahun 2009 ni,tahun 2008,banyak kurangnya.
5)Boleh bg duit kat parents lebih sikit
6)aku nak menghantar skrip ke luar
7)Mula dengan bisnes yang aku rancangkan
8)Kerja keras tanpa henti
9)Wink wink
10)Mencapai semua impian di atas.

Insyallah.

Doakan aku semoga aku dan kita bersama-sama mencapai segala apa yang kita impikan untuk tahun 2009.Usaha + tawakal=bERJAYA,

Allah tidak kejam,dia akan membantu mereka yang cuba membantu diri mereka sendiri.Amin.

Monday, January 12, 2009

Fuyoh!

Lega sikit bila kerja telah selesai.Skrip Mataku Nampak Hantu telah selesai semalam. Banyak kerja masih dalam perancangan dan aku memerlukan masa untuk buat sendiri jadual waktu aku kerana banyak proposal telah di approve oleh stesen TV jadi aku kena develope banyak cerita. Banyak untuk berkongsi namun badan tidak mengizinkan.Aku letih sangat baru lepas edit gambar konvo aku.Seronok dapat buat apa yang kita suka tambahan pula disokong oleh rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan yang sangat membina.

Masanya telah tiba,aku bersemangat baru tahun ini iaitu masih dengan perancangan untuk lebih menjana pendapatan aku dalam bidang perniagaan.Bidang perniagaan apa?Tunggu dan lihat,insyallah setelah semuanya selesai akan aku ceritakan.Semuanya masih lagi dalam perancangan.

Bak kata satu quote,we have to dream in order to achieve it.Sekarang aku sedang bermimpi dan sedang memikirkan jalan bagi mencapai mimpi-mimpi indah aku.Amin.

Sunday, January 11, 2009

Apa yang Perlu kita boikot?

#Dipetik daripada Leokid.com


Umat Islam, di Malaysia terutamanya, digesa untuk melakukan pemboikotan ke atas produk-produk yang terbukti memberikan sumbangan secara langsung ke atas negara haram Israel, sekaligus menyuburkan keganasan yang dilakukan Israel ke atas saudara-saudara kita di Palestin!

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat-syarikat luar yang telah lama bertapak, sekaligus menjadikan usaha memboikot ini seolah-olah satu beban kepada kita semua. Kita telah biasa berkunjung ke McDonalds, telah biasa terpegun dengan kecanggihan produk Intel dan Nokia, telah selalu menonton saluran Disney & CNN dan sebagainya. Susah betul nak boikot, kan?

Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai boikot dari segi hukum dsb. Saya yakin telah banyak diulas di sana dan sini mengenai kedudukan boikot. Justeru jika anda datang ke sini dengan persoalan - “Patutkah aku boikot?”, saya rasa anda tidak akan jumpa jawapannya di sini. Namun nasihat dari saya, boikotlah dengan ilmu dan rasional. Jangan memboikot secara membuta tuli - siasatlah terlebih dahulu sumber berita yang anda terima, pastikah kesahihannya, beralihlah kepada alternatif yang lebih baik secara kurang radikal dsb.

Oh ya, saya suka penulisan Abu Saif mengenai boikot ini. Beliau mengupas aspek boikot berdasarkan kepada reaksi kita Muslim, serta kesannya kepada negara haram Israel. Mungkin boleh menjadi panduan kepada kita, insyaAllah.
Boikot, menjadi lebih mudah sekiranya kita sudi berhijrah! Berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Dalam suasana pelbagai pihak yang mempromosikan boikot, jarang kedengaran pihak yang menawarkan alternatif ke atas produk-produk yang diboikot ini.

Justeru, dalam artikel ini, saya akan menyenaraikan 5 jenama utama Israel-associated di Malaysia, serta 5 alternative yang lebih baik bagi jenama tersebut! Alternative yang dipilih adalah berdasarkan kualiti produk yang hampir sama dengan produk asal yang perlu diboikot, justeru jika anda beralih ke produk alternatif ini, anda tidak akan rasa perbezaan pun

Coca Cola VS Pepsi!

Di Malaysia, kedua-dua jenis minuman ini telah lama bertapak. Ia menjadi kebiasaan diminum terutamanya dalam golongan muda dan remaja. Saya tidak berhasrat menyentuh dari aspek kesihatan, kerana minuman-minuman bergas ini sememangnya tidak wajar dijadikan minuman harian.
Namun, bagi yang terus ingin menikmati minuman cola ini, maka saya menggesa anda supaya tinggalkan minuman Coca-Cola, kerana Coca-Cola adalah terbukti menjadi antara penyumbang utama bagi negara Israel!

Sebaliknya, beralihlah kepada PEPSI!

Pepsi merupakan sebuah jenama minuman cola, yang dicipta oleh seorang ahli farmasi Amerika pada tahun 1890. Bermula dari situ, minuman ini telah popular dan tersebar luas sehingga ke seluruh pelusuk dunia, serta mempunyai pelbagai variasi lain.
Walaupun produk ini merupakan sebuah jenama Amerika, namun tiada fakta @ bukti jelas menunjukkan syarikat ini menyumbang kepada negara haram Israel secara langsung (directly). Namun bagi mereka yang boleh meninggalkan CocaCola DAN Pepsi kerana ingin berjihad mengelakkan syubhah, maka itu adalah lebih baik!

McDonalds VS KFC

Kedua-dua restoran makanan segera ini juga telah lama bertapak di Malaysia. Kedua-duanya menawarkan produk yang hampir sama - ayam goreng, burger dsb!
Namun, mengikut kajian yang telah dilakukan oleh InMinds, sudah terbukti yang syarikat McDonalds merupakan antara penyumbang terbesar kepada negara haram Israel, justeru wajib kita boikoti!
Apa alternatifnya? Saya sarankan, KFC sebagai alternatif kepada McDonalds! KFC, sebuah jenama franchise makanan segera, ditubuhkan oleh Colonel Sanders di Kentucky, Amerika Syarikat pada 1952. Sejak dari itu, jenama ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia.

KFC di Malaysia, diuruskan oleh sebuah syarikat bumiputra tempatan iaitu QSRBrands. Syarikat ini dinaungi oleh ahli lembaga pengarah yang boleh dikatakan hampir semuanya muslim, serta mempunyai sebuah panel syariah yang tersendiri bagi memastikan produk yang dijual serta transaksi perniagaan yang berlaku adalah halal dan mengikut syariat. Antara ahli panel syariah syarikat ini adalah Mufti Johor, SS Dato’ Noh Gadot.
Sebab itulah, pernah tak terfikir - Kenapa minuman di McDonalds adalah Coca Cola & Sprite, tetapi di KFC minuman cola yang dijual adalah PEPSI? Tukarlah kepada alternatif lain!

INTEL vs AMD

Persaingan antara 2 buah syarikat peneraju cip elektronik dan processor komputer utama dunia ini, telah lama wujud. Dalam kalangan enthusiast komputer serta peminat gaming, prestasi antara cip processor INTEL dan cip AMD telah lama diperdebatkan. Kedua-duanya terlalu hebat dari segi teknologi!
Namun, seperti yang dilaporkan, INTEL merupakan sebuah jenama Israel yang hakiki! Codename cip-cip yang dikeluarkan INTEL semuanya berasaskan kepada nama-nama mulia Israel. Kilang/pusat pengeluaran utama INTEL adalah terletak di Israel! Justeru, tiada sangsi lagi INTEL merupakan sebuah syarikat yang wajib diboikot!
Justeru, beralihlah kepada cip dari syarikat AMD. Cip mereka terbukti dalam kalangan enthusiast komputer, memberikan saingan yang hebat kepada Intel. Pendek kata, kita selaku pengguna biasa komputer, takkan terasa perbezaan antara komputer bercip INTEL dan bercip AMD.

Syarikat AMD (Advance Micro Device) merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Selain mengeluarkan cip processor, AMD juga mengeluarkan cip motherboard, graphic processor dan sebagainya. Di Malaysia, kewujudan komputer bercip AMD semakin banyak bertapak, sama ada komputer desktop mahupun komputer notebook. So, kenapa perlu pilih INTEL, sedangkan kita ada pilihan produk yang lebih kurang sama hebatnya?
Ingat, next time anda mahu beli komputer, carilah logo AMD!

NOKIA VS Sony Ericsson!

Ah, persaingan sengit antara 2 jenama pengeluar telefon bimbit di seluruh dunia. Kedua-duanya menawarkan fungsi telefon bimbit asas yang sama, dengan sedikit perbezaan dari segi fungsi.
Nokia, merupakan antara pelabur utama di negara haram Israel. Malah, ia mempunyai sebuah pelan projek kajian tersendiri yang dinamakan Project Israel, serta melaburkan sehingga 500 Juta USD! Bayangkan sekiranya satu dollar dijadikan satu peluru kepada penduduk Palestin, betapa banyak peluru telah disumbangkan oleh syarikat ini!

Alternatif bagi syarikat ini, saya cadangkan kita beralih kepada model Sony Ericsson (SE)! SE merupakan sebuah company joint-venture antara syarikat terkenal Jepun, iaitu SONY dengan sebuah syarikat telekomunikasi Sweden, Ericcson. Syarikat ini berpangkalan di London, United Kingdom, serta tiada fakta @ bukti jelas menunjukkan penglibatan syarikat ini dengan negara haram Israel.

Dari segi kualiti, bercakap secara peribadi (saya kini memiliki 3 buah SE yang digunakan sejak 5 tahun lalu), Sony Ericsson merupakan sebuah jenama yang tahan lasak. Telefon model K300i yang saya gunakan sejak saya SPM dahulu, masih boleh digunakan hingga sekarang!

Namun, kebanyakan telefon bimbit SE tidak support aplikasi .sis, justeru membawa sedikit kekurangan. Sungguhpun begitu, sepanjang saya menggunakan telefon bimbit, saya tidak rasa saya perlu guna fungsi tersebut pun!
Bagi yang tidak pernah cuba SE, saya syorkan anda cuba menggunakannya, pasti anda akan berpuas hati! Saya pernah juga cuba menggunakan telefon Nokia untuk beberapa ketika, namun sayang, bagi pendapat peribadi saya, saya lebih gemarkan Sony Ericsson!

DISNEY VS ANIME!

Disney merupakan sebuah channel television yang terkenal di seluruh dunia! Boleh dikatakan mana-mana kanak-kanak di dunia ini yang mempunyai akses TV antarabangsa, pasti mengenali syarikat Disney ini. Setelah mengukuhkan kedudukannya dalam arena TV, Disney mengorak langkah lebih jauh ke dalam bidang lain seperti filem, muzik dan pakaian, namun masih lagi disasarkan kepada golongan kanak-kanak.
Dalam masa yang sama, Disney menyokong pertubuhan negara haram Israel, serta Israel juga turut mengeluarkan dana yang tersendiri menggerakkan program-program anjuran Disney!

Alternatif yang saya ingin cadangkan, adalah sebuah genre animasi dari Jepun, iaitu lebih dikenali ramai sebagai ANIME! Anime merupakan genre kartun yang pasti mampu menarik minat kanak-kanak di seluruh dunia kerana kecomelannya serta mempunyai banyak persamaan dari segi persekitaran yang ditonjolkan. Justeru, ianya mudah sekali diasimilasi dalam kelompok kanak-kanak, sekaligus mengurangkan “kebergantungan” kanak-kanak kepada Disney.

Walaubagaimanapun, anime menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya sebagai bahasa perantaraan. Namun, jika ada yang mengatakan Disney sesuai sebagai medium pembelajaran bahasa Inggeris, banyak lagi medium-medium pembelajaran bahasa Inggeris yang lain yang lebih sesuai! Malah, siapa sangka, dengan menonton anime kanak-kanak turut berminat menguasai bahasa Jepun juga? =)

Perlu diingatkan, anime itu sendiri perlu dikawal tontonannya. Sesetengah anime, mempunyai aksi-aksi yang kurang sesuai kepada kanak-kanak, mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan sebagainya. Walaupun semakin banyak anime yang memupuk sifat positif seperti persahabatan, perjuangan dan sebagainya dikeluarkan, pilihan terbaik tetap adalah meninggalkan perkara ini secara terus. Hiburan merupakan satu bentuk penyerangan ke atas akidah umat Islam, baik dari Yahudi mahupun dari mana-mana sekalipun. Berhiburlah mengikut syariat Islam, dan sesungguhnya menjauhi hiburan-hiburan melampau dan tidak mengikut syariat ini adalah yang terbaik bagi kita selaku Muslim!


KESIMPULAN
Terdapat banyak alternatif lain selain produk-produk yang menyokong perjuangan Israel ini. Kita cuma perlu bukakan minda, luaskan perspektif, maka pilihan-pilihan tersebut pasti lebih baik kepada kita, inshaAllah!
Perlu dinyatakan, alternatif yang saya nyatakan di atas bukan alternatif terbaik yang ada! Alternatif yang saya berikan adalah berdasarkan kepada kualiti produk/jenama yang paling menyerupai produk asal. Namun, alternatif yang terbaik bagi jenama-jenama tersebut pastilah jenama MUSLIM!

Justeru, jika anda merupakan seorang ahli farmasi @ ahli kimia, maka ciptalah sebuah minuman baru bagi menyaingi CocaCola dan PEPSI! Jika anda merupakan seorang pengusaha makanan/restoran, maka bangunkanlah jenama franchise makanan segera anda yang tersendiri! Jika anda merupakan seorang jurutera komputer, maka keluarkanlah sebuah cip komputer yang setanding dengan Intel dan AMD! Jika anda merupakan seorang jurutera telekomunikasi, maka hasilkanlah sebuah telefon bimbit yang setaraf dengan Nokia dan Sony Ericsson! Dan jika anda seorang jurutera multimedia @ kartunis @ juruanimasi, jom hasilkan trademark animasi kita sendiri, animasi MUSLIM!
Sudah jelak dan muak kita menggunakan produk-produk mereka. Ayuh, mari kita mencorakkan masa depan dengan produk-produk berlandaskan syariah dan bersama kita hiasi kegemilangan Islam di masa hadapan!

(PS : Boikot, boikot juga. Tapi jangan lupa usahakan ikhtiar yang lain juga! Jangan lupakan Qunut Nazilah! Jangan lupa terus mengeluarkan derma dan sedekah! Jangan lupa, ceritakan mengenai perihal Palestin kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda! Jangan lupa terus berdoa! Percayalah, boikot sahaja tidak cukup, anda mampu lakukan yang lain!)

Saturday, January 10, 2009

Tanah Rahmat

Serba sedikit maklumat yang aku kumpulkan untuk menjadi panduan kita bersama.

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal
Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.
Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.

Friday, January 9, 2009

Boikot aka Boycott

Tiada apa yang mampu kita bantu selain berdoa kepada Yang Maha Esa serta menentang keras@boycott beberapa produk Amerika ini yang rata-ratanya rakyat Malaysia membelinya.
Please help me thru this way.Please.

1)Mc Donald
2)Starbucks
3)Colgate
4)Maybelline

Keempat-empat barang di atas aku gunakan,aku beli dan salah satu feberet aku.Whatever it is the war has began,and I as a muslim should protest and be firm against this.
May Allah help them in Palestine.Amin.

Ya Allah,selamatkanlah semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia khususnya masyarakat Palestin dari rejiman Israel.Amin Ya Rabbal Alamin.

banyak kerja,

Focusing in:
1)Mataku Nampak Hantu
2)Mak Janda Glam
3)Embun Mutiara
4)Lu'lu

More Laters,
More laters.

Tuesday, January 6, 2009

Gotta Be Somebody



Nobody want to be the last man there.

Bebanan di atas kepala

Aku melarikan diri dari seorang penghutang.Terbalik kerana selalunya yang melarikan diri ialah seorang penghutang manakala yang mengejarnya ialah pemiutang.Pelik tapi benar,rungsing aku dibuatnya sampaikan pukul 2 tiga paagi masih hubungi aku.Bukan tak mo bagi pinjam tapi duit aku yang dulu masih belum dipulangkannya.Haih.

Ok,berbalik pada kerja.Treatment Mataku Nampak Hantu kena diolah lagi sebabnya elemen cinta yang kurang kerana mereka ingin melihat cinta yang lebih di dalam drama ini.Takpe. So,sekejap lagi buat sedikit perubahan cerita ini.

Semalam kunci jam tetap tak bangun.Susah betul aku nak bangun pagi,entahlah.kalau zaman belajar dulu,sekali bunyi dah bangun,maklumlah berlumba-lumba nak dapat result baik.Hoohohoho..

Ok,sambung nanti.

Oh,ya.Doakan buat seluruh muslimin dan muslimat kita yang berada di Palestin.Nanti akan aku tuliskan mengenai mereka.

Monday, January 5, 2009

Simpan Dalam Kepala

ARTIKEL: 4 Cara membuang tabiat "buang masa"
============================================

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

"Matlamat dikecilkan"

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

"Tingkatkan kekuatan tenaga"

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif"

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20"

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Tertekan

Datang ke pejabat dengan misi dan visi yang terkini.Mulakan dengan mengedit skrip telemovie Naik Antu yang akan ditayangkan di Astro Ria.Tak banyak yang perlu diedit kerana cerita walaupun simple namun scene-scene yang digarab juga menarik.Cuma apa yang dibimbangkan ialah cerita ini mengambil konsep Anger Management,lakonan Adam Sandler.Yang berbezanya ialah bakal dilakonkan oleh 3 wanita yang juga merupakan pemegang watak utama buat cerita ini.

Konsep=tidak dapat mengawal kemarahan dan akhirnya dibantu oleh seorang pakar terapi.Not bad script dia meskipun ditulis oleh penulis baru seperti aku.

Masih kebuntuan dan tercari-cari idea untuk menulis drama bersiri "Mak Janda Glam" drama bersiri buat Astro Prima.Konsepnya sudah ada cuma masih berlegar-legar dalam kepala otak yang tunggu masa untuk dikupas dan dirobek oleh aku sendiri.Mungkin sebab mood aku tak berapa baik hari ini jadi idea lambat sikit nak keluar.Bukak email,terbaca satu artikel Irfan Khairi iaitu bagaimana membuang tabiat buang masa.Nanti aku uploadkan.Entahlah bukan buang masa tetapi mencari ilham.Ilham datang bukan dengan cara mudah bagi aku.Tak tahulah kalau bagi orang lain sepantas kilat tetapi tidak bagi aku.

Nak tak nak aku kena cepat siapkan proposal "Mak Janda Glam" ni,yalah tak mo lagi bermula dengan sikap bertangguh yang semakin hari amat membebankan aku.Sangat membebankan hingga mendatangkan masalah yang menimpa-nimpa.Haih.

To do list aku nampaknya semakin banyak.Takpe,jangan mengeluh.Sibuk maksudnya sedang mendapat rezeki yang banyak.Alhamdulilah.Aku tak mulakan kerja aku dengan Diana lagi.Buat blog untuk bisnes photographinya yang akan bermula tidak lama lagi.Silap,website,bukan blog.Bersusah payah dia masuk kelas Irfan Khairi jadi dia nak mulakan secepat mungkin.

Tadi aku bukak website kawan aku yang juga kini merupakan seorang photographer yang terkenal Fid Fathir.Hebat dan semakin mencurah-curah rezekinya.Alhamdulilah,aku tumpang gembira.Bermula dengan hanya minta kini merupakan sumber rezeki juga menjadi seorang yang profesional.Bagus,salah seorang yang boleh menjadi sumber inspirasiku.

To do list: (kerja)
1)Treatment Lu'lu
2)Proposal Mak Janda Glam
3)Skrip Mataku Nampak Hantu
4)Edit Naik Hantu! (selesai)

Banyak yang melegakan aku untuk hari ini.Pertama,bilik yang aku nak sewakan telah dihuni oleh seorang gadis gadis yang bergelar seorang guru.Alhamdulilah,semoga pengalaman menyewa dengan orang yang lepas banyak mengajar aku.Insyallah.

Kawan aku masih tercari-cari kerja.Kesian dia,memang susah nak dapat kerja sekarang.Aku mendoakan agar dia mendapat kerja secepat mungkin.Amin.

Boss pulak masuk-masuk mengamuk.Haih,aku kena kuatkan hati agar senantiasa berfikiran positif sebabnya ini azam tahun baru aku.Kuatkan semangat,cekalkan hati dan rajin berusaha mencari duit untuk masa depan.Caiyok,caiyok.

Cari duit,dan bukan meminjam duit.Tadi salah sorang kawan aku ingin meminjam duit daripada semalam.Sedangkan gaji baru dapat dia pulak banyak duit daripada aku tapi entahlah.Kalaulah dia boleh fikir yang aku ini banyak lagi nak guna dengan duit tu,kenapa manusia tidak pernah berfikir tentang orang lain???

Sudahlah dengan bebelan yang ada.Kerja harus dilaksanakan.Teruskan membuat proposal kejap.Nanti aku uploadkan yer.

Thanks kepada sape2 yang membaca.

Hehehe..

Saturday, January 3, 2009

Mataku Nampak Hantu

1. INT / NIGHT/ RUMAH HANIZA – RUANG TAMU
WATAK : HANIZA,PEMBUNUH
Dalam gelap,kelihatan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki yang mukanya tidak kelihatan.Mereka seolah-oleh berebutkan satu barang yang berada di dalam genggaman tangan perempuan itu.Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan pistol dan menembak wanita berkenaan.Wanita itu jatuh dan tidak sedarkan diri.Sesuatu terselit di bawah karpet.
Cut to:

2. INT / NIGHT / KAMPUS – TANDAS ASRAMA
WATAK: EXTRAS PEREMPUAN 2 ORANG
Kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang berada di dalam tandas asrama.Seorang di dalam bilik mandi sedang mandi manakala seorang lagi sedang menyapu bedak sejuk di mukanya.Tiba-tiba yang sedang menyapu bedak terdengar bunyi cakaran di dinding tandas lalu memberitahu kepada yang sedang mandi.Pelajar yang sedang mandi keluar sambil kepalanya bersabun.Mereka tiba-tiba terlihat satu lembaga di depan pintu tandas yang berambut panjang dan mengilai.Mereka berdua lari lintang pukang ketakutan.

Cut to:

3. INT / DAY / KAMPUS – KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR & PENSYARAH)
Di dalam sebuah kelas,kelihatan para pelajar sedang mengerumuni dua orang pelajar perempuan di dalam scene 2 yang berjumpa dengan hantu.Kedua pelajar perempuan itu bercerita mengenai pengalaman mereka berjumpa hantu sambil menokok-tambah cerita yang sebenar. Di satu sudut kelihatan seorang pelajar perempuan sedang mendengar ipodnya sambil membaca buku.Tiba-tiba semua mata tertumpu padanya.Pensyarah masuk.Masing-masing mengenalkan diri masing-masing termasuk Adra.Establish karakter Adra yang nampak seperti budak baik.

Cut to:






4.INT / NIGHT/ KAMPUS – BILIK ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
Adra sedang duduk di atas katil dan sedang membuat kerjanya sambil menyanyi riang dan tiba-tiba seorang wanita mengetuk pintu kemudian masuk ke biliknya.Pelajar perempuan itu mengenalkan dirinya sebagai Heliza iaitu seorang pelajar akauntan yang terlewat mendaftar kerana ada masalah teknikal.Heliza nampak sebagai seorang gadis yang sangat sopan dan tertib.Heliza kini merupakan rakan sebiliknya.

Cut to:

5.INT / DAY/ KAMPUS – KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR DAN PENSYARAH)
Di dalam kelas perubatan,seorang pensyarah lelaki menjelaskan tentang sejarah perubatan dan memberitahu pelajar bahawa perubatan tradisional juga amat berguna dalam bidang perubatan termasuklah cara-cara menghalau perkara ghaib.Adra lantas bertekak dengan pensyarah itu mengenai perkara yang dia tidak percayakan.Bahaya perkara ghaib itu wujud namun bukan hantu kerana hantu hanyalah wujud kerana ilusi manusia.Manusia yang menciptakannya.Adra juga bertengkar dengan beberapa orang rakan sekelasnya mengenai fahaman itu.
Cut to:

6.INT / DAY/ KAMPUS – CAFETARIA (konti baju scene 5)
WATAK: ADRA,EXTRAS
Di cafe,Adra duduk minum berseorangan dan tiba-tiba datang tiga orang rakan sekelasnya duduk di sebelah Adra.Mata Adra seperti sedang tercari-cari seseorang.Rakan sekelasnya yang duduk di sebelah Adra bertanya mengapa Adra tidak percayakan hantu.Adra dengan angkuh menjawab bukan tidak percayakan tetapi hantu memang tiada.Rakannya yang tidak puas hati mencabar Adra supaya mengikut mereka.Adra bertanya bila dan di mana dan dia pasti hadir untuk melihat sendiri kejadian menakjubkan itu.Daripada tiga orang menjadi dua orang apabila seorang rakan kelasnya tadi menarik diri kerana merasakan bahawa mereka membuat kerja gila.

Cut to:






7. INT / NIGHT / KAMPUS – MAKMAL SAINS
WATAK: EXTRAS PEREMPUAN 2 ORANG
Dua orang pelajar perempuan sedang mengemas untuk pulang di dalam makmal sains.Mereka berdua berbual mengenai sambutan tahun baru yang bakal mereka pergi.Tiba-tiba lampu makmal mati dan kemudian dibuka semula seperti ada orang yang mempermainkan mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri dan menjerit.Tiba-tiba keluar hantu perempuan yang menakutkan,mereka lari lintang pukang.Hantu itu mengilai.
Cut to:

BREAKER 1


8. INT / DAY / KAMPUS-KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR & PENSYARAH)
Sekumpulan pelajar sedang duduk di tengah-tengah kelas mendengar dua pelajar perempuan bercerita mengenai kisah mereka berjumpa hantu dalam scene sebelumnya dan mereka menokok-tambahkan cerita itu.ADRA masuk ke kelas dengan muka yang selamba.Salah seorang daripada pelajar perempuan itu hanya diam dan kepalanya ditampal koyok.Seorang extra memberitahu Adra supaya berhati-hati.Adra hanya mengangguk buat muka seperti budak baik.Salah seorang pelajar di dalam kelas memberitahu petua orang-orang tua sekiranya ingin memastikan adakah hantu itu benar-benar hantu tunduk dan melihat di celah kelangkang.Sekiranya ia benar hantu,maka ketika dilihat begitu ia akan hilang dan sebaliknya.Adra hanya tergelak mendengarnya.
Cut to:

9. INT / NIGHT / BILIK – ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
Di dalam bilik kelihatan Adra sedang membetulkan baju hantunya,rambut wignya dengan senyumam dan dia membebel seorang diri ketawakan rakan-rakannya. Tiba-tiba Heliza masuk ke bilik.Adra dengan cepat menyorokkan rambut wignya di bawah bantal tetapi boleh nampak ia berjuraian. Heliza tanya apa yang sedang dibuatnya dan dia memberitahu dia sedang mengulangkaji pelajaran padahal Heliza nampak rambut hantunya. Heliza hanya mengelengkan kepalanya sahaja.Adra tersengih-sengih.

Cut to:




10. INT / DAY/TAMAN REKREASI
WATAK: ADRA,HELIZA
Di sebuah taman rekreasi,Adra dan Heliza berjongging bersama-sama.Mereka melalui sebuah perhentian bas dimana ketika melalui perhentian bas itu Heliza seperti melihat sesuatu dan terus terdiam daripada ketawa. Adra pelik melihat Heliza dan bertanya adakah dia mempunyai masalah namun Heliza hanya berdiam diri.Adra mengalah.
Cut to:


11. INT / NIGHT / KORIDOR ASRAMA
WATAK: ADRA,PAKCIK GUARD,EXTRAS (PEREMPUAN)
Tiga orang pelajar perempuan sedang lepak berbual di kawasan dalam asrama.Mereka bergelak ketawa dengan galak.Tiba-tiba terdengar satu suara seperti perempuan mengilai.Mereka tiba-tiba terkejut dan berpandangan sesama sendiri.Tiba-tiba muncul satu lembaga yang sangat mengerunkan,mereka menjerit dan kemudian lari lintang pukang.Salah seorang melihat di celah kelakangnya tetapi dia keliru kerana masih nampak,namun apabila hantu itu mula mengilai balik dia juga cabut lari.Pak Guard tiba-tiba datang dan apabila tertoleh ke belakang Pak Guard terlihat hantu itu dan Pak Guard cuba membaca beberapa ayat Al Quran namun dia pengsan. Adra yang menjadi hantu lari dan tiba-tiba kakinya terpelecok.

Cut to:


12. INT / NIGHT / BILIK – ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
CU muka Adra yang menjerit.Kemudian tunjuk kakinya yang diurut oleh Heliza.Heliza memarahi Adra kerana perangainya yang gemar mengusik orang. Adra memberitahu bahawa dia saja ingin mengajar rakan-rakannya agar lebih berani.Heliza bertanya kepada Adra adakah dia tidak takut satu hari nanti dia pula akan diganggu hantu.Adra hanya ketawa dan memberitahu bahawa perangai dia sendiri macam hantu dan hantu pun takut kalau melihatnya.Heliza menyampah dan menyuruh Adra mengurut kakinya sendiri.Adra mengeluh melihat rakannya yang merajuk.

Cut to:




13. INT / DAY / KELAS-KAMPUS
WATAK: ADRA,RAKAN SEKELASNYA
Adra masuk ke kelas dengan terjengkut-jengkut.Rakan-rakan bertanya mengapa dengan kakinya dan Adra hanya menjawab bahawa kakinya terseliuh.Tiba-tiba datang seorang budak mengetuk pintu dan memberitahu bahawa seorang pensyarah ingin berjumpa dengan Adra.Adra bangun dan keluar dari kelas.Salah seorang rakan kelas Adra yang sedang berbual tiba-tiba terpandangkan sesuatu daripada beg Adra.Sesuatu yang mencurigakannya.Dia kemudian merapati beg Adra dan menarik sesuatu dan kemudian mengeluarkannya dari beg Adra.Semua mata tertumpu pada beg itu.Pelajar wanita itu menarik keluar rambut palsu Adra.Adra masuk ke kelas dan dengan jalannya yang terjengkut-jengkut dan dengan gembira memberitahu kelas telah dibatalkan.Semua rakan kelasnya tertumpu kepadanya dan pelajara perempuan yang menarik rambut palsu hantu Adra menjerit memberitahu bahawa selama ini Adra lah rupanya dalang kepada semua cerita-cerita hantu di dalam fakulti serta asrama mereka.

Cut to:

14.INT / DAY / RUMAH KAKAK ADRA
WATAK: ADRA,KAKAK ADRA (ADLIN)
Adlin iaitu kakak Adra sedang menasihati adiknya tentang kelakuannya yang nakal di universiti.Adlin dipanggil oleh dekan fakulti dan dia sangat berang dengan sikap adiknya yang tak habis-habis dengan sikap nakalnya.Adlin memberitahu nasib baik Adra tidak digantung dan hanya diberi amaran.Adlin meminta Adra supaya berubah kerana sikapnya ini hanya akan memakan dirinya sendiri.Adra pula meminta agar dia ditukarkan ke universiti lain kerana semua kawan-kawannya amat membosankan.Hanya Heliza yang kini sudi berbual dan melayannya.Adlin tidak mahu melayan Adra dan memberitahu adiknya itu “berani buat berani tanggung”.Adlin memberitahu Adra bahawa dia akan mengikut suaminya ke Brunei atas urusan perniagaan dan menyuruh agar adiknya pandai-pandai menjaga diri sepanjang peninggallannya nanti.Adra buat muka.

Cut to:


BREAKER 2






15.EXT / DAY / KAMPUS-JALAN
WATAK: ADRA,EXTRAS
Adra berjalan masuk ke kampus.Dia menegur beberapa orang rakannya yang lalu-lalang namun tiada siapa pun yang mengendahkannya. Adra buat muka berlagak dan marahkan mereka kerana emosional.

Cut to:

16.INT / DAY / KAMPUS-KELAS (konti baju scene 15)
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR & SEORANG PENSYARAH)
Adra termangu keseorangan di dalam kelas apabila semua rakan sekelasnya tidak mempedulikannya dan terus memperli.Adra naik berang dan memarahi mereka tiba-tiba pensyarah masuk ke dalam kelas dan menyuruh Adra duduk di tempatnya. Pensyarah itu memberitahu bahawa semasa cuti semester ini mereka dikehendaki mencari satu jenis ubat tradisional yang diperbuat daripada herba dan disesuaikan dengan ubatan moden.Mereka harus dibahagikan kepada tiga orang di dalam satu kumpulan.Masing-masing mempunyai kumpulan dan mereka tidak mahu bersama Adra.Adra dengan angkuhnya memberitahu bahawa orang bijak tidak perlukan teman dia mampu berjaya seorang diri.Semua orang tetap tidak mempedulikannya.

Cut to:

17.INT / NIGHT / BILIK ASRAMA
WATAK: ADRA & HELIZA
Adra mengamuk sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.Tiba-tiba Heliza masuk dan memintanya supaya lebih bersabar. Adra memberitahu bahawa dia perlu mencari perubatan tradisional yang dia sendiri tidak percaya keberkesanannya.Heliza dengan penuh sabar menjemput Adra ke rumahnya bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan kerana ayah Heliza merupakan seorang pengamal perubatan. Adra yang pada mulanya enggan tiba-tiba teringatkan kakaknya yang akan ke Brunei terus berubah fikiran menerima pelawaan Heliza.
Cut to:








18.EXT / DAY / HUTAN
WATAK: ADRA,HELIZA,PAK YA (AYAH HELIZA)
Pak Ya menunjukkan beberapa jenis pokok kayu herba kepada Adra.Adra pula sibuk memukul nyamuk-nyamuk manakala Heliza membantu memegang bakul.Adra buat endah tak endah.Pak Ya hanya tersenyum.
Cut to:

19.INT / NIGHT / MEJA MAKAN-RUMAH HELIZA
WATAK: ADRA,HELIZA,PAK YA (AYAH HELIZA)
Ketiga-tiga mereka berada di meja makan.Pak Ya memberitahu Adra bahawa ulam-ulaman amat elok untuk kesihatan dan petua orang-orang tua.Adra pula asyik membentah dan melawan kata-kata Pak Ya. Heliza kurang senang apabila Adra meninggi suara dengan ayahnya.Namun Pak Ya pandai menangani keadaan itu.Dia hanya tersenyum dan Adra tetap dengan sikap degilnya dan terus bangun dan meninggalkan meja makan.

Cut to:

20. EXT / NIGHT / JALAN KAMPUNG
WATAK: HELIZA,ADRA
Heliza dan Adra berjalan beriringan di kawasan kampung yang gelap.Adra memohon maaf kepada Heliza kerana bersikap kurang ajar dengan bapanya.Heliza memberitahu semua orang mempunyai pandangan masing-masing namun adakalanya pendapat orang lain harus juga didengar dan dipertimbangkan.Adra bertekak dengan Heliza.Tiba di sepohon pokok yang sangat besar dan tinggi. Heliza memberitahu Adra bahawa pokok ini sangat keras kerana tiada siapa yang berjaya memotongnya. Heliza mengingatkan kepada Adra supaya jangan sesekali medongok melihat pokok ini tetapi Adra degil dan dia mendongak ke atas kemudian setitis embun jatuh ke dalam mata kirinya. Tiba-tiba angin bertiup kencang,mereka pulang.
Cut to:

21. INT / NIGHT / BILIK-RUMAH KG HELIZA
WATAK: HELIZA,ADRA
Heliza dan Adra masing-masing sedang asyik tidur dan tiba-tiba angin bertiup kedalam bilik mereka. Adra terjaga kemudian seolah-olah ternampak sesuatu dan mengesel matanya kemudian dia tidur semula.

Cut to:
BREAKER 3
22.INT / DAY / RUMAH HELIZA (KG)
WATAK: ADRA
Adra bangun dari tidur dan tercari-cari Heliza.Tetapi kelihatan rumah Heliza kosong seperti tiada orang dan sunyi.Kelihatan seekor kucing hitam berkeliaran di dalam rumah.Tiba-tiba telefon bimbit Adra berbunyi dan panggilan itu dari pada Heliza yang menelefonnya dari Kuala Lumpur.Heliza memberitahu bahawa dia terpaksa pulang ke universiti lebih awal kerana ada kerja untuk diselesaikan.

Cut to:
23.INT / NIGHT /BILIK-ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
Adra sedang mengemas pakaiannya di dalam beg dikeluarkan dan menggantungkannya dalam almari.Heliza tiba-tiba masuk dan duduk di atas katilnya dengan senyap. Adra pula bengang kerana Heliza meninggalkannya di kampung tanpa memberitahu terlebih dahulu.Adra kemudian bersuara mengapa Heliza tidak meminta maaf darinya.Heliza hanya diam kemudian terus tidur.Adra memberitahu bahawa dia menyesal mengikut Heliza pulang ke kampung kerana tiada hasilnya. Namun Heliza tetap senyap.Adra bengang dan terus keluar dari bilik.

Cut to:

24.EXT / NIGHT /BILIK-KORIDOR ASRAMA (konti baju sc 23)
WATAK: ADRA,EXTRA (HANTU)
Adra berjalan-jalan di kawasan asrama bagi mengawal rasa marahnya.Dia membebel seorang diri dan tiba-tiba dia ternampak sesuatu.Seorang makcik sedang duduk di bawah sepohon kayu sambil memegang sesuatu.Adra tersenyum kepada makcik itu.Makcik itu terkejut terus lari.Adra hairan dan mengatakan bahawa mungkin makcik itu ingat Adra hantu.Adra tergelak kerana merasakan itu perkara kelakar.
Cut to:

25.INT / DAY /KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (RAKAN SEKELAS)
Hari pembentangan kajian yang mereka lakukan tentang ubatan tradisional.Semua rakan-rakannya mengeluarkan pelbagai barang dari beg mereka manakala dia tercengang-cengang dan sangat malu apabila ada yang memerlinya.Pensyarah masuk.Adra cepat-cepat keluar ke tandas kerana takut.

Dissolve to:




26. INT / DAY/ TANDAS-KAMPUS (konti scene 25)
WATAK: ADRA,EXTRAS (HANTU & RAKAN KELAS ADRA)
Adra berada di dalam tandas.Dia keluar membasuh tangan dan ketika mencuci tangan dia ternampak seorang wanita yang hanya berdiri di sebelah sinki.Dia menegur wanita itu tetapi wanita itu tidak membalasnya.Tiba-tiba rakan sekelas Adra masuk dan mencuci tangan.Adra masih lagi bercakap dengan wanita hantu itu dan kemudian rakan kelas Adra memandang Adra dan memberitahu tidak usah cuba untuk berbaik-baik dengannya kerana mereka sudah sepakat memulaukannya.Adra memberitahu bahawa dia bercakap dengan orang lain bukan dengannya.Rakan sekelas memberitahu Adra supaya jangan jadi gila dan terus keluar daripada tandas.Adra hanya senyum mengatakan pada wanita hantu bahawa rakan-rakan kelasnya semua sudah marahkannya.Hantu wanita itu hanya diam. Sebelum keluar dari tandas Adra mengulangi kata-kata kakaknya “berani buat berani tanggung”.Hantu wanita itu hanya memandang Adra.

Cut back to:

27 . INT / DAY/ KELAS-KAMPUS (konti scene 25)
WATAK: ADRA,EXTRAS (RAKAN KELAS ADRA)
Semua mata pelajar lain tertumpu pada Adra ketika dia masuk.Pensyarahnya bertanyakan mengenai kajian yang telah diberikan.Adra hanya diam dan terus duduk di tempatnya.Tiba-tiba dia terlihat sesuatu dalam begnya iaitu herba dan lengkap dengan kertas kajian.Adra tercengang dan memandang pensyarahnya dengan mata yang bulat.
Cut to:

28 . INT / DAY/ KAMPUS-(konti baju)
WATAK: ADRA,EXTRAS
Adra menunggu Heliza di depan fakultinya namun Heliza tidak juga muncul-muncul. Adra membebel seorang diri kerana dia menyangka bahawa Heliza merajuk dengannya.Adra menyangkakn bahawa Heliza yang membantunya dan ingin memohon maaf kepada Heliza.
Cut to:

BREAKER 4




29 . INT / DAY/ KELAS-KAMPUS (konti scene 25)(FLASHBACK)
WATAK: ADRA,EXTRAS (RAKAN KELAS ADRA)(Montaj)
Kelihatan Adra membuat pembentangan di dalam kelas dengan penuh yakin dan berpandukan kerts yang berada di tangannya.Rakan sekelas hanya mencebik melihatnya.Pesyarah pula mendengar dengan tekun sambil kepalanya mengangguk-angguk.

Dissolve to:

30. INT / NIGHT/ BILIK ASRAMA
WATAK: ADRA,HANTU
Adra sedang baring di atas katilnya sambil memegang kertas kajian seperti scene sebelumnya.Kemudian dia bangun dan menuju ke maja belajarnya sambil menaip sesuatu di komputer ribanya.Tiba-tiba ada biasan seperti ada perempuan berdiri di belakangnya.Dia kemudian pusing ke belakang namun tiada apa yang dilihatnya.Dia bangun dan pergi ke pintu tercari-cari.Melihat tiada apa dia terus menyambung kerjanya.Heliza masuk ke bilik dan terus tidur.Adra menegur namun Heliza hanya diam.
Cut to:

31. EXT / DAY/ JALAN
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU)
Seperti biasa Adra akan berjongging di sebuah kawasan taman rekreasi.Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan yang menunggu di bus stop tengah kesedihan.Dia hanya melihat wanita itu yang menangis.Dia ingin bertanya kepada wanita itu mengapa dia menangis dan tiba-tiba telefonnya berbunyi.Kemudian dia senyum kepada perempuan itu.Adra sambung jogging.Tiba-tiba wanita itu mengejar Adra.Adra pun lari sekuat mungkin.
Cut to:

BREAKER 5

32. EXT / DAY/ JALAN (konti sc 31)
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU)
Konti scene 31.Adra masih lari kemudian dia menyorok di sebalik sebuah bangunan.Haniza (hantu) itu pun turut menyorok dan kemudian Adra lari lagi dan hantu itu mengikutnya.Adra berhenti dan bertanya apa sebenarnya masalah hantu itu yang mengikutnya. Hantu itu memberitahu bahawa dia perlukan bantuan Adra kerana hanya Adra yang dapat membantunya.Hantu itu memperkenalkan dirinya sebagai Haniza dan memberitahu siapakah dirinya.Adra tidak percaya dan berlalu pergi.
Cut to:

33. INT / DAY/ KELAS-KAMPUS
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU),EXTRAS (PELAJAR)
Adra duduk di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain mendengar apa yang pensyarah di depan ajar.Tiba-tiba Adra nampak Haniza berdiri di sisi pensyarah dan membuat muka kelakar dan menganggu pensyarahnya. Adra terkejut dan menjerit ke arah Haniza menyuruhnya pergi.Semua orang memandang Adra.Adra tunjuk ke arah Haniza namun semua memanggilnya suka membuat kacau. Pensyarahnya juga memarahi Adra dan menyuruhnya menumpukan perhatian terhadap kelas.Adra yang bingung terus keluar dari kelas.

Cut to:

34.INT / DAY/TANDAS -KAMPUS
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU),HANTU SC 26
Adra masuk ke tandas dan membasuh mukanya kemudian dia tersenyum kepada seorang perempuan iaitu hantu yang sama di dalam scene 26.Ketika dia mengangkat kepalanya melihat cermin Haniza tersengih kepadanya.Adra menjerit kepada Haniza supaya jangan membuatnya jadi gila dan menyangkakan ini adalah helah rakan sekelasnya untuk mengenakannnya.Haniza menyapa hantu perempuan itu.Adra terus bertanya kenapa orang itu boleh melihatnya sedangkan dia memberitahu bahawa dia ialah seorang hantu.Haniza memberitahu bahawa perempuan itu juga hantu dan bermakna Adra boleh melihat hantu.Adra terus menjerit sekuat hati.
Cut to:

35. INT / NIGHT/RUMAH-ADLIN (KAKAK ADRA)
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU),ADLIN
a)Adra terbaring di atas katil.Kepalanya ditampal koyok.Adlin bertanya mengapa Adra kelihatan begitu pelik sekali.Adra terus mengatakan sekiranya dia memberitahu perkara sebenar kakaknya mesti tidak percayakan kata-katanya.Adlin menjawab bahawa kakak mesti percayakan adiknya,Adra pun terus menceritakan bahawa dia boleh melihat hantu,Adlin terus keluar dari bilik.Adra tercengang. Adra terus makan ubat dengan lahapnya kerana dia sangat tertekan.
Cut to:


BREAKER 6



b)Adra tertidur,di sebelahnya kelihatan Haniza sedang mengacau Adra daripada tidur.Adra terjaga dan terjerit apabila terpandangkan Haniza.Adra merayu pada Haniza supaya tolong jangan ganggunya.Haniza pula merayu Adra untuk membantunya.Adra bertanya apa yang perlu dibantunya agar Haniza tidak lagi menganggu hidupnya.Haniza pula terus bercerita.
Cut to:

36. INT / DAY/PEJABAT AZMIN (Flashback)
WATAK: AZMIN,HANIZA
VO Haniza menceritakan kehidupannya.
Haniza sedang bermesra dengan suaminya.Suaminya nampaknya sangat menyayangi isterinya.
Dissolve to:

37. EXT /DAY /CAFE (Flashback)
WATAK: AZMIN,HANIZA,AZLI
Masih lagi VO Haniza.
Azmin dan Haniza makan bersuapan dan tiba-tiba datang seorang lelaki duduk bersama mereka.Lelaki itu ialah Azli iaitu adik ipar kepada Azmin.Azli nampaknya tidak senang dengan kemesraan Azmin dan Haniza.Riak wajahnya nampak cemburu.
Dissolve to:

38. EXT/DAYJALAN (Flashback)
WATAK: HANIZA,AZLI
Masih lagi VO haniza yang menceritakan bahawa dulu sebenarnya dia bercinta dengan Azli.Tetapi ramai rakan-rakannya memberitahu bahawa Azli hanya inginkan hartanya jadi dia terpaksa memutuskan hubungan itu.Dia tidak sangka akhirnya dia bercinta dengan abang kepada Azli. Semuannya secara tidak sengaja.
Dissolve to:

39. EXT /DAY /BANK (Flashback)
WATAK: HANIZA
Masih lagi VO Haniza yang menceritakan bahawa dia mempunyai bon saham di atas nama seseorang. Namun nama itu dirahsiakan.Dia menyimpan kunci itu bersamanya.
Menunjukkan Haniza baru sahaja keluar dari bank.
Cut back to:



40. INT / NIGHT/RUMAH-ADLIN (KAKAK ADRA)
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU), (Konti sc 35)
Haniza memberitahu bahawa dia telah dibunuh malam harinya.Adra bertanya apa yang perlu dia buat untuk membantunya.Haniza memberitahu bahawa hanya seorang yang dapat membantunya iaitu adik Haniza iaitu Khairul.
Cut to:

41. INT / DAY / PEJABAT
WATAK: ,ADRA,KHAIRUL
Adra terus menerpa masuk ke dalam bilik.Khairul terkejut dan memberitahu bahawa Adra amat biadap. Adra pula menjawab biadap lagi orang yang apabila dihubungi asyik tidak menjawab telefonnya. Adra bertanya kepada Khairul mengapa tidak menjawab panggilannya sedangkan dia telah menghubungi Khairul lebih daripada 50 kali.Khairul memberritahu bahawa dia tidak berminat untuk mendengar cerita-cerita merepek dari orang yang tidak dikenalinya.Adra bertegas bahawa dia tidak merepek tetapi sekadar ingin membantu. Khairul buat endah tidak endah kepada Adra.Adra terus menceritakan segala perihal yang memalukan mengenai Khairul agar dia membantu Adra.Khairul terkejut bagaimana hal yang tidak sepatutnya Adra tahu.Adra memberitahu bahawa Haniza yang memberitahunya.Khairul mengalah dan bertanya apa yang harus dilakukannya.
Cut to:

42. INT / DAY/BANK (Seperti dalam sc sebelumnya)
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA
Khairul keluar daripada bank itu dan Adra yang menunggunya di luar terus tersenyum melihat Khairul. Khairul memberitahu bahawa peti besi kakaknya itu pernah dibuka oleh orang lain beberapa bulan yang lalu setelah kematiannya.Namun untuk mengetahui apa yang ada di dalam peti itu mereka harus mempunyai kunci.Mereka berdua berfikir bagaimana hendak mendapatkan kunci itu.Tiba-tiba Haniza datang dan memberitahu Adra bahawa kunci itu ada di rumahnya dan harus dicari. Khairul yang mendengar kata-kata Adra hanya menjegilkan matanya dan memandang sekeliling. Adra dan Haniza ketawa.
Cut to:



BREAKER 7



43. EXT / DAY/JALAN
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA
Adra memberitahu Khairul sekiranya dia mempunyai kunci bagi memasuki rumah kakaknya itu.Khairul mengelengkan kepalanya.Haniza memberitahu Adra bahawa dia tahu di mana Azmin selalu meletakkan kunci pendua.Haniza memberitahu bahawa mereka harus bekerjasama dengan Azmin. Kerana Haniza hanya syak kepada Azli kerana sejak dari dulu Azli tamakkan hartanya.
Cut to:

44. EXT / DAY/DALAM KERETA (DEPAN RUMAH HANIZA)
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA (konti baju)
Adra dan Khairul di dalam kereta.Mereka ingin keluar dari kereta namun sebelum berbuat demikian mereka ternampak Azmin bersama seorang wanita keluar dari rumah. Khairul menyorok.Haniza terkejut. Mereka menunggu sehingga Azmin pergi.Khairul dan Adra bergegas masuk ke dalam rumah.Haniza menunjukkan tempat kunci pendua diletakkan.

Cut to:
45. INT / DAY/RUMAH HANIZA
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA,AZMIN (Konti baju)
Adra dan Khairul bertungkus lumus mencari kunci peti besi Haniza. Tiba-tiba datang Azmin datang dan menengking mereka.Khairul berpura-pura memberitahu mereka bahawa dia mencari bukunya yang pernah dipinjam oleh Haniza.Azmin yang ragu-ragu bertanya jika ingin mencari buku mengapa perlu menyelak karpet. Khairul dengan pantas mencari helah.Azmin memberitahu bahawa dia tertinggalkan dompetnya. Adra yang berada di dalam bilik membuka dompet Azmin dan mengambil kunci peti besi itu sambil Khairul melengahkan masa Azmin supaya tidak masuk ke dalam biliknya. Adra dapat mengambil kunci itu lalu keluar secara perlahan-perlahan tanpa disedari oleh Azmin.

Cut to:

46.INT / NIGHT/ RUMAH HANIZA – RUANG TAMU (konti sc 1)Flashback
WATAK : HANIZA,PEMBUNUH
Dalam gelap,kelihatan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki yang mukanya tidak kelihatan.Mereka seolah-oleh berebutkan satu barang yang berada di dalam genggaman tangan perempuan itu.Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan pistol dan menembak wanita berkenaan.Wanita itu jatuh dan tidak sedarkan diri.Sesuatu terselit di bawah karpet.Tunjukkan yang terselit itu ialah kunci. Haniza rebah,manakala lelaki itu mencari kunci di merata-rata tempat dan mengambil kunci di bawah karpet itu.Tunjuk muka lelaki itu ialah suami Haniza,Azmin.
Cut to:

47.EXT / DAY/DEPAN RUMAH HANIZA
WATAK : ADRA,KHAIRUL,HANIZA,POLIS,AZMIN
Adra,Khairul dan Haniza hanya memandang dari jauh apabila polis memberkas Azmin.Turut diberkas ialah seorang perempuan yang dipercayai turut bersubahat. Azmin memandang muka Khairul dengan perasaan dendam.Haniza menangis kerana tidak menyangka itu ialah perbuatan suami yang dicintainya.
Cut to:

48.EXT / DAY/KEDAI BUKU
WATAK : EXTRA
Seorang lelaki memegang suratkhabar dengan headlinenya “pistol pembunuhan di peti besi”.

Cut to:

49.EXT / NIGHT/ ANYWHERE
WATAK : ADRA,KHAIRUL,HANIZA
Khairul mengucapkan terima kasih kepada Adra kerana membantu mencari pembunuh kakaknya. Adra hanya diam.Haniza tersenyum kepada Adra dan mengucapkan terima kasih kepada Adra kerana sudi menolongnya,Adra juga mengucapkan terima kasih kerana kalau bukan kerana Haniza dia sendiri tidak tahu kelebihannya.Dia ingin berubah,memohon maaf kepada semua orang.Haniza berpesan agar belajar menghargai orang sekeliling kita.Adra memandang Khairul.Haniza tersenyum dan memberitahu kini masanya telah tiba kerana semuannya telah selesai,dia harus pergi.Haniza meninggalkan pesan kepada Adra agar menyuruh Khairul banyak-banyak berdoa untuknya.Tiba-tiba angin berderu kencang dan Haniza pun hilang.Adra memandang Khairul.Khairul tersenyum.
Cut to:

BREAKER 8


50.INT / DAY/ BILIK ASRAMA
WATAK : ADRA
Adra masuk ke dalam biliknya dalam keadaan marah-marah dan terus memeriksa almari Heliza dan segala-galanya namun kosong.Adra keluar dari bilik dalam keadaan tergopoh-gapah.

Cut to:




51.INT / DAY/KAMPUS-PEJABAT ASRAMA (konti bj)
WATAK : ADRA
Adra masuk ke pejabat asrama kampus dan bertanyakan adakah rakan sebiliknya iaitu Heliza telah berpindah ke bilik lain.Wanita yang bertugas terus menyemak sesuatu di komputernya dan memberitahu bahawa belum ada sesiapa pun daftar dan duduk di bilik itu selain Adra. Adra sangat terkejut dan tidak percaya.Wanita di kaunter bertanya kepada Adra kenapa dia bertanya,Adra hanya diam dan keluar dari pejabat asrama itu.

Cut to:
52.MONTAJ
Adra dan Heliza. Saat-saat mereka saling memerlukan sebagai sahabat.Suka dan duka.
Dissolve to:



53.INT / DAY/KAWASAN REKREASI
WATAK : ADRA
Adra termangu duduk di atas sebuah kerusi.VO Adra bahawa dia tidak menyangka bahawa dia akan dianugerahkan dengan kebolehan seperti ini.Dia bersyukur kepada Tuhan dan berjanji akan mempergunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin. Adra juga berterima kasih kepada Heliza kerana sudi menjadi temannya walaupun hanya untuk seketika.Khairul tiba-tiba datang dari belakang memegang tangan Adra.Adra tersenyum.
Cut to:

54. INT / DAY / KELAS-KAMPUS
WATAK: ,ADRA,EXTRAS (RAKAN SEKELAS)
Adra membuat pengumuman di hadapan kelas bahawa dia meminta maaf atas semua kesalahannya dan berjanji tidak akan membuat onar lagi terhadap rakan-rakannya.Meraka semua bersalaman dan berpelukan.

Cut to:




55.INT / NIGHT/BILIK ASRAMA
WATAK : HELIZA,EXTRA
Seorang pelajar perempuan memasuki bilik yang pernah dihuni oleh Adra.Pelajar itu membawa beg pakaian.Dia masuk mengemas barang-barangnya kemudian seorang perempuan masuk dan memperkenalkan dirinya Heliza.


FREEZE:

Selesai

Akhirnya tahun baru yang ditunggu-tunggu telah tiba.Tahun yang menjadi harapan kepada semua untuk menyambung cita-cita serta azam yang tak kunjung tiba pada tahun sebelumnya serta menyambung lagi usaha agar kejayaan sentiasa menjadi milik kita.

Aku telah selesai dengan treatment telemovie pertamaku bagi tahun ini iaitu "Mataku Nampak Hantu".Aku mengharapkan tuah pada tahun ini agar aku akan terus berjaya dalam erti kata kepuasan dalam hidup aku.Bukan untuk orang lain tetapi bagi aku.

Sebelum ini aku asyik mencurahkan kata-kata tidak puas hati aku terhadap apa yang berlaku dalam syarikat produksi tempat aku bekerja.Pada minggu lepas,setelah aku berjumpa dengan seorang kenalan aku yang juga merupakan seorang cameramen,aku rase amat tenang.Walaupun nasihatnya berbaur agak sinis dan menyakitkan hati namun apa yang dia katakan adalah benar semuannya.Aku harus berani kalau masih ingin berada di dalam bidang ini.Akuharus lebih angresif dan kuat.Aku harus berani untuk segala-galanya.Akan ku cuba laksanakan azam tahun baru ini.Salah satu dari to do list aku.Insyallah.

Walaupun tidak lama lagi aku akan beralih kepada bidang lain namun bukan bermakna aku akan berhenti menulis,Insyallah jika ada kelapangan masa dengan izinNya,aku akan cuba teruskan menulis kerana minat aku terhadap bidang ini tidak akan pernah terkubur.

Berbalik kepada azam tahun baru banyak yang aku gariskan untuk tahun ini kerana tahun lepas tidak begitu mendatangkan kepuasan kepada aku.Meskipun ada beberapa orang teman memberitahu bahawa aku cukup bertuah pada tahun lepas.

Banyak yang ingin laksanakan,seperti tahun-tahun sebelumnya,aku ingin menambahkan karya aku serta aku ingin menjadi yang terbaik di kalangan terbaik.Umur pun bertambah,harap-harap seiring dengan kematangan dari segi pemikiran dan lahiriah aku.Insyallah.

Di pejabat,semua orang sibuk dengan tugas masing-masing.Aku gembira apabila sahabat aku Miss V diberikan tanggungjawab yang lebih besar dan aku yakin dia mampu melaksanakan tugas itu.Bukan berniat memujinya namun aku lihat segala perubahan kerjanya dari pada mula hingga sekarang.

Aku pula baru selesai dengan treatment Mataku Nampak Hantu,teruk sungguh aku nak menyiapkan tele ini.Megambil masa yang sangat lama daripada sebelumnya.Ada sahaja yang aku tak puas hati dan padam.Kemudian tulis balik.Nanti aku akan addkan.Sila beri komen dan kritikan,Thanks.

Oh ya,rumah aku kini ada seorang penyewa baru.Seorang guru,harap-harap semua okay.Pengalaman yang lalu amat bermakna bagi aku.

Semalam aku ke lokasi Filem arahan Farid Kamil Rempit V3,seronok juga tengok orang shooting filem tapi tak sempat lama kerana adikku dan Yeus nak balik cepat,tak puas aku tengok.

Aku nak beritahu beberapa tajuk drama dan telemovie yang ingin aku tulis buat tahun ini.Di antara tajuk-tajuk yang ada dalam fikiran aku ialah:

a)Pancake VS Brownies
b)Peng kid
c)Aku masih Virgin
d)Demuk,Momok & Iten
e)The Nanny. (workin title)

Harap-harap semuannya menjadi.Cai yok cai yok.Good luck to all of my dear frens,and to me.

More laters.