Meh Click Bebanyak ;)

Monday, November 30, 2015

301115

Ohhhh... Tidak!!!
Esok dah Disember.
Cepat sungguh masa berlalu.

Masalah je yang tak berlalu...
Blog tak dapat lagi.
Line internet kat rumah selow mellownya.

By the way,
Just nak bagitau...
Aku sakit kaki, sakit belakang, sakit badan, sakit semuanya.
Rasa nak nangis.
Sampai nak menaip pun tak larat ni.


Huwaaa

Fri-Yay


Eventhough I am working from home, I still can feel the awesomeness of the most awaiting day, Friday...

Walaupun I have tons and tons works but still enjoy bila dengar Friday.

Huwaaa...
Banyak benda ku nak update just to remind me myself the happy moments especially.

Tapi ku sangat busy (alhamdullillah).
Mengejar dateline here and there...

Lagipun bosanlah update pakai phone since I still cannot trace my blog punya second step security tuuu...
Huhhhh.

Okaylah gotta go.
Harini hari kerja luar since minggu ni meeting and whatnot...
So memang sangat sangat letih.
Can wait to finish all these and start mu new project.
InsyaAllah...

Have a nice weekend everyone!

A

Friday, November 20, 2015

Berat Datang Lagi

Fuh telah mengemaskini phoneku.
Lega...
Sarah asyik main terbuang itu ini dan kali ini telah diberi nafas baru...
Hahaha.

Anyhooo...
My so not little sister anymore is keep pushing me.
She is being so annoys with my weight which actually turun lembs which I just change my portion and eating healthy.
Dia cakap tak cukup.
Dia nak beratku turun sampai jadi 40kgs.
Kau giler.
Tu berat zaman degree.
Fuhhh...

Okaylah...
Someone is pushing me positively.
Well encouraging me.
So why not.
So marilah kita usaa lebih sikit bila orang menyampah tengok kegemukan kita.

Well my current weight is 52kgs.
Which consider memang bolat lah since aku ni kecik je orangnya ;).
So marilah berusaha menampakkan lagi kekecikan itu.
Thanks G-ah for the motivation.
And will take it her friend advise based on her experience and paling penting tak kedekut ilmu dan sanggup share. ;)
That's the spirit.
She lost almost 20kgs which is not imposibble kan...

Doakan ku berjaya nak turunkan 12kgs.
Gulp. 
Yakin boleh...so that boleh meraikan tahun baru dengan lebih bahagia... 
Hahahaha.

xoxox,
A

Thursday, November 19, 2015

Tak Settle Lagi

Actually kalau hal rumah memang takkan settle-settle sampai bila-bila kan?

Inilah terjadi pada ku.
Bila ada masa baru nak cari barang rumah.
Memang ada few yang tak lengkap lagi dan tak berjumpa dengan idaman hati ;).
Jadinya kena survey lagi.

Few things yang inginku complete before 2016, InsyaAllah:

1.Almari bilikku. Mula-mula nak buat walking closet tapi Rowenda (co sama buat untuk kitchen cabinet aku) bagi quo RM8,000. Adui mahainyaaa. Sebab aku nak tutup sekali dengan bilik air dan almari tu akan jadi tinggi lah nanti. Tapi akhirnya one of my friend bagi suggestion buat kat one of his kenalan. Tapi tak hantar-hantar lagi ukuran since pita pungukur pink aku hilang… Alasan sangat kan? Tapi serius.
2.Almari kasut. Tak berjumpa dengan idaman hati. Matilah mak kalau semua nak customise.
3.Garden aku…huuuuuu…mood dah sampai. Masa yang kena cari.
4.Summer set untuk depan or belakang since aku nak make over belakang rumah. InsyaAllah ;)
5.Sofa untuk ruang depan. Actually sofa lat living hall dan ada tapi ni untuk tepi sikit. So that bolehlah Wiwi melepak kat situ. Hahahaha. Macam-macam kau ni Ain.

Jadi marilah kita merealisasikan cita-cita ini sebelum melangkah ke tahun 2016.

Kiranya before birthday aku..semua ni mesti tercakap. ;)

xoxo,
A

Wednesday, November 18, 2015

Rasa nak menangis

Haaaiiihhh...
Memang menjadi-jadi kalau time bendera Jepun nak naik ni.
Mulalah emo.
Mulalah fikir bukan-bukan.

Serious...
Ku memang jenis orang yang takdelah yang sikit-sikit sensitif menangis ke sentimental terlebih ke takde.
Nak kata cekal sangat sampai tak nangis tu takde lah jugak.
Just average lah kot. ;)

Tapi bila masa ni nak datang. 
Emosi ku menjadi-jadi.
Entah apa-apa sedih melampau.
Tambah-tambah dah working from home ni.
Rase melampau.
Bagitau producer kata nak delayed time pun rasa nak menangis.
Rasa bersalah yang amat-amat.
Rasa berdosa sangat-sangat.

Lepas tu duk kacau adik aku, kacau Mickey, kacau cousins which bila dorang tak reply aku rasa tersisih yang amat.
Padahal benda yang selalu aku buat kalau busy.
Orang bagi what's app siang malam baru ku reply.
Aku rasa serba tak kena.
Rasa sedih.

Pastu rasa gemuk yang amat.
Sejujurnya memang berat aku naik sangat-sangat.
From 47/48kg to 55kgs (sebab aku rendah ya 151cm).
Alhamdullillah adalah turun 2-3kgs.
Tapi still selagi belum mencapai berat lama aku rasa stress.
Perasaan yang tiba-tiba datang.
Padahal aku cooolll je before this.


Haihhhh.
No love for today since tuan rumah sedang badmood.

Bye. 

Sunday, November 15, 2015

Last Minute Plan

Isnin haritu 9.11 birthday Mickey yang ke 28 tahun.
Eleh muda lagi tu...;)

Actually tak cadang apa-apa pun mulanya.
Just nak bagi one day writing break for her.
Then nak ajak breakfast, lunch and dinner.
Alih-alih masa pagi kiteorg nak keluar G-ah cakap kereta dia tak boleh start.
Well she took a day leave to run errands actually.

So ambik G-ah and Sarah pergi beli battery kereta then G-ah nak keluar settlekan benda dia then kiteorg pulak volunteer nak jaga Sarah.
Akhirnya lepak dan makan lunch kat rumah dia meskipun tuan rumah takde ;).
Tuan rumah keccccikkk je ada.

Alih-alih tunggu G-ah balik almost 4 something dan disogok dengan pisang goreng cheese terbaik area rumah kiteorg.



And by 5 something aku keluar dengan Mickey ke Empire Subang sebab konin dia nak hadiah Lego, her new craziness.
So ke Empire kiter!
Between that, cuzzies and I dan ade WA group yang discuss nak dinner kat mana, sapa nak beli cake, beli balloon and all that.

Ku sikit punya nervous sebab dah cuba dan lengah-lengahkan time.
Estimate by 8pm kiteorg gerak ke CittaMall.
Alih-alih by 7 something kiteorang dah settle!
Alamak...!!!

Lengah-lengah akhirnya almost 8pm kiteorg sampai CittaMall.
Kakak dan the boys dah ada siap balloon bagai.
Thanks kakak.
Ku siap dengan bagi menu supaya the food will be ready once we in.

Alamak tak cukup korum lagi!
And nasib baiklaaaaah ade petshop kat situ so lekalah birthday girl kite jaaaap.

Melangkah masukkk iera, kakak, nurul and the boys tengah tunggu but all of us kejung because tak cukup korum.
And the birthday girl asyik tanyaaaaaa anak dia Sarah, bila kite cakap dorang tak datang muka ada sikit badmooood.
Hahahahaha.

Tiba-tiba tadaaaaaaa.
G-ah and the famme also Momo masuk.
And tak lama lepas tu pembawa kek, Kak Chik datangggg.
Okay nak tunggu cukup korum then only we do the cake cutting ;).
Benda yang paling suprise ialah Along tiba-tiba datang walaupun tak sihat and tak lama lepas tu the waiter/waiteress datang bawak kek sodaaaap.
Yahoooooo.

Alhamdullillah surprise jadi!
Thank you semua....
The birthday girl pun happy sangat sangat. ;)


Moga birthday girl semakin matang, murah rezeki dan setiap langkah diberkati olehNya.

Aamiin.

xoxo,
A

Friday, November 13, 2015

131115 - Taik Kucing

Hahaha
Tajuk memang kelakar gila tapi ni soal serious wey.
Actually sejak berpindah memang dah kuatkan mental fizikal hidup berjiran memang mencabar dan kalau rasa takleh terima silalah lari ke hutan.

Dan now rasa nak lari ke hutan dan berteriak.
Huwaaaa.
Bayangkan pagi-pagi bukak tingkap konon-konon nak amik feel udara pagi tatapi alangkah sedihnya udara taik hucingggg yang kau bau.

The story is like this...
My left neighbour adopts many many cats.
I guess around 7?
Banyakkan?
But dia tak duduk dalam cage dan berkeliaran.
So orang kiri kanan dah bising cakap itu ini tapi macam tak jalan je hah.
Consider lah sikit kan.
Nak beli kucing ke biawak sekalipun, go ahead but don't put others in that 'shits' situation.
Well it is SHITS.

Poor to my other neighbors yang memang pagi petang belek-belek rumput dan garden dorang, alih-alih ada taik.
Kau rasa?

Ku pun ade Wiwi, tapi of courselah toilet trained dan tak menyusahkan orang kecuali orang gaji dia (akulah tu).

So janganlah esok sebab kucing bermasam muka.
Hidup berjiran kan...faham-faham sendirilah.

Okay sekian mengomel.
Syusssshhhh syussssh negative vibes.

Nah latest pic Wiwi yang gedik.


Till then,

xox,
A

Thursday, November 12, 2015

121115 (Shah Alam - Penang - Sitiawan)

Ahhh...
Lagi beberapa hari nak melangkah ke tahun 2016.
Which means another 4 years to year 2020.
Ohmgee...
Dulu imagined 2020 tu akan jadi sangat advance gedevance.
Dengan kereta terbang, dengan bullet train macam kat Jepun.
Ahhh...
Macam-macam.

But hakikatnya...
Hari-hari risau pasal negara.
Pasal ekonomi negara.
Hmmm...
Jadi orang dewasa memang susah kan?
Semua benda nak fikir.

Btw, alhamdullillah...
Dapat merehatkan sendi-sendi kepala sekejap.
Ku menjenguk ke Penang.
Yes great, tempat yang turun 4kgs kau naik 2kgs balik.
Hahaha.
But hey living life to the fullest while you can.
Of course Penang destinasi makn-makan macam-macam dalam kepala otak even before we reach the Penang Bridge.
Lololololol.

So ku ke Penang 5.11 - 7.11.
Stayed di Lone Pine for the first time because before this hanya di HRH dan pernah sekali di Royal Hotel Penang.
Well Lone Pine memang cantik macam heritage England building.
Decoration banyak putih putih and surrounded by nature.


Beach view room yang complete with balcony.
Boleh melepak sambil buat kerja.

Kiteorang bergerak around 3:30am in the morning.
Yes morning sebab nak bekejar makan roti canai terbaik di Jalan Tragers kalau tak silap.
Padahal roti canai yang sangat mahal cicah dengan kari ayam yang tak berasa dan sedikit masam.
Frust but well it is life.
At least try kan.


So after makan tu we decided to go to Bukit Bendera!
Wohooo for the first time.
Very very relaxing sangat.
Beratur di kalangan tourist and school kids. ;)

We spent almost one hour up there and tengok masa awal lagi nak check in...
So apa lagi..ke Gurney Paragon kita! ;)

Sampai je kitaorang pampered ourself pergi massage and cuci rambut kat expensive saloon. ;)
Well once in a while kan...

Dah almost 2pm then kitaorang bergegas nak ke Feringgi where hotel is.
Before that kitaorang tapau nasi kandar near Tesco yang pernah kitaorang makn and not bad since kitaorang excited and rush nak tengok bilik kan? ;)

Adui...
Before nak masuk Feringgi tu of course berhenti di gerai rojak dan laksa kegemaranku yang terletak betul-betul di pintu masuk Feringgi tu. ;)


Ahhhh tapau lagi.
Baru 1st day ni...;)

Lepas checked in kononnya nak berjalan di sekitar hotel and excited sebab cantik sangat...
Sampai hotel makan di balcony sambil tengok laut...
SubhanaAllah...;)
Tetapi angan-anganku musnah apabila ku collapsed dan tido tak ingat dunia sampai nak dekat maghrib.
Hahaha.

Mula-mula ingat nak lepak bilik and room service tapi nak jalan-jalan beli DVD Korea so mari jalan-jalan kaki.
Well keluar hotel jalan kaki je...
Dah puas beli, mencari char koew teoy.
Well not terbaik but okaylaaaaah...;)

Balik hotel...aku sorang je lah yang melayan DVD sampai tertidoooo....

Daaaan percaya tak esoknya bangun pagi-pagi excited ke gym?
Sebab tahu nak makan banyak so let's burn the calories!

After than kiteorg makan kenyang-kenyang breakfast buffet yang makanannya memang banyak western.
Tak macam di HRH but still sedapssss. ;)
After that bermalasan di bilik dan decide nak pergi mana and zassssss kiteorg ke SP nak tengok my auntie yang tak sihat.
Plus my cousin birthday jugak...;)
So lepak sana sampai petang, bergossip bagai, makan cake and macam-macam. 

On the way balik hotel mencari char koew teoy BOB yang angah suggest.
Berpusing-pusing akhirnya jumpa daaaaannn sedaaappp okay.
Worth every single round and penny! ;)
Thanks to Waze yo.
Yang si Mickey siap tapau nasi kandar lagi and the cheapest nasi kandar ever in Penang and very the nyum nyum too.;)

So marilah kite pulang ke hotel dan jalan-jalan di sekitar situ.
Kerana esok dah nak balik. :)

Check out day! ;(
Ohhh holiday mana pernah rasa cukup kan?
So we checked out quite early since ada orang kononnya nak pergi kenduri kawan dia di Sitiawan.
Yeay balik kampung time!

We reached Sitiawan around 2pm and what the heck kenduri are you talking about?
For me dah lambat and orang tu takde mood daaaah.
Well cari makan time since my mom tak masak today.
So my youngest brother drove us the his kedai berlauk restaurant Wau Bulan.
Well terkejut jugak at that time still laik banyak and nyumsss not bad.
Cravings for nasi berlauk is fulfilled!

Before balik we tapauing streets coffee sebab kat Sitiawan tengah 'in' lah kopi kopi jalanan ni.
Btw, harga starts from 3.50 and not bad jugak... ;)
Just tooo sweeeeets for me.
Beli kuih sikit for mak abah and melepak depan TV catch up dengan dorang. ;)
After maghrib kiteorg dinner dekat favourite kedai mak and abah, Chef Noodles.
Western food yang simple, murah dan sedap and our fave choice...
GRILLED CHICKEN CHOP!
Sembang sambil makan...catch up, menganjing adik beradik...
Inilah kegembiraan sebenar kami.
Hope more days like this. ;)
InshaAllah...

Ahad was my rushing day.
Pagi-pagi konon nak breakfast dengan mak abah tapi dorang 7:30am dan keluar dan tapaukan nasi lemak for us.
Mak goreng cucur jagung yang bangak for us toooo. ;)
Lepas makan around 9:30am bergerak beli nasi lemak Cik Am dan pulang ke kotaraya.

Huhhhh.

Alhamdullillah... Jalan clear.
And kalau tak sebab ASK2015 aku confirm melepak lagi macam biasa.
In fact ade meeting on 11.11.
On the way kiteorg stop kat Bagan Pasir dan beli fresh seafood.

Pergh berebut-rebut orang nak beli.
Mana taknya, just imagine RM100 kitaorang dapat beli ikan merah, ikan selar, ikan cermin, ketam, sotong besar-besar...ahhhh...memang jimat!

Drive laju-laju ke Setia City Mall cari dress shoes and grabbed mana yang dapat yang akhirnya bagi orang. ;)
Dan bergegas siap ke ASK while someone doing her project in the kitchen.

Iols terlepas sesi gathering dengan cousins malam ni. ;(
Dorang melepak rumah G-ah sambil makan-makan while I was driving alone from shah Alam to PWTC!
Sodihhhhhh...
But alhamdullillah I am still happy to be among the TOP FIVE finalist for the drama series.
Dua drama aku tercalon.
Syukur Ya Allah.
It is a small step and I will keep moving.
Maybe next year...InsyaAllah... ;)

Waaaaaaahhhh...
Panjangnya post!
Hahaha.
Just for the record...my story my life. ;)
Ingat benda yang happy-happy je.

Okay continue later..

xoxo,
A

Tuesday, November 3, 2015

031115

Rasa dan menikmati. ;)
Sejak berhenti bekerja sepenuh masa di pejabat baru ada masa untuk diri sendiri.
To be honest, you get to know yourself better.

Seriously.
Baru realized I've started working 9 years back.
Straight away after degree rehat tak sampai two weeks and start working.
Which I enjoyed the most.
Still...;)
Tapi tulah...
Bila mula buat kerja ikut waktu sendiri..
Banyak benda yang baru kite kenal.

Contoh masa makan, tak lagi berkejar-kejar.
Rush all the time.
Kalau kat office makan sambil bersembang...kadang-kadang tak menikmati rezeki yang diberi sepenuhnya.

Banyak benda yang akan kita lepas sebenarnya kalau kita asyik bekerja.
Sebab tu dalam Islam suruh wasatiah.
It is all about moderation.
Kan?

Alhamdullillah...
Better late than never.
Appreacite every moment in life.
It would be wonderful eventhough the hard ones. ;)

The smell of the coffee.
The rains.
The clouds.
The winds..
The sun..

Seriously...
Seronok dan tenang walaupun kerja kau berguni tak siap.
Or me just being so sentimental...;)
Best.

So many things to be grateful every single second.
It is countless.
Allahuakbar...
Moga ketenangan dan rezeki berpanjangan buat kita semua.
Of course rezeki yang baik-baik dan diberkati.
Jalannya harus mensyukuri...
Baru kenal nikmat menikmati itu sendiri.

Tak terkata...
Tanpa kata-kata.
Cukup hanya dengan tunduk kepadaNya...
InsyaAllah...

Spread the love,

xoxo,
A