Meh Click Bebanyak ;)

Thursday, October 29, 2009

Persidangan Jenayah Perang

Gulpp....



Jumpa korang semua ke Persidangan Jenayah Perang... Ayuh!

Wednesday, October 28, 2009

Hilang seri

Patah tumbuh hilang berganti
Patah hati.sedih sendiri.
Patah tangan,alamatnya makan dengan tangan kiri..
Kalau kidal sebaliknyalah kan...

Patah seri?
Nak ganti dengan tiang seri kah?
Jawab lah sendiri soalan yang pastinya bukan tentang hati..

Tercari-cari jawapan dalam ipod
Oh ya..muncul satu persatu..
Erm...walau telah lama berlalu..
Hakikatnya dalam ipod tersimpan seribu misteri...
Auwww..bukan kisah Misteri Rumah Hantu,
Tetapi kisah yang pastinya lebih menyeramkan..

Hey kenapa takut berbalas pantun kata hati aku..
Sebabnya aku tak pandai berpantun,
KAlau kau nak pantun..
Pantun lah sorang-sorang....

Friday, October 23, 2009

Si buta penjual tisu muka

Si buta,
duk meraba duit-duit di dalam bekas yang dipegangnya..
mengira duit yang ada agar perut boleh diisi serba yang ada.

Makin ramai yang lalu lalang,
Makin giat si buta menjual tisu di dalam balang...

Ada rakannya yang tertidur nyenyak sambil berdiri
Menyedari hakikat terpaksa sara diri meski tiada kerja yang mampu dibuat sendiri.

Sebak dan sayu menyelubungi diri seorang penlalu lalang ini,
Sambil berjalan sambil terkeluar air mata si empunya diri,
Niat di hati,
Jika kaya nanti..
Akan si dia wujudkan sebuah rumah buat si buta bersama rakan-rakannya yang lain..
Berjanji menjaga dan lebih menjagai..

Niat terbenam di dalam hati tersulam dengan seribu mimpi,
Mimpi yang belum pasti,
Namun diharapkan
terlaksana nanti..

Wednesday, October 21, 2009

Apakah?

Isteri berhak ceraikan suami

Calon suami masyarakat Orang Asli Jahai perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima untuk berkahwin, antaranya perlu mendapatkan madu lebah tanpa disengat lebah.




SUKHAIMI KASWAN, 51, merupakan seorang guru sebelum meletak jawatan dan beralih arah dalam bidang penyiaran pada tahun 1996 lalu.

Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor kini menjadi seorang pengarah di sebuah syarikat penerbitan drama dan dokumentari iaitu Q-PLEX Communication Sdn. Bhd. yang beralamat di Taman Seri Manja, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Itu kisah kerjayanya yang terkini, namun pengalaman menjadi penerbit eksekutif sebuah dokumentari mengenai Orang Asli Jahai di Kampung Sungai Kejar, Hutan Belum Banding, Perak amat mengujakan beliau.

Gambaran suku Orang Asli itu ialah mereka berkulit hitam, berambut kerinting halus, hidung pesek dan bermata bulat serta memberi nama kepada ahli keluarga yang diilhamkan daripada alam sekitar seperti pisang, keledek dan teratai.

Bahasa atau dialek yang digunakan ialah bahasa Asli Utara, selain kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik.

Unik sekali, menurut Sukhaimi, rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus yang sekali gus memberi pengalaman baru kepada pengarah terbaik Festival Filem Dokumentari Malaysia 2009 ini.

"Pengalaman menghasilkan dokumentari pada awal tahun lepas (2008) ini memerlukan saya dan enam orang krew lain menaiki bot sejauh 60 kilometer.

"Kemudian kami perlu meredah hutan sepanjang 30 kilometer lagi untuk sampai ke perkampungan mereka bersama seorang pakar alih bahasa kerana mereka tidak percayakan orang luar," ujarnya membuka bicara.

Sukhaimi mengambil masa tiga bulan membuat kajian akademik mengenai Orang Asli Jahai tidak menafikan kaum itu masih mengamalkan kehidupan primitif.

"Sebahagian kecil daripada mereka iaitu dalam lingkungan 100 orang masih hidup secara primitif mengikut sejarah nenek moyang mereka dahulu walaupun sebahagian besar mereka kini hidup dalam suasana moden.

"Bukan tidak ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Orang Asli (JHEOA) untuk berpindah dan rumah yang selesa cuma mereka lebih selesa dengan situasi yang diamalkan sekarang.

"Tetapi pihak Jabatan Kesihatan Perak dan JHEOA akan datang ke perkampungan mereka sekurang-kurangnya tiga kali sebulan untuk menyelia tahap kesihatan dan kebajikan," ujarnya.

Malangnya kata Sukhaimi, Orang Asli Jahai kurang mahir dari aspek ekonomi.

"Mereka bergantung kepada ekonomi sara diri dengan menanam ubi keledek dan mencari hasil hutan seperti rotan, akar kayu, tongkat Ali, kayu gaharu yang dijual kepada peraih sebagai punca pendapatan.

"Tetapi dari segi urusniaga mereka sering tertipu dan terkeliru. Not kertas RM50 dianggap kecil berbanding not RM1 sebanyak 10 keping hanya kerana kuantitinya tidak banyak.


KAUM wanita Orang Asli Jahai berperanan sebagai ketua institusi kekeluargaan walaupun suami masing-masing yang keluar ke hutan mencari rezeki keluarga.


Selain itu, Sukhaimi juga meneliti rutin harian mereka yang mandi menggunakan air tasik tanpa menggunakan sabun serta menggosok gigi menggunakan arang.

Bagi menambah sumber makanan, Orang Asli Jahai ini mencari madu dan menangkap haiwan seperti kera dan babi.

"Walaupun terdapat binatang buas seperti harimau dan gajah, hubungan mereka dan haiwan buas begitu aman tanpa wujud 'persengketaan'," jelas Sukhaimi.

Wanita cari pasangan

Sukhaimi memberitahu, Orang Asli ini terkenal dengan keunikan amalan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga.

"Sebenarnya, wanita yang mencari pasangan mereka. Kriteria suami pilihan pula terpulang kepada keinginan wanita terbabit seperti kuat, peramah dan sebagainya. Tetapi wanita yang bersuami mempunyai kuasa untuk bertukar suami.

"Walaupun sudah berkahwin, wanita yang tidak lagi menyukai suaminya boleh menceraikan pasangannya itu bagi mencari yang lain. Kesian suami itu," ujar Sukhaimi sambil ketawa.

Salah satu adat rasmi yang diamalkan Orang Asli Jahai ialah pasangan suami isteri diharamkan bertegur sapa dan bercakap dengan mertua dalam posisi dekat selain mempunyai orang tengah sebagai penghubung komunikasi.

"Dikatakan amalan ini dilakukan untuk menolak bala. Wanita berperanan menjadi ketua institusi keluarga biarpun suami sendiri yang mencari rezeki. Isteri pula membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan mengangkut air dengan buluh.

"Calon suami pula perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima berkahwin, antaranya perlu mencari madu lebah tanpa disengat lebah.

"Ada juga calon yang perlu mengambil bunga di dalam hutan sebagai syarat selain tidak boleh bermalam bersama isteri untuk tempoh yang ditetapkan bomoh," katanya.

Peranan Tok Batin

Kalau berlaku kematian atau wabak penyakit, Orang Asli ini mengadaptasi dengan mengamalkan kehidupan nomad dan berpindah-randah.

Mayat mereka yang mati akan diletakkan dalam sebuah pondok bertingkat dan tidak dikebumikan. Bahagian atas untuk mayat orang tua manakala mayat kanak-kanak di bahagian bawah.

Roh si mati dipercayai dapat melindungi mereka yang masih hidup.

"Mereka juga akan berpindah jika berlaku pertambahan bilangan dalam komuniti. Begitu juga jika terjadi perbalahan kecil kerana keperluan makanan.

"Lazimnya, Tok Batin atau ketua kaum akan bertindak sebagai penyelesai masalah sekiranya timbul perbalahan," ujar Sukhaimi.

Walaupun hanya dua bulan menetap di perkampungan Orang Asli ini, Sukhaimi yang sudah 'jatuh hati' dengan keringkasan kehidupan mereka mahu persekitaran tersebut kekal sebegitu.

"Cuma bagi anak kecil, mereka perlu diberikan peluang pendidikan sewajarnya demi meningkatkan taraf hidup mereka pada masa kan datang. Jika peluang itu ada, Orang Asli juga boleh berjaya," ujarnya.

Jika ini terjadi di dalam Islam..alamatnya ramailah wanita yang gila talak dek kerana sikap melulu dan tidak fikir panjang..

Mungkin aku salah seorang dari mereka...huahuahuahu..

Saturday, October 17, 2009

Diwali

Samaada disebut Diwali atau Deepavali kedua-duanya bermaksud pesta cahaya.. Kemeriahan...
Perayaan yang disambut kalau dulunya yang beragama Hindu tapi kini untuk semua...

Menyimpang...bila...
Mengemas rumah sambil mendengar lagu-lagu terbaik Hindustan memang patut dijadikan amalan. Bergelek sambil menyapu bagaikan menyelamatkan duit yang habis dibayar di pusat-pusat gym terunggul. Apatah lagi si instructor gym baru je menamatkan zaman bujangnya... Aduhai...

Terlaksana..bila...
Kerja yang dijadualkan akhirnya selamat dijayakan....

Berjaya...bila..
Papadom memenuhi perut yang sekian lama menantikannya... Alhamdulilah....

Selamat Hari Deepavali pada semua...

Friday, October 16, 2009

Serba salah

Ya..tak malu untuk mengaku,jika orang yang rapat dan kenal aku sebaiknya aku ialah seorang manusia kecik yang sangat panas baran.

Tapi beberapa sejak menjak ini aku cuba mengubah sikap ini dah akhirnya aku kurang 'mengamuk' tak tentu hal walau hal remeh temeh yang berlaku. Alhamdulilah..

Tapi semalam entah tak tahulah..apa yang bersarang dalam kepala hotak aku ni aku rasa meluat dengan diri sendiri sebab mengamuk sehingga keluarkan kata-kata kesat kepada orang yang aku sayang...

Bagaikan orang gila yang cari parang begitu jugaklah agaknya sikap aku yang lebih buruk dan hodoh dari beast.. Jujurnya aku bukan seorang 'kaki carut'. Tapi..bila marah sehingga keluar perkataan itu sehingga rasa berubah jadi beast..

Tak tahu mengontrol diri sehingga beberapa kali beristifar.. Alhamdulilah..akhirnya aku sedar... Memang betul di bawah pengaruh syaitan..bukan alkohol..

Syaitan yang menyesatkan dan suka kalau kita ni bergaduh sesama sendiri..Memang dia suka lah semalam tengok aku berjaya dihasutnya.. Samapi sakitkan hati orang-orang yang aku sayang.. Sorrrrryyyyyyyy...

Janji tak mau lagi bersikap seperti syaitan..cuba ubah diri sendiri kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan kita mengubahnya sendiri..

Insyallah...harap orang-orang yang aku sayang dan kawan-kawan sudi terima aku lagi...

Thursday, October 15, 2009

Perasaan yang telah berlalu

Perasaan aku yang telah berlalu pada hari sebelum-sebelumnya.. Tapi aku masih simpan apa yang aku ingin sampaikan..

Teraniayakah aku Ya Allah?
Jika benar makbulkanlah setiap dari doa-doaku..

Agar dapat aku bina semangat baru...
Dapat aku berikan yang terbaik buat diriku dan yang lain...
Agar aku berdiri demi diri dan keluarga...
Dapat aku berteleku dan beryukur padaMu selalu..

Berikan lah aku kekuatan itu,semangat itu..
Walau apa pun benteng yang menghalang..dapatku pecahkan ia dan menjadi hamba yang terbaik buatMu dan tidak mensia-siakan hidupku Ya Allah...

Aku bersujud padaMu...mohon lindungi aku dari segala mala petaka dan bencana tidak kira dari apa pun ia..
Jauhkanlah aku dari itu..

Aku menjadi aku...
Menulis tanpa ragu,
Penuh iltizam yang satu..
Demi menjadi yang terbaik buatMu dan keluargaKU...

amin ya rabbal alamin..

Perasaan aku hari ini:

Aku terasa amat bersyukur kerana dugaan yang datang buat aku kuat hari demi hari. Aku bersyukur masalah aku banyaknya datang dari alam pekerjaan.. bukan masalah yang lain...Alhamdulilah...

Insyallah bulan depan menjadi bulan yang sangat sibuk buat aku.. Harap-harap sehingga bila-bila..

Sebabnya busy is Gooooddddd..

Insyallah...

Friday, October 9, 2009

Lawak pilihan Minggu depan...


  • Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

    Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.""Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

    Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!""Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

    Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang."Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

    Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

    "Apakah yang merunsingkan awak?"

    Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."


  • Saya Cinta Malaysia

    Saya cinta Malaysia,
    Walaupun apabila menulis saya ditipu,
    Walaupun naik KTM terpaksa berasak-asak bagaikan ada reformasi berlaku,
    Walaupun saya kerap kali kena pau dengan pengemis yang lalu-lalu.

    Saya cinta Malaysia,
    Tetap di hatiku,
    Walaupun saya tak tahu,
    apa yang akan berlaku,
    esok-esok nanti.

    Saya cinta Malaysia,
    Meskipun nanti saya akan berhijrah ke satu tempat baru.

    pi es:merepek tatkala mencari idea baru,aku tetap cinta Malaysia walaupun hampir menjadi andartu...hehehe..;))

    Thursday, October 8, 2009

    Gusi gigiku gengkak...

    sakit itu satu ingatan,
    Ingatan bahawa jangan sesekali perkataan mahukan sakit itu disebut-sebut.
    Ataupun merancang itu sakit.

    Dia makbulkan doa aku,
    walau insan yang hina ini berdoa benda yang tak sepatutnya.

    Demi menyedapkan hati,
    Takpe..kalau sakit,dosa-dosa kecil akan diampunkan oleh Nya..
    Memujuk hati sendiri lebih penting dari memujuk orang lain.

    Bukan niat kurang ajar tapi kadang-kadang straight forward lebih baik dari manusia yang bertudung litup tetapi duk mengata orang..

    Opss..tak mengata siapa-siapa...tapi Melayu Mudah Lupa....
    Nasib baik aku tak peduli apa...
    Kalau dulu,datang ke meja orang seperti mereka dan cakap je sesuka kata...
    Dalam hati aku..ex M... pun tetap berperangai sedemikian rupa...

    Ingat berubah tempat kerja perangai sikap M pun akan berubah,
    Malangnya...
    Haih....

    Opsss..sorry termengata pulak...Takpelah...
    Dari disimpan menjadi barah pulak...

    Sunday, October 4, 2009

    Getah getuh

    Orang kata diam tak bererti kalah. Malah diam sekalipun tak tersenarai sebagai kekalahan. Namun adakah dengan diam kemenangan akan dikecapi? Adakah dengan diam menang kita perolehi?

    Entah. Orang dulu wujudkan pepatah mungkin taknak bergaduh,taknak rosakkan tali persaudaraan. Tapi kini mengikut akal nya..makin diam,makin menjadi-jadi pulak..

    Kerana status dan pangkat manusia menggila. Mencanang sana dan sini akhirnya timbul pula sifat riak yang membelakangkan semua manusia lain yang berderet bagaikan askar di belakangnya.. Itulah sifat manusia.

    Yang pasti kita harus bersatu. Bukan bersatu untuk hanya mengeluarkan kata-kata di belakang tetapi bersatu menentang 'kezaliman'.

    Soalnya mampukah aku dan kau? Bersediakah aku dan kau? Sedang dalam agama dihina masih berdiam..bangsatnya manusia kini,mengharapkan dengan diam kau memegang tali nakhoda..

    Allahu alam...


    Friday, October 2, 2009

    Jom main sorok-sorok

    Sorok-sorok permainan yang aku kira menarik jika diaplikasikan ketika zaman kanak-kanak atau zaman kau tengah bercinta dengan si dia atau si nun..

    Tak kisah janji kau bahagia dengan permainan yang kau ciptakan sendiri. Tak seronok pulak permainan yang dimainkan seorang diri.. Yerla...takde kawan takkan nak main dengan beruk... belum tentu beruk pandai bermain bersama kau..

    Nilainya itu lebih di 'real' kan apabila kau bermain bersama kengkawan atau musuh kau.. Baru gempaks kan?

    Aku seperti tak lah naive sangat tapi agak bengap menerima unsur-unsur 'berbudi dan berbahasa' dari perspektif kau... Tapi aku telah disedarkan dengan satu yang mengingatkan aku jangan mudah mengaku kalah.. Kita orang seni..diulangi seni..bukan seniman tapi seniwoman...

    Agak leka dengan permainan yang aku pun tak pernah rasa aku dalam game tu.. tup tup tetiba tersenarai dalam permainan yang memang bak kata astro...gegar beb..

    Mahu atau tidak..permainan ini untuk kau dan aku... aku terima bukan sebagai 'pengalah' tapi pejuang... Aku tak suka hipokrasi tapi itu yang kau suka...kau ambik...aku tak beri tapi kau ciptakan sendiri..

    Pejuang yang secara zahirnya seorang wanita kecik yang pada pandangan kau aku mudah kalah... yer..jika terleka kekalahan itu milik kita.. tapi aku cuba berdiri balik dan terus memberikan bukan yang terbaik dari aku.. tapi buat kau semua.. Itu janjiku.. Tak lebih tak kurang,... Sama-sama kita nikmati 'nikmat' permainan ini.. Harap kau suka..

    Soal yang lain..aku tak mau tahu.. biar ia menyanyi dan terus berkumandang.. walau ada sedikit sebanyak komen yang diberi biarlah secara umum... lagu yang tidak enak namun dipaksa kita dengar..lama-lama jadi halwa telinga jugak kan..

    Aku seperti aku... orang yang boleh berjuang dan seiring memegang walau bukan pistol atau senapang namun kita pejuang tulus dan ikhlas.... Terima pada kau..walau rambut tak semengah namun hati kau aku tahu baik...dan tulus.. Terima kasih...

    Aku harap kau antara pemain terbaik dalam senarai aku...terima kasih.

    Jom kita bermain sampai kau penat dan lelah tapi kena gak pastikan kemenangan itu di pihak kita... Sesungguhnya tak sia-sia aku emnjadi seorang penulis kerana aku menulis di atas kehidupan yang sebenar..

    Betullah kata si bijak..dunia seumpama sebuah pentas lakonan.. samaada kau sedar atau tidak,jawapan hanya kau yang tahu..

    Allahu alam..

    Thursday, October 1, 2009

    Segila kentang

    Segila kentang goreng yang dicicah dengan mayonis dan cili sos perasaan yang sungguh menikmatkan.. Sedap woo..

    Perasaan itu tiba-tiba datang tanda menyelesakan mula muncul dari gelap. Kegelapan yang pernah menjelma disusuli cahaya yang muncul perlahan-lahan...

    Walaupun lambat tapi tetap ada di corong-corong kecil. Alhamdulilah...

    Beberapa aktiviti yang memenuhi bulan ini... Pastinya Shell Top List sedang dibuat,aku salah seorang dari yang terpilih. Alhamdulilah.. Tak mengharapkan kemenangan kerana tercalon sudah dikira sangat bertuah.

    Sedang merancang beberapa proposal yang sudah hampir disiap... Beberapa permintaan dari beberapa pihak harus dilaksanakan agar ikatan kerjasama itu harus dikekalkan.. Insyallah..

    Mungkin suasana yang menyelesekan di sini membuatkan aku hampir melupakan dunia penulisan tapi cepat pulak disedarkan oleh beberapa orang kawan yang sentiasa mahukan aku terus berada di dalam dunia yang diciptakan aku sendiri.. Insyallah..kalau masih ada rezeki aku masih akan berada di situ..

    Rasa sungguh tidak mencabar dengan keadaan yang menyelesakan oleh itu aku akan bertindak agar selesa yang melekakan tidak terus menghantui dan aku menjadi seorang yang malas.. Ouh tidak... Janganlah Dia menarik nikmat yang diberikan dan aku akan kelemasan dalam kenikmatan itu sendiri... Nauzubillah..

    Oleh itu,tersedar sebelum disedarkan amat perlu ditanam dalam diri yang aku yang serba lemah ini...