Meh Click Bebanyak ;)

Thursday, August 30, 2012

Instagram

Ala,
So lame laaaaaah Ain.
Takperlah sharing kan caring.

Rajin tak update dua post hari ni?
Well, aku escaped from jammed.
So masuk lah Citta Mall.
Mula-mula teringin Nachos kat Chilli's
Tapi lepas tu rasa nak makan Paparich's porridge.
So memandangkan Paparich lagi menjimatkan duit poket,
Aku pun melangkah kat sana.

Siap bawak baju spare sebab ingat lepas kerja terus nak lepak Starbucks buat skrip aku.
I tak boleh duduk rumah uols sebab sangat complicated hidupku.
Aku tak boleh kalau ada TV.
Semua musnah hancur lebur impian menyiapkan baik kerja, assignments atau seangkatan dengannya.
Maybe sebab tu aku jadi penulis skrip dan pembuat iklan.
Sebab aku suka sangat tengok TV.
Rasa hidup sehari tak lengkap tanpa TV.
Serious.
Jangan gelak okay.

Cerita apa pun bagilah.
Sure aku mengadap sampai habis.
Thats why Allah is Great.
Not only for that reason lah.
From everything.
Each side.
Of course.

So, lepak ecece, aku jarang guna word lepak-lepak ni sebab bagi aku lepak tu lalalalala
Tapi ni sambil minum dan perah otak untuk buat kerja.
Ni kiranya aku namakan la'kerja.
Nak jugak.

So, sebelum buat la'kerja aku sesaja nak update korang kalau adalah yang baca blog aku ni,
Instagram aku.
Addlah.
I follow you,
You follow I.
Tengok-tengok gambar saling bertukar.
Aku punya instagram shuhadatulainzakaria.
Add le yeeee.

Okay lah, kenyang makan nasi lemak
Burpppp.
#Alhamdulillah.

Puji-pujian

Alhamdulilah.
Segala puji-pujian hanya Kepada MU.

Aku tahap letih yang kalau short nap 15 minutes pun stok berdengkur.
Aku memang lah tak sedar tapi orang yg berada di tempat kejadianlah bagitau.
Tak fikir malu dah.
Yang penting masa itu emas.
Nap kejap pun jadilah.

Kerja aku kat office never stop ones.
Gila kau baru empat hari macam-macam dah aku belajar buat.
Syok dan shock.
Syok belajar Dan shock sebab mak aiii, I tell you kerja macam well never ending.
Kau nak sangat masuk agency kan?

Tapi so far semua under control lah
Dorang siap tanya schedule kita,
Short briefing for every ad kita buat.
Best best.
Servicing team are really helpful.
Tak boleh compare lah dengan budak-budak sales previous office aku.
Sini they know what are they doing.

Time flexible part paling best.
Dalam 10:30 aku sampai ofc tu pun kosong lagi.

Seronok sangat.
Hopefully is berkekalan.

Balik rumah aku focus skrip aku.
Cerita Tele for channel 9 tak siap-siap lagi.
Zul Huzaimy, director siap dah SMS call Tanya.
Aku kalau buat cerita sedih memang slow.
Hidup aku bukannya hari-hari gembira mestilah berendam airmata jugak adekala.
Tapi serious, kureeeeeeeng sikit.

Ouh, semalam Kak Mai, senior scriptwriter ajak aku join interview dia dengan BH.
Malu I.
Dia kata aku junior scriptwriter yg boleh dibawa ketengah.
Dan BH nak tahu mcm mana aku bahagikan masa kerja Dan menulus.
Nanti keluar aku tunjuk okay?


Interviewnya pun beeeeelum.
Berangan lebih.

Okaylah,
Nak sambung kerja sat.

Btw, sedih gila baca entry Kak Filla pasal adik dia Busu meninggal.

P/S: typo error sorry Sebab aku guna Iphone blog. Ampunnnnn.

Wednesday, August 29, 2012

Monday, August 27, 2012

Suasana Baru

Woot woot
Assalamualaikum.

First day at my new office.
New environment.
But Alhamdulilah...
So far I'm comfy with it.

My new office is at Wisma LYL.
Advertising Agency.

Errands of works are waiting.
Even on my first and first half.

Limited time to do anything.
Kat What's app kawan-kawan duk sembang nak amik subject apa this semester,
Ouh how time flies.
Please slow down man...

Lepas tu kat rumah, My pet, Pocha buat hal.
I'm not sure what.
But I'm pretty sure its a BIG THING.

Okay,
Got to go.
Nanti nak story moray sikit pasal wedding my cousin.

Ouh Yes,
I love Jovian Mandagie designs.
Eh tetiba.

Wish me luck.

Tuesday, August 21, 2012

Vanila Coklat Raya

Okay,
Mood menulis memang rancak.
Almaklumlah,
tenet di rumah bagaikan jet pejuang kuasa 10.

Siapa tengok Vanila Coklat Raya haritu? *gaya-gayarockers*
Okay, takdelah tu kan?

Takpe.
Aku sendiri tak puas hati.

Sebab?
Scenes aku banyak dipotong due to iklan yang masuk.
Macam entah apa-apa cerita jadi.
Aku sendiri tak puas hati.
Aku cakap kat semua orang.
Dorang kata "eh mana ada, best je, Kak In kan memang selalu tak puas hati memanjang",
Okay,
Aku admin aku sangat suka kritik karya aku sendiri dan takde satu pun cerita aku yang aku puas hati,
Serious.
Nil.

Aku yang tulis aku tahu best ke tak...
One more aku langsung-langsung tak kisah orang kritik karya aku,
Apa ade hal.
Kita semua dalam proses belajar dan aku masih baru walaupun ada yang kata aku dah pro.
No...no such things in my dicky.

Walaupun trending di Twitter,
Aku rasa pelakon tak bagi full commitment.
Lepas tu cerita banyak kena potong sampai misi asal cerita...
Sedih maaaaak nak ceritaaaa....

Okaylah, mak tengah tulis satu tele for TV9 ni.
Mak pergi dulu ye naaak.

Eid Mubarak

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya semua. *sambillompat-lompat*
Semoga semuanya gembira melalui hari kemenangan ini bersama yang tersayang.
Bagi yang sudah tidak berkeluarga semoga anda tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.

Okay,
Raya aku macam biasa.
Lepas Tok Lat meninggal, Raya pertama di Perak lebih specific Sitiawan.
Rumah Opah pun dekat je dengan rumah aku.

Dulu tertunggu-tunggu nak Raya di Sitiawan.
Sekarang terfikir bilalah boleh beraya di Kedah.
Tulah, bila dah kehilangan saat tu barulah doa boleh patah balik kan.
So lame... Manusia.

This year arrived a bit early then last year.
Sebab last year aku meniaga di Shah Alam Giant.
So sehari sebelum raya baru balik.
Kali ini, Jumaat malam dah balik.
Ingat sesak lah.
Tapi Alhamdulilah...
Jalan clear habak hang.

Sampai. Tido.

Esok,
Pagi-pagi macam biasa parents aku dah hilang.
Ambik daging dan semua benda yang dah diorder.
Sini main order je.
Langsung tak rasa macam dulu-dulu. Chewaaah.

Petang dah fikir menu apa untuk pagi raya.
Decided mee hoon sup tulang.
Sebab my a bah day beli tulang.
So confirm.

Malam,
Lepas berbuka amik lemang di Pantai Remis.
Mak aiii abah... tak boleh jauh lagi ke?
Ikut kan je lah.
My mom lagi best boleh tidur dalam kereta.
Yalah, it took like 30 minutes tau tak from Sitiawan to Pantai Remis.
Nak keluar, sekali ramai pak lebai.
Cancel.
Dahlah dengan diri ai yang tak terurus berseluar separuh ni ha.
Sedor pun kan?

Sampai...
Macam biasa bapak aku tak leh duduk rumah.
Memang kaki jalan.
So its explains lag kan kalau aku penning-pening lalat sehari duk umah.

Kami berkejor ke Econsave cari bahan-bahan buat sup nya.
Meehon bagai takde.
Abah pecut macam bawak F1 daaaaaaaah.
Arghhhh, lega.
Settle.

Then...

Ke Bazaar Ramadhan Manjung kita.
Jalan-jalan cuci mata.
Bayo zakat fitrah.
Lepak minum.
Sampai cousins aku datang join.

Eh macam panjang le pulok teman menulis.

Balik-balik aku tido dan mak aku masih sibuk di dapur masak kari favourite semua.
Kari utara nak makan dengan ketupat palas abah buat.
Sobs sobs.
Sedih.

Esoknyaaaaa???

Sambung dengan gambo je leee.

Jadi, kesempatan ini,
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada kawan-kawan yang baca blog ini atau pembaca yang senyap *silentreaders* kalau adalah.

Yang stalker pun laaaaaaah. Samat Ari Raya semua. ;p

Friday, August 17, 2012

Raya Prep 2

Yuuuuhuuuuuuu,
Assalamualaikum...

Raya Prep 2.
Tajuk ala-ala Wedding Prep bagai manakala Raya Prep yang tak seberapa nak prep.

Okay,
Baju kurung aku semua di sponsored oleh Miss Boss.
Kain merangkap upah jahit sekali.
Dua helai kaaaau.
Gempak kan?

So,
Lagi sepasang baju kena cari for my cousin's wedding.
Raya Week 1.
Lotih den.

Jadi,
macam biasa ke Shah Alam di Plaza Alam Sentral atau PAS mencari kedai SheNadz.
Dua tahun pakai baju designer ni.
Confortable and nice.
Kena puji merata.
Ouh bukan pujian yang ku cari tetapi materialnya dan kesedapannya.
Abaikan tatabahasa ku. Sila.

Cari tak sampai satu jam dah jumpa yang dicari-cari.
Grabbed satu walau harganya haaaaih.
Okay sedapkan hati, mesti kelihatan cantik nanti. -_-
Kemudian dah tak sedap hati cari baju Miss Boss.
Dia pun takde baju kahwin tu nanti.
Dahlah baju raya dia buruk.
Sedih.
Polkadot-polkadot yang sangat boring.

Kemudian berhajat ke Jalan TAR bersama sepupu ku, Miss Kakak.
Akhirnya....
Dalam perasaaan yang berbau menyesal....
Ku gagahi jua.
Bayangkan daripada 10:30pm sampan almost 3am kitaorang shopping.
Barang tak banyak.
Sesak je lebih.
Sooo lame.
Baju Melayu okay, not bad.
Baju kurung tak banyak pilihan dan tak berapa cantik.
Nak datang cari baju Melayu okay kot.

So.
Dah lengkap baju kami 4 beradik.
Alhamdulilah.

Raya Prep 1

Assalamualaikum,

Ya, tahuuuuu...
Semua orang sedang sibuk dengan persiapan raya kan?
Tulat maybe Raya kan?
InsyaAllah.

Aku dah settle semua persiapan Raya untuk adik-adik.
Amacam? Kakak yang baik tak?
Memandangkan dua orang adik lelaki yang yang last dan 2nd last tu further dekat Bangi jadi apalah salahnya kakaknya menyumbang sedikit.
Susah nak balik,
Shopping bagai.
Parents aku bukannya ada masa sangat.

So, pencarian kami dimulakan di Mid Valley.
Hari aku pitching di RTM aku guna pakai sebaiknya.
Lepas pitching terus zooooom ke Mid Valley.
Alhamdulilah, sampai je terms booked di TCRS (The Chicken Rice Shop) ending ada SFX ayam.

Lepas tu daripada 3pm terus sampai berbuka cari baju Incik Afiz dan Incik Ejoy.
Akhirnya selamat baju berjalan-jalan.
Masing-masing dapat dua helai seluar,
Tiga helai baju.

Baju Melayu?
Ha....lepas makan, zoooom ke USJ amik Miss Boss, Haziwah dan Zoom ke Jalan TAR.
Macam tak percaya...
Tapi percayalah.
Nasib baik Jalan TAR itu tidak sesak sangat. Kiranya time tu awal juga kami shopping.

Ambik masa tak sampai satu jam,
Beli baju Melayu yang kami semua tidak pandai tawar-menawar.
Zoom ke kedai one of my Suria's friend, menage laksa dan baju bajan.
Okay, ayat belasah di situ.
Kemudian zooom balik USJ.

Lega, Alhamdulilah.


Thursday, August 16, 2012

Insaf...



Boleh dikatakan iklan yang paling menarik dan menyentuh jiwa kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.
Ada yang kata eksploitasi kanak-kanak kurang berupaya,
tetapi bagi aku ia lebih kepada bagaimana kasih sayang ditafsirkan oleh mereka.
Apa salahnya jika ia mampu mengubah sikap ataupun membawa kita kepada sebuah dimensi baru.

Thursday, August 9, 2012

Dengan nama Dia

Assalamualaikum...
Dah bersahur semua atau ada yang tertinggal?

Alhamdulilah syukur dah 20 Ramadhan, rasa sedih pulak bila Ramadhan semakin meninggalkan kita.
Semoga every good habits will maintain, InsyaAllah.

Macam mana preparation raya korang.
Chewahhh macam byk readers plak.
Rasa lega adik-adik lelaki dua org dah settle.
Bayangkan macam manalah mak bapak aku dulu bershopping raya untuk kami adik beradik.
Bayangkan dua org je dah RM1000 lebih.
Kalau berlima?
Terfikir- fikir sampai ke sudah mampu ke aku balas jasa mak bapak aku?
Harap aku berjaya ukirkan senyuman buat mereka.
Doakan mereka sentiasa lapang dada. InsyaAllah.

Kurang 9 hari nk sambut raya.
Berjaya buat dua jenis kuih raya.
Maklumlah penganggur terhormat.
Lepas raya, InsyaAllah kembali beraksi.

Cakap pasal kerja,
Tengah cari ilham buat telemovie untuk TV9 dekat di hati.
Directornya Zul Huzaimy,
First time guna khidmatnya semoga semuanya berjalan dgn lancar.
InsyaAllah.

Haritu pergi pitching di RTM,
Bagi yg tak tahu, pitching tu mcm ala-ala presentation lah.
Kita bercerita tentang cerita kita.
Tup tup GAGAL.
Hahahaha. Takde rezeki.
Kita cuba lagi.

Okaylah,
Semoga semuanya sentiasa dalam kebahagiaan.

Sebagai penutup tengoklah gambar Dua budak naughty.