Meh Click Bebanyak ;)

Saturday, January 3, 2009

Mataku Nampak Hantu

1. INT / NIGHT/ RUMAH HANIZA – RUANG TAMU
WATAK : HANIZA,PEMBUNUH
Dalam gelap,kelihatan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki yang mukanya tidak kelihatan.Mereka seolah-oleh berebutkan satu barang yang berada di dalam genggaman tangan perempuan itu.Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan pistol dan menembak wanita berkenaan.Wanita itu jatuh dan tidak sedarkan diri.Sesuatu terselit di bawah karpet.
Cut to:

2. INT / NIGHT / KAMPUS – TANDAS ASRAMA
WATAK: EXTRAS PEREMPUAN 2 ORANG
Kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang berada di dalam tandas asrama.Seorang di dalam bilik mandi sedang mandi manakala seorang lagi sedang menyapu bedak sejuk di mukanya.Tiba-tiba yang sedang menyapu bedak terdengar bunyi cakaran di dinding tandas lalu memberitahu kepada yang sedang mandi.Pelajar yang sedang mandi keluar sambil kepalanya bersabun.Mereka tiba-tiba terlihat satu lembaga di depan pintu tandas yang berambut panjang dan mengilai.Mereka berdua lari lintang pukang ketakutan.

Cut to:

3. INT / DAY / KAMPUS – KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR & PENSYARAH)
Di dalam sebuah kelas,kelihatan para pelajar sedang mengerumuni dua orang pelajar perempuan di dalam scene 2 yang berjumpa dengan hantu.Kedua pelajar perempuan itu bercerita mengenai pengalaman mereka berjumpa hantu sambil menokok-tambah cerita yang sebenar. Di satu sudut kelihatan seorang pelajar perempuan sedang mendengar ipodnya sambil membaca buku.Tiba-tiba semua mata tertumpu padanya.Pensyarah masuk.Masing-masing mengenalkan diri masing-masing termasuk Adra.Establish karakter Adra yang nampak seperti budak baik.

Cut to:






4.INT / NIGHT/ KAMPUS – BILIK ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
Adra sedang duduk di atas katil dan sedang membuat kerjanya sambil menyanyi riang dan tiba-tiba seorang wanita mengetuk pintu kemudian masuk ke biliknya.Pelajar perempuan itu mengenalkan dirinya sebagai Heliza iaitu seorang pelajar akauntan yang terlewat mendaftar kerana ada masalah teknikal.Heliza nampak sebagai seorang gadis yang sangat sopan dan tertib.Heliza kini merupakan rakan sebiliknya.

Cut to:

5.INT / DAY/ KAMPUS – KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR DAN PENSYARAH)
Di dalam kelas perubatan,seorang pensyarah lelaki menjelaskan tentang sejarah perubatan dan memberitahu pelajar bahawa perubatan tradisional juga amat berguna dalam bidang perubatan termasuklah cara-cara menghalau perkara ghaib.Adra lantas bertekak dengan pensyarah itu mengenai perkara yang dia tidak percayakan.Bahaya perkara ghaib itu wujud namun bukan hantu kerana hantu hanyalah wujud kerana ilusi manusia.Manusia yang menciptakannya.Adra juga bertengkar dengan beberapa orang rakan sekelasnya mengenai fahaman itu.
Cut to:

6.INT / DAY/ KAMPUS – CAFETARIA (konti baju scene 5)
WATAK: ADRA,EXTRAS
Di cafe,Adra duduk minum berseorangan dan tiba-tiba datang tiga orang rakan sekelasnya duduk di sebelah Adra.Mata Adra seperti sedang tercari-cari seseorang.Rakan sekelasnya yang duduk di sebelah Adra bertanya mengapa Adra tidak percayakan hantu.Adra dengan angkuh menjawab bukan tidak percayakan tetapi hantu memang tiada.Rakannya yang tidak puas hati mencabar Adra supaya mengikut mereka.Adra bertanya bila dan di mana dan dia pasti hadir untuk melihat sendiri kejadian menakjubkan itu.Daripada tiga orang menjadi dua orang apabila seorang rakan kelasnya tadi menarik diri kerana merasakan bahawa mereka membuat kerja gila.

Cut to:






7. INT / NIGHT / KAMPUS – MAKMAL SAINS
WATAK: EXTRAS PEREMPUAN 2 ORANG
Dua orang pelajar perempuan sedang mengemas untuk pulang di dalam makmal sains.Mereka berdua berbual mengenai sambutan tahun baru yang bakal mereka pergi.Tiba-tiba lampu makmal mati dan kemudian dibuka semula seperti ada orang yang mempermainkan mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri dan menjerit.Tiba-tiba keluar hantu perempuan yang menakutkan,mereka lari lintang pukang.Hantu itu mengilai.
Cut to:

BREAKER 1


8. INT / DAY / KAMPUS-KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR & PENSYARAH)
Sekumpulan pelajar sedang duduk di tengah-tengah kelas mendengar dua pelajar perempuan bercerita mengenai kisah mereka berjumpa hantu dalam scene sebelumnya dan mereka menokok-tambahkan cerita itu.ADRA masuk ke kelas dengan muka yang selamba.Salah seorang daripada pelajar perempuan itu hanya diam dan kepalanya ditampal koyok.Seorang extra memberitahu Adra supaya berhati-hati.Adra hanya mengangguk buat muka seperti budak baik.Salah seorang pelajar di dalam kelas memberitahu petua orang-orang tua sekiranya ingin memastikan adakah hantu itu benar-benar hantu tunduk dan melihat di celah kelangkang.Sekiranya ia benar hantu,maka ketika dilihat begitu ia akan hilang dan sebaliknya.Adra hanya tergelak mendengarnya.
Cut to:

9. INT / NIGHT / BILIK – ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
Di dalam bilik kelihatan Adra sedang membetulkan baju hantunya,rambut wignya dengan senyumam dan dia membebel seorang diri ketawakan rakan-rakannya. Tiba-tiba Heliza masuk ke bilik.Adra dengan cepat menyorokkan rambut wignya di bawah bantal tetapi boleh nampak ia berjuraian. Heliza tanya apa yang sedang dibuatnya dan dia memberitahu dia sedang mengulangkaji pelajaran padahal Heliza nampak rambut hantunya. Heliza hanya mengelengkan kepalanya sahaja.Adra tersengih-sengih.

Cut to:




10. INT / DAY/TAMAN REKREASI
WATAK: ADRA,HELIZA
Di sebuah taman rekreasi,Adra dan Heliza berjongging bersama-sama.Mereka melalui sebuah perhentian bas dimana ketika melalui perhentian bas itu Heliza seperti melihat sesuatu dan terus terdiam daripada ketawa. Adra pelik melihat Heliza dan bertanya adakah dia mempunyai masalah namun Heliza hanya berdiam diri.Adra mengalah.
Cut to:


11. INT / NIGHT / KORIDOR ASRAMA
WATAK: ADRA,PAKCIK GUARD,EXTRAS (PEREMPUAN)
Tiga orang pelajar perempuan sedang lepak berbual di kawasan dalam asrama.Mereka bergelak ketawa dengan galak.Tiba-tiba terdengar satu suara seperti perempuan mengilai.Mereka tiba-tiba terkejut dan berpandangan sesama sendiri.Tiba-tiba muncul satu lembaga yang sangat mengerunkan,mereka menjerit dan kemudian lari lintang pukang.Salah seorang melihat di celah kelakangnya tetapi dia keliru kerana masih nampak,namun apabila hantu itu mula mengilai balik dia juga cabut lari.Pak Guard tiba-tiba datang dan apabila tertoleh ke belakang Pak Guard terlihat hantu itu dan Pak Guard cuba membaca beberapa ayat Al Quran namun dia pengsan. Adra yang menjadi hantu lari dan tiba-tiba kakinya terpelecok.

Cut to:


12. INT / NIGHT / BILIK – ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
CU muka Adra yang menjerit.Kemudian tunjuk kakinya yang diurut oleh Heliza.Heliza memarahi Adra kerana perangainya yang gemar mengusik orang. Adra memberitahu bahawa dia saja ingin mengajar rakan-rakannya agar lebih berani.Heliza bertanya kepada Adra adakah dia tidak takut satu hari nanti dia pula akan diganggu hantu.Adra hanya ketawa dan memberitahu bahawa perangai dia sendiri macam hantu dan hantu pun takut kalau melihatnya.Heliza menyampah dan menyuruh Adra mengurut kakinya sendiri.Adra mengeluh melihat rakannya yang merajuk.

Cut to:




13. INT / DAY / KELAS-KAMPUS
WATAK: ADRA,RAKAN SEKELASNYA
Adra masuk ke kelas dengan terjengkut-jengkut.Rakan-rakan bertanya mengapa dengan kakinya dan Adra hanya menjawab bahawa kakinya terseliuh.Tiba-tiba datang seorang budak mengetuk pintu dan memberitahu bahawa seorang pensyarah ingin berjumpa dengan Adra.Adra bangun dan keluar dari kelas.Salah seorang rakan kelas Adra yang sedang berbual tiba-tiba terpandangkan sesuatu daripada beg Adra.Sesuatu yang mencurigakannya.Dia kemudian merapati beg Adra dan menarik sesuatu dan kemudian mengeluarkannya dari beg Adra.Semua mata tertumpu pada beg itu.Pelajar wanita itu menarik keluar rambut palsu Adra.Adra masuk ke kelas dan dengan jalannya yang terjengkut-jengkut dan dengan gembira memberitahu kelas telah dibatalkan.Semua rakan kelasnya tertumpu kepadanya dan pelajara perempuan yang menarik rambut palsu hantu Adra menjerit memberitahu bahawa selama ini Adra lah rupanya dalang kepada semua cerita-cerita hantu di dalam fakulti serta asrama mereka.

Cut to:

14.INT / DAY / RUMAH KAKAK ADRA
WATAK: ADRA,KAKAK ADRA (ADLIN)
Adlin iaitu kakak Adra sedang menasihati adiknya tentang kelakuannya yang nakal di universiti.Adlin dipanggil oleh dekan fakulti dan dia sangat berang dengan sikap adiknya yang tak habis-habis dengan sikap nakalnya.Adlin memberitahu nasib baik Adra tidak digantung dan hanya diberi amaran.Adlin meminta Adra supaya berubah kerana sikapnya ini hanya akan memakan dirinya sendiri.Adra pula meminta agar dia ditukarkan ke universiti lain kerana semua kawan-kawannya amat membosankan.Hanya Heliza yang kini sudi berbual dan melayannya.Adlin tidak mahu melayan Adra dan memberitahu adiknya itu “berani buat berani tanggung”.Adlin memberitahu Adra bahawa dia akan mengikut suaminya ke Brunei atas urusan perniagaan dan menyuruh agar adiknya pandai-pandai menjaga diri sepanjang peninggallannya nanti.Adra buat muka.

Cut to:


BREAKER 2






15.EXT / DAY / KAMPUS-JALAN
WATAK: ADRA,EXTRAS
Adra berjalan masuk ke kampus.Dia menegur beberapa orang rakannya yang lalu-lalang namun tiada siapa pun yang mengendahkannya. Adra buat muka berlagak dan marahkan mereka kerana emosional.

Cut to:

16.INT / DAY / KAMPUS-KELAS (konti baju scene 15)
WATAK: ADRA,EXTRAS (PELAJAR & SEORANG PENSYARAH)
Adra termangu keseorangan di dalam kelas apabila semua rakan sekelasnya tidak mempedulikannya dan terus memperli.Adra naik berang dan memarahi mereka tiba-tiba pensyarah masuk ke dalam kelas dan menyuruh Adra duduk di tempatnya. Pensyarah itu memberitahu bahawa semasa cuti semester ini mereka dikehendaki mencari satu jenis ubat tradisional yang diperbuat daripada herba dan disesuaikan dengan ubatan moden.Mereka harus dibahagikan kepada tiga orang di dalam satu kumpulan.Masing-masing mempunyai kumpulan dan mereka tidak mahu bersama Adra.Adra dengan angkuhnya memberitahu bahawa orang bijak tidak perlukan teman dia mampu berjaya seorang diri.Semua orang tetap tidak mempedulikannya.

Cut to:

17.INT / NIGHT / BILIK ASRAMA
WATAK: ADRA & HELIZA
Adra mengamuk sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.Tiba-tiba Heliza masuk dan memintanya supaya lebih bersabar. Adra memberitahu bahawa dia perlu mencari perubatan tradisional yang dia sendiri tidak percaya keberkesanannya.Heliza dengan penuh sabar menjemput Adra ke rumahnya bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan kerana ayah Heliza merupakan seorang pengamal perubatan. Adra yang pada mulanya enggan tiba-tiba teringatkan kakaknya yang akan ke Brunei terus berubah fikiran menerima pelawaan Heliza.
Cut to:








18.EXT / DAY / HUTAN
WATAK: ADRA,HELIZA,PAK YA (AYAH HELIZA)
Pak Ya menunjukkan beberapa jenis pokok kayu herba kepada Adra.Adra pula sibuk memukul nyamuk-nyamuk manakala Heliza membantu memegang bakul.Adra buat endah tak endah.Pak Ya hanya tersenyum.
Cut to:

19.INT / NIGHT / MEJA MAKAN-RUMAH HELIZA
WATAK: ADRA,HELIZA,PAK YA (AYAH HELIZA)
Ketiga-tiga mereka berada di meja makan.Pak Ya memberitahu Adra bahawa ulam-ulaman amat elok untuk kesihatan dan petua orang-orang tua.Adra pula asyik membentah dan melawan kata-kata Pak Ya. Heliza kurang senang apabila Adra meninggi suara dengan ayahnya.Namun Pak Ya pandai menangani keadaan itu.Dia hanya tersenyum dan Adra tetap dengan sikap degilnya dan terus bangun dan meninggalkan meja makan.

Cut to:

20. EXT / NIGHT / JALAN KAMPUNG
WATAK: HELIZA,ADRA
Heliza dan Adra berjalan beriringan di kawasan kampung yang gelap.Adra memohon maaf kepada Heliza kerana bersikap kurang ajar dengan bapanya.Heliza memberitahu semua orang mempunyai pandangan masing-masing namun adakalanya pendapat orang lain harus juga didengar dan dipertimbangkan.Adra bertekak dengan Heliza.Tiba di sepohon pokok yang sangat besar dan tinggi. Heliza memberitahu Adra bahawa pokok ini sangat keras kerana tiada siapa yang berjaya memotongnya. Heliza mengingatkan kepada Adra supaya jangan sesekali medongok melihat pokok ini tetapi Adra degil dan dia mendongak ke atas kemudian setitis embun jatuh ke dalam mata kirinya. Tiba-tiba angin bertiup kencang,mereka pulang.
Cut to:

21. INT / NIGHT / BILIK-RUMAH KG HELIZA
WATAK: HELIZA,ADRA
Heliza dan Adra masing-masing sedang asyik tidur dan tiba-tiba angin bertiup kedalam bilik mereka. Adra terjaga kemudian seolah-olah ternampak sesuatu dan mengesel matanya kemudian dia tidur semula.

Cut to:
BREAKER 3
22.INT / DAY / RUMAH HELIZA (KG)
WATAK: ADRA
Adra bangun dari tidur dan tercari-cari Heliza.Tetapi kelihatan rumah Heliza kosong seperti tiada orang dan sunyi.Kelihatan seekor kucing hitam berkeliaran di dalam rumah.Tiba-tiba telefon bimbit Adra berbunyi dan panggilan itu dari pada Heliza yang menelefonnya dari Kuala Lumpur.Heliza memberitahu bahawa dia terpaksa pulang ke universiti lebih awal kerana ada kerja untuk diselesaikan.

Cut to:
23.INT / NIGHT /BILIK-ASRAMA
WATAK: ADRA,HELIZA
Adra sedang mengemas pakaiannya di dalam beg dikeluarkan dan menggantungkannya dalam almari.Heliza tiba-tiba masuk dan duduk di atas katilnya dengan senyap. Adra pula bengang kerana Heliza meninggalkannya di kampung tanpa memberitahu terlebih dahulu.Adra kemudian bersuara mengapa Heliza tidak meminta maaf darinya.Heliza hanya diam kemudian terus tidur.Adra memberitahu bahawa dia menyesal mengikut Heliza pulang ke kampung kerana tiada hasilnya. Namun Heliza tetap senyap.Adra bengang dan terus keluar dari bilik.

Cut to:

24.EXT / NIGHT /BILIK-KORIDOR ASRAMA (konti baju sc 23)
WATAK: ADRA,EXTRA (HANTU)
Adra berjalan-jalan di kawasan asrama bagi mengawal rasa marahnya.Dia membebel seorang diri dan tiba-tiba dia ternampak sesuatu.Seorang makcik sedang duduk di bawah sepohon kayu sambil memegang sesuatu.Adra tersenyum kepada makcik itu.Makcik itu terkejut terus lari.Adra hairan dan mengatakan bahawa mungkin makcik itu ingat Adra hantu.Adra tergelak kerana merasakan itu perkara kelakar.
Cut to:

25.INT / DAY /KELAS
WATAK: ADRA,EXTRAS (RAKAN SEKELAS)
Hari pembentangan kajian yang mereka lakukan tentang ubatan tradisional.Semua rakan-rakannya mengeluarkan pelbagai barang dari beg mereka manakala dia tercengang-cengang dan sangat malu apabila ada yang memerlinya.Pensyarah masuk.Adra cepat-cepat keluar ke tandas kerana takut.

Dissolve to:




26. INT / DAY/ TANDAS-KAMPUS (konti scene 25)
WATAK: ADRA,EXTRAS (HANTU & RAKAN KELAS ADRA)
Adra berada di dalam tandas.Dia keluar membasuh tangan dan ketika mencuci tangan dia ternampak seorang wanita yang hanya berdiri di sebelah sinki.Dia menegur wanita itu tetapi wanita itu tidak membalasnya.Tiba-tiba rakan sekelas Adra masuk dan mencuci tangan.Adra masih lagi bercakap dengan wanita hantu itu dan kemudian rakan kelas Adra memandang Adra dan memberitahu tidak usah cuba untuk berbaik-baik dengannya kerana mereka sudah sepakat memulaukannya.Adra memberitahu bahawa dia bercakap dengan orang lain bukan dengannya.Rakan sekelas memberitahu Adra supaya jangan jadi gila dan terus keluar daripada tandas.Adra hanya senyum mengatakan pada wanita hantu bahawa rakan-rakan kelasnya semua sudah marahkannya.Hantu wanita itu hanya diam. Sebelum keluar dari tandas Adra mengulangi kata-kata kakaknya “berani buat berani tanggung”.Hantu wanita itu hanya memandang Adra.

Cut back to:

27 . INT / DAY/ KELAS-KAMPUS (konti scene 25)
WATAK: ADRA,EXTRAS (RAKAN KELAS ADRA)
Semua mata pelajar lain tertumpu pada Adra ketika dia masuk.Pensyarahnya bertanyakan mengenai kajian yang telah diberikan.Adra hanya diam dan terus duduk di tempatnya.Tiba-tiba dia terlihat sesuatu dalam begnya iaitu herba dan lengkap dengan kertas kajian.Adra tercengang dan memandang pensyarahnya dengan mata yang bulat.
Cut to:

28 . INT / DAY/ KAMPUS-(konti baju)
WATAK: ADRA,EXTRAS
Adra menunggu Heliza di depan fakultinya namun Heliza tidak juga muncul-muncul. Adra membebel seorang diri kerana dia menyangka bahawa Heliza merajuk dengannya.Adra menyangkakn bahawa Heliza yang membantunya dan ingin memohon maaf kepada Heliza.
Cut to:

BREAKER 4




29 . INT / DAY/ KELAS-KAMPUS (konti scene 25)(FLASHBACK)
WATAK: ADRA,EXTRAS (RAKAN KELAS ADRA)(Montaj)
Kelihatan Adra membuat pembentangan di dalam kelas dengan penuh yakin dan berpandukan kerts yang berada di tangannya.Rakan sekelas hanya mencebik melihatnya.Pesyarah pula mendengar dengan tekun sambil kepalanya mengangguk-angguk.

Dissolve to:

30. INT / NIGHT/ BILIK ASRAMA
WATAK: ADRA,HANTU
Adra sedang baring di atas katilnya sambil memegang kertas kajian seperti scene sebelumnya.Kemudian dia bangun dan menuju ke maja belajarnya sambil menaip sesuatu di komputer ribanya.Tiba-tiba ada biasan seperti ada perempuan berdiri di belakangnya.Dia kemudian pusing ke belakang namun tiada apa yang dilihatnya.Dia bangun dan pergi ke pintu tercari-cari.Melihat tiada apa dia terus menyambung kerjanya.Heliza masuk ke bilik dan terus tidur.Adra menegur namun Heliza hanya diam.
Cut to:

31. EXT / DAY/ JALAN
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU)
Seperti biasa Adra akan berjongging di sebuah kawasan taman rekreasi.Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan yang menunggu di bus stop tengah kesedihan.Dia hanya melihat wanita itu yang menangis.Dia ingin bertanya kepada wanita itu mengapa dia menangis dan tiba-tiba telefonnya berbunyi.Kemudian dia senyum kepada perempuan itu.Adra sambung jogging.Tiba-tiba wanita itu mengejar Adra.Adra pun lari sekuat mungkin.
Cut to:

BREAKER 5

32. EXT / DAY/ JALAN (konti sc 31)
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU)
Konti scene 31.Adra masih lari kemudian dia menyorok di sebalik sebuah bangunan.Haniza (hantu) itu pun turut menyorok dan kemudian Adra lari lagi dan hantu itu mengikutnya.Adra berhenti dan bertanya apa sebenarnya masalah hantu itu yang mengikutnya. Hantu itu memberitahu bahawa dia perlukan bantuan Adra kerana hanya Adra yang dapat membantunya.Hantu itu memperkenalkan dirinya sebagai Haniza dan memberitahu siapakah dirinya.Adra tidak percaya dan berlalu pergi.
Cut to:

33. INT / DAY/ KELAS-KAMPUS
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU),EXTRAS (PELAJAR)
Adra duduk di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain mendengar apa yang pensyarah di depan ajar.Tiba-tiba Adra nampak Haniza berdiri di sisi pensyarah dan membuat muka kelakar dan menganggu pensyarahnya. Adra terkejut dan menjerit ke arah Haniza menyuruhnya pergi.Semua orang memandang Adra.Adra tunjuk ke arah Haniza namun semua memanggilnya suka membuat kacau. Pensyarahnya juga memarahi Adra dan menyuruhnya menumpukan perhatian terhadap kelas.Adra yang bingung terus keluar dari kelas.

Cut to:

34.INT / DAY/TANDAS -KAMPUS
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU),HANTU SC 26
Adra masuk ke tandas dan membasuh mukanya kemudian dia tersenyum kepada seorang perempuan iaitu hantu yang sama di dalam scene 26.Ketika dia mengangkat kepalanya melihat cermin Haniza tersengih kepadanya.Adra menjerit kepada Haniza supaya jangan membuatnya jadi gila dan menyangkakan ini adalah helah rakan sekelasnya untuk mengenakannnya.Haniza menyapa hantu perempuan itu.Adra terus bertanya kenapa orang itu boleh melihatnya sedangkan dia memberitahu bahawa dia ialah seorang hantu.Haniza memberitahu bahawa perempuan itu juga hantu dan bermakna Adra boleh melihat hantu.Adra terus menjerit sekuat hati.
Cut to:

35. INT / NIGHT/RUMAH-ADLIN (KAKAK ADRA)
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU),ADLIN
a)Adra terbaring di atas katil.Kepalanya ditampal koyok.Adlin bertanya mengapa Adra kelihatan begitu pelik sekali.Adra terus mengatakan sekiranya dia memberitahu perkara sebenar kakaknya mesti tidak percayakan kata-katanya.Adlin menjawab bahawa kakak mesti percayakan adiknya,Adra pun terus menceritakan bahawa dia boleh melihat hantu,Adlin terus keluar dari bilik.Adra tercengang. Adra terus makan ubat dengan lahapnya kerana dia sangat tertekan.
Cut to:


BREAKER 6



b)Adra tertidur,di sebelahnya kelihatan Haniza sedang mengacau Adra daripada tidur.Adra terjaga dan terjerit apabila terpandangkan Haniza.Adra merayu pada Haniza supaya tolong jangan ganggunya.Haniza pula merayu Adra untuk membantunya.Adra bertanya apa yang perlu dibantunya agar Haniza tidak lagi menganggu hidupnya.Haniza pula terus bercerita.
Cut to:

36. INT / DAY/PEJABAT AZMIN (Flashback)
WATAK: AZMIN,HANIZA
VO Haniza menceritakan kehidupannya.
Haniza sedang bermesra dengan suaminya.Suaminya nampaknya sangat menyayangi isterinya.
Dissolve to:

37. EXT /DAY /CAFE (Flashback)
WATAK: AZMIN,HANIZA,AZLI
Masih lagi VO Haniza.
Azmin dan Haniza makan bersuapan dan tiba-tiba datang seorang lelaki duduk bersama mereka.Lelaki itu ialah Azli iaitu adik ipar kepada Azmin.Azli nampaknya tidak senang dengan kemesraan Azmin dan Haniza.Riak wajahnya nampak cemburu.
Dissolve to:

38. EXT/DAYJALAN (Flashback)
WATAK: HANIZA,AZLI
Masih lagi VO haniza yang menceritakan bahawa dulu sebenarnya dia bercinta dengan Azli.Tetapi ramai rakan-rakannya memberitahu bahawa Azli hanya inginkan hartanya jadi dia terpaksa memutuskan hubungan itu.Dia tidak sangka akhirnya dia bercinta dengan abang kepada Azli. Semuannya secara tidak sengaja.
Dissolve to:

39. EXT /DAY /BANK (Flashback)
WATAK: HANIZA
Masih lagi VO Haniza yang menceritakan bahawa dia mempunyai bon saham di atas nama seseorang. Namun nama itu dirahsiakan.Dia menyimpan kunci itu bersamanya.
Menunjukkan Haniza baru sahaja keluar dari bank.
Cut back to:



40. INT / NIGHT/RUMAH-ADLIN (KAKAK ADRA)
WATAK: ADRA,HANIZA (HANTU), (Konti sc 35)
Haniza memberitahu bahawa dia telah dibunuh malam harinya.Adra bertanya apa yang perlu dia buat untuk membantunya.Haniza memberitahu bahawa hanya seorang yang dapat membantunya iaitu adik Haniza iaitu Khairul.
Cut to:

41. INT / DAY / PEJABAT
WATAK: ,ADRA,KHAIRUL
Adra terus menerpa masuk ke dalam bilik.Khairul terkejut dan memberitahu bahawa Adra amat biadap. Adra pula menjawab biadap lagi orang yang apabila dihubungi asyik tidak menjawab telefonnya. Adra bertanya kepada Khairul mengapa tidak menjawab panggilannya sedangkan dia telah menghubungi Khairul lebih daripada 50 kali.Khairul memberritahu bahawa dia tidak berminat untuk mendengar cerita-cerita merepek dari orang yang tidak dikenalinya.Adra bertegas bahawa dia tidak merepek tetapi sekadar ingin membantu. Khairul buat endah tidak endah kepada Adra.Adra terus menceritakan segala perihal yang memalukan mengenai Khairul agar dia membantu Adra.Khairul terkejut bagaimana hal yang tidak sepatutnya Adra tahu.Adra memberitahu bahawa Haniza yang memberitahunya.Khairul mengalah dan bertanya apa yang harus dilakukannya.
Cut to:

42. INT / DAY/BANK (Seperti dalam sc sebelumnya)
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA
Khairul keluar daripada bank itu dan Adra yang menunggunya di luar terus tersenyum melihat Khairul. Khairul memberitahu bahawa peti besi kakaknya itu pernah dibuka oleh orang lain beberapa bulan yang lalu setelah kematiannya.Namun untuk mengetahui apa yang ada di dalam peti itu mereka harus mempunyai kunci.Mereka berdua berfikir bagaimana hendak mendapatkan kunci itu.Tiba-tiba Haniza datang dan memberitahu Adra bahawa kunci itu ada di rumahnya dan harus dicari. Khairul yang mendengar kata-kata Adra hanya menjegilkan matanya dan memandang sekeliling. Adra dan Haniza ketawa.
Cut to:



BREAKER 7



43. EXT / DAY/JALAN
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA
Adra memberitahu Khairul sekiranya dia mempunyai kunci bagi memasuki rumah kakaknya itu.Khairul mengelengkan kepalanya.Haniza memberitahu Adra bahawa dia tahu di mana Azmin selalu meletakkan kunci pendua.Haniza memberitahu bahawa mereka harus bekerjasama dengan Azmin. Kerana Haniza hanya syak kepada Azli kerana sejak dari dulu Azli tamakkan hartanya.
Cut to:

44. EXT / DAY/DALAM KERETA (DEPAN RUMAH HANIZA)
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA (konti baju)
Adra dan Khairul di dalam kereta.Mereka ingin keluar dari kereta namun sebelum berbuat demikian mereka ternampak Azmin bersama seorang wanita keluar dari rumah. Khairul menyorok.Haniza terkejut. Mereka menunggu sehingga Azmin pergi.Khairul dan Adra bergegas masuk ke dalam rumah.Haniza menunjukkan tempat kunci pendua diletakkan.

Cut to:
45. INT / DAY/RUMAH HANIZA
WATAK: ADRA,KHAIRUL,HANIZA,AZMIN (Konti baju)
Adra dan Khairul bertungkus lumus mencari kunci peti besi Haniza. Tiba-tiba datang Azmin datang dan menengking mereka.Khairul berpura-pura memberitahu mereka bahawa dia mencari bukunya yang pernah dipinjam oleh Haniza.Azmin yang ragu-ragu bertanya jika ingin mencari buku mengapa perlu menyelak karpet. Khairul dengan pantas mencari helah.Azmin memberitahu bahawa dia tertinggalkan dompetnya. Adra yang berada di dalam bilik membuka dompet Azmin dan mengambil kunci peti besi itu sambil Khairul melengahkan masa Azmin supaya tidak masuk ke dalam biliknya. Adra dapat mengambil kunci itu lalu keluar secara perlahan-perlahan tanpa disedari oleh Azmin.

Cut to:

46.INT / NIGHT/ RUMAH HANIZA – RUANG TAMU (konti sc 1)Flashback
WATAK : HANIZA,PEMBUNUH
Dalam gelap,kelihatan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki yang mukanya tidak kelihatan.Mereka seolah-oleh berebutkan satu barang yang berada di dalam genggaman tangan perempuan itu.Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan pistol dan menembak wanita berkenaan.Wanita itu jatuh dan tidak sedarkan diri.Sesuatu terselit di bawah karpet.Tunjukkan yang terselit itu ialah kunci. Haniza rebah,manakala lelaki itu mencari kunci di merata-rata tempat dan mengambil kunci di bawah karpet itu.Tunjuk muka lelaki itu ialah suami Haniza,Azmin.
Cut to:

47.EXT / DAY/DEPAN RUMAH HANIZA
WATAK : ADRA,KHAIRUL,HANIZA,POLIS,AZMIN
Adra,Khairul dan Haniza hanya memandang dari jauh apabila polis memberkas Azmin.Turut diberkas ialah seorang perempuan yang dipercayai turut bersubahat. Azmin memandang muka Khairul dengan perasaan dendam.Haniza menangis kerana tidak menyangka itu ialah perbuatan suami yang dicintainya.
Cut to:

48.EXT / DAY/KEDAI BUKU
WATAK : EXTRA
Seorang lelaki memegang suratkhabar dengan headlinenya “pistol pembunuhan di peti besi”.

Cut to:

49.EXT / NIGHT/ ANYWHERE
WATAK : ADRA,KHAIRUL,HANIZA
Khairul mengucapkan terima kasih kepada Adra kerana membantu mencari pembunuh kakaknya. Adra hanya diam.Haniza tersenyum kepada Adra dan mengucapkan terima kasih kepada Adra kerana sudi menolongnya,Adra juga mengucapkan terima kasih kerana kalau bukan kerana Haniza dia sendiri tidak tahu kelebihannya.Dia ingin berubah,memohon maaf kepada semua orang.Haniza berpesan agar belajar menghargai orang sekeliling kita.Adra memandang Khairul.Haniza tersenyum dan memberitahu kini masanya telah tiba kerana semuannya telah selesai,dia harus pergi.Haniza meninggalkan pesan kepada Adra agar menyuruh Khairul banyak-banyak berdoa untuknya.Tiba-tiba angin berderu kencang dan Haniza pun hilang.Adra memandang Khairul.Khairul tersenyum.
Cut to:

BREAKER 8


50.INT / DAY/ BILIK ASRAMA
WATAK : ADRA
Adra masuk ke dalam biliknya dalam keadaan marah-marah dan terus memeriksa almari Heliza dan segala-galanya namun kosong.Adra keluar dari bilik dalam keadaan tergopoh-gapah.

Cut to:




51.INT / DAY/KAMPUS-PEJABAT ASRAMA (konti bj)
WATAK : ADRA
Adra masuk ke pejabat asrama kampus dan bertanyakan adakah rakan sebiliknya iaitu Heliza telah berpindah ke bilik lain.Wanita yang bertugas terus menyemak sesuatu di komputernya dan memberitahu bahawa belum ada sesiapa pun daftar dan duduk di bilik itu selain Adra. Adra sangat terkejut dan tidak percaya.Wanita di kaunter bertanya kepada Adra kenapa dia bertanya,Adra hanya diam dan keluar dari pejabat asrama itu.

Cut to:
52.MONTAJ
Adra dan Heliza. Saat-saat mereka saling memerlukan sebagai sahabat.Suka dan duka.
Dissolve to:



53.INT / DAY/KAWASAN REKREASI
WATAK : ADRA
Adra termangu duduk di atas sebuah kerusi.VO Adra bahawa dia tidak menyangka bahawa dia akan dianugerahkan dengan kebolehan seperti ini.Dia bersyukur kepada Tuhan dan berjanji akan mempergunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin. Adra juga berterima kasih kepada Heliza kerana sudi menjadi temannya walaupun hanya untuk seketika.Khairul tiba-tiba datang dari belakang memegang tangan Adra.Adra tersenyum.
Cut to:

54. INT / DAY / KELAS-KAMPUS
WATAK: ,ADRA,EXTRAS (RAKAN SEKELAS)
Adra membuat pengumuman di hadapan kelas bahawa dia meminta maaf atas semua kesalahannya dan berjanji tidak akan membuat onar lagi terhadap rakan-rakannya.Meraka semua bersalaman dan berpelukan.

Cut to:




55.INT / NIGHT/BILIK ASRAMA
WATAK : HELIZA,EXTRA
Seorang pelajar perempuan memasuki bilik yang pernah dihuni oleh Adra.Pelajar itu membawa beg pakaian.Dia masuk mengemas barang-barangnya kemudian seorang perempuan masuk dan memperkenalkan dirinya Heliza.


FREEZE:

No comments: