Lagi beberapa hari melangkah ke tahun 2016.
Pelbagai perasaan yang menjelma.
Memandangkan last week memang dah put on my schedule nak berehat lepas siap satu project (Alhamdullillah), jadi bila my cousin ajak teman dia ke Bangkok terus ke setuju.
Malangnya tiket ke Bangkok sangatlah mahal around 600 something.
Mana taknya nak book a week before kan?
So last minute Kakak called bagitau dia booked ticket ke Ho Chi Minh.
So memang ngam-ngam siap kerja esoknya nak packing then buat itinerary for myself.
So on 21.12 tu Mickey drop kitaorg kat airport before dia pergi kerja.
Then sampai airport agak awal lepak dulu di McCafe.
Tambah-tambah memang takde beg nak check in punnnn...
Bawak baju memang ngam ngam.
Alhamdullillah flight tak delay and sampai Ho Chi Minh around 12:55pm local time.
Sana delayed satu jam from Malaysia.
Untuk menjimatkan kos dan masa kami terus keluar dan amik bus nombor 152 betul-betul depan arrival
Tambang 5000 dong bersamaan dengan 50 sen kot roughly.
So bus nombor 152 ni destinasi terakhir dia ialah Ben Than Market.
Dan memudahkan kerja kami, Kakak booked hotel di Jalan Ngu Yenh ape ntah iaitu betul-betul jalan berhadapan dengan market tu...
Jangan risau dalam bus tu memang dia akan sebut destinasi kita.
Cuma paham dengan tak je. ;)
Sampai sana kami terus checked hotel di Pink Saigon 2 Hotel.
Alhamdulillah betul-betul di jalan Muslimah yang memang banyak kedai jubah berderet dan kedai makanan halal.
So kalau nak senang pilih je hotel area situ okay?
Day 1
Sampai sana kami yang kebuluran terus letak beg bagai dan automatic ke kedai Haji Basiroh yang opposite hotel kami.
Pergh kalau calculate memang mahal laaaaaah.
Nasi goreng pun RM19 you ols.
Tapi memang sedap dan boleh dikatakan restoran paling sedap di situ (setelah membuat ujikaji).
Selepas mengisi perut kami pun mencuba kopi jalanan tempatan yang memang ummmphhhh sambil berjalan kaki mencari Notre Dome Cathederal, Saigon Post Office and etc.
Takdelah jauh sangat semua walking distance around 12-15 minutes je.
Yang penting before keluar hotel google siap-siap sebab kami takde data.
Jangan risau kat sana internet available merata-rata.
Restoran Haji Basiroh tu punya wifi pun laju gileeeerrr okaaaay.
Lepas tu kami mencari-cari bangunan yang dimaksudkan dan jumpa.
Jadi dua destinasi berjaya dikunjungi iaitu;
1. Notre Dame Cathderal
2. Saigon Post Office.
After that terus balik bilik, pengsan.
Then almost petang bangun nak cari spa mengurut.
Berjalan-jalan jumpalah spa yang best dan murah.
Hanya 250 000 dong. Bersamaan 57 hengget for 90 mins urut.
Cheap kan?
Habis tu berjalan balik dan terus ke Pasar Malam yang berdekatan hotel kami jugaaaak.
Perghh...semuanya memang rambang mata weeey.
Day 2
Bangun pagi-pagi terus pergi Benh Than Market pergi menempah full suit untuk my cousin tu.
For information, di Benh Than Market ni bukan sahaja terkenal dengan kain cotton murah, lace murah, kasut, beg imitation segala bagai bahkan boleh buat sut dan baju kurung lace tempah sehari siap.
Harga okaylah sebab ku tak pernah tempat full sut, RM250 and baju kurung lace RM150.
Semua ni termasuk kain tau. ;)
After that kiteorg makan dan kemudian membeli segala jubah-jubah yang dipesan oleh ibu-ibu di rumah. ;).
Setelah letih berbargain, balik hotel dan zzzzzz.
Petang baru bangun, cari kopi
dan zassss ke:
1. Indepence Palace
2 Saigon War Museum
Habis hitam legam sebab panassss giler wey.
Kami memang jalan kaki walaupun adelaaah tersilap jalan.
Namun ku gagahi jua mencari jalan pulang.
Hahaha.
Petang tu misi membeli tudung kepada G-ah dan sape yang kirim di Pasar Malam yang sama.
Okay sambung nexttttt post!
xoxo,
A



















