Meh Click Bebanyak ;)

Showing posts with label MyHoliday. Show all posts
Showing posts with label MyHoliday. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Wednesday, December 30, 2015

Ho Chi Minh 2015 Day 1 & 2 (21/12-24/12/15)

Assalamualaikum.
Lagi beberapa hari melangkah ke tahun 2016.
Pelbagai perasaan yang menjelma.

Memandangkan last week memang dah put on my schedule nak berehat lepas siap satu project (Alhamdullillah), jadi bila my cousin ajak teman dia ke Bangkok terus ke setuju.
Malangnya tiket ke Bangkok sangatlah mahal around 600 something.
Mana taknya nak book a week before kan?

So last minute Kakak called bagitau dia booked ticket ke Ho Chi Minh.
So memang ngam-ngam siap kerja esoknya nak packing then buat itinerary for myself.

So on 21.12 tu Mickey drop kitaorg kat airport before dia pergi kerja.
Then sampai airport agak awal lepak dulu di McCafe.

Tambah-tambah memang takde beg nak check in punnnn... 
Bawak baju memang ngam ngam.

Alhamdullillah flight tak delay and sampai Ho Chi Minh around 12:55pm local time.
Sana delayed satu jam from Malaysia.
Untuk menjimatkan kos dan masa kami terus keluar dan amik bus nombor 152 betul-betul depan arrival

Tambang 5000 dong bersamaan dengan 50 sen kot roughly.

So bus nombor 152 ni destinasi terakhir dia ialah Ben Than Market.
Dan memudahkan kerja kami, Kakak booked hotel di Jalan Ngu Yenh ape ntah iaitu betul-betul jalan berhadapan dengan market tu...

Jangan risau dalam bus tu memang dia akan sebut destinasi kita.
Cuma paham dengan tak je. ;)

Sampai sana kami terus checked hotel di Pink Saigon 2 Hotel.

Alhamdulillah betul-betul di jalan Muslimah yang memang banyak kedai jubah berderet dan kedai makanan halal.
So kalau nak senang pilih je hotel area situ okay?


Day 1
Sampai sana kami yang kebuluran terus letak beg bagai dan automatic ke kedai Haji Basiroh yang opposite hotel kami.
Pergh kalau calculate memang mahal laaaaaah.

Nasi goreng pun RM19 you ols.
Tapi memang sedap dan boleh dikatakan restoran paling sedap di situ (setelah membuat ujikaji).

Selepas mengisi perut kami pun mencuba kopi jalanan tempatan yang memang ummmphhhh sambil berjalan kaki mencari Notre Dome Cathederal, Saigon Post Office and etc.

Takdelah jauh sangat semua walking distance around 12-15 minutes je.
Yang penting before keluar hotel google siap-siap sebab kami takde data.
Jangan risau kat sana internet available merata-rata.
Restoran Haji Basiroh tu punya wifi pun laju gileeeerrr okaaaay.

Lepas tu kami mencari-cari bangunan yang dimaksudkan dan jumpa.
Jadi dua destinasi berjaya dikunjungi iaitu;
1. Notre Dame Cathderal

2. Saigon Post Office.

After that terus balik bilik, pengsan.
Then almost petang bangun nak cari spa mengurut.
Berjalan-jalan jumpalah spa yang best dan murah.
Hanya 250 000 dong. Bersamaan 57 hengget for 90 mins urut.
Cheap kan?

Habis tu berjalan balik dan terus ke Pasar Malam yang berdekatan hotel kami jugaaaak.
Perghh...semuanya memang rambang mata weeey.

Day 2
Bangun pagi-pagi terus pergi Benh Than Market pergi menempah full suit untuk my cousin tu.


For information, di Benh Than Market ni bukan sahaja terkenal dengan kain cotton murah, lace murah, kasut, beg imitation segala bagai bahkan boleh buat sut dan baju kurung lace tempah sehari siap.
Harga okaylah sebab ku tak pernah tempat full sut, RM250 and baju kurung lace RM150.
Semua ni termasuk kain tau. ;)

After that kiteorg makan dan kemudian membeli segala jubah-jubah yang dipesan oleh ibu-ibu di rumah. ;).
Setelah letih berbargain, balik hotel dan zzzzzz.
Petang baru bangun, cari kopi 

dan zassss ke:
1. Indepence Palace

2 Saigon War Museum

Habis hitam legam sebab panassss giler wey.
Kami memang jalan kaki walaupun adelaaah tersilap jalan.
Namun ku gagahi jua mencari jalan pulang.
Hahaha.

Petang tu misi membeli tudung kepada G-ah dan sape yang kirim di Pasar Malam yang sama.

Okay sambung nexttttt post! 



xoxo,
A


Tuesday, December 29, 2015

Ho Chi Minh 2015 Day 3 & 4 (21/12-24/12/15)

Okay sambungan last entry. Huh.

Day 3
Harini memang takde ape sangat pun...
Sebab semua building yang nak dilawati dah pergi.
So jalan-jalan sekitar situ dan melepak dalam bilik.
Lagipun aku macam tak sihat sangat sebab panas kot.

Cuma malamnya kembali aktif ke Pasar Malam dan membeli segala begpack Deuter untuk Ejoy dan cousins.
Memang murahlah kalau pandai bargain uols.
Mintak kurang 70% daripada harga dia letak.
Confirm dapat dan kena firm tau.

Day 4
So last day.
Flight kiteorg malam.
So kiteorg last kopek shopping untuk semua orang lah.
Last day aku duk shopping kasut untuk abah and Mickey.
Dapatlah harga yang masih dalam budget.

Then Kakak beli kopi Vietnam yang sedapppp ituuu.


Hari-hari mesti minum street coffees dia yang berlambak di tepi jalan.
Memang manis sikit then request lah less sweet.
Ala actually kat sini tawar menawar beli barang semua dalam bahasa melayu.
Depa semua pandai cakap BM.
Senang kerja tapi ada jugak yang susah kalau part kita nak larikan diri.
Hahaha ;).

So after pekena kopi for last time kat sini,
Kitaorg lepak kat hotel then caaaau to airport.
Alhamdullillah walaupun delayed around 30mins tapi semuanya selamat.
Syukur.
Nasib baik balik beli luggage 50kgs.
Kalaaaaau taaaaaaak.

By the way bangunan kat Vietnam ni banyaknya dipengaruhi oleh Perancis.

So memang cantik-cantik.
Dan boleh buat photoshoot. ;)



Boleh dikatakan budget aku ke sini very cheap lah.
Last min book flighy tix: RM400 plus plus.
Hotel: 325

Total RM700.
Then bawak duit shopping 1500.
RM500 aku tukar ke USD mula-mula sebabnya orang kata lagi dapat banyak dong kalau tukar ke dong.

Rupa-rupanya USD langsung tak pakai uols.
Kat sini Dong hanya dipakai untuk makan dan transportation.
Yang lain semua boleh pakai RM.
So tak payahlah tukar ke USD.
Makan tu budgetlah RM40 untuk dua orang sekali makan.
Kiranya 200 000 dong untuk sekali makan (2 orang).
Pandai-pandailah korang budget semua part shopping yang akan terbusttt nanti. ;)

Alhamdullillah...last holiday in 2015 before melangkah ke tahun baru onputih.
Semoga banyak lagi memori indah yang boleh dilakar tahun hadapan buat kita semua.

Aamiin Ya Rabbal Alamin...
in Shaa Allah.

xoxo,
A