Kun Fa Ya Kun maka apabila Dia titipkan bicara demikian jadilah segala apa yang dikehendaki. Itulah yang Dia Maha segala-galanya.
Apa yang aku cari dalam kehidupan mungkin takkan sama seperti apa yang kau,kau dan dia cari. Kerana Dia memberikan sama yang berbeza. Manusia yang sama asal usulnya namun berbeza pula cara pemikiran dan segala-galanya.
Aku titipkan setiap ruang bicara yang ada namun jadi atau tidak terpulang padaNya kerana Dia yang menentukan.
Jelak aku melihat orang yang bongak dan angkuh bahawa mereka seperti Tuhan bisa merubah dan membuatkan manusia sejenis tunduk kepadanya... Tunjuk bahawa hanya dia yang berkuasa sedangkan dia tidak punya apa-apa kerana semuanya pinjam belaka.
Melihat ke ruang kiri pula banyak manusia dengan ragamnya. Mudah marah dan cepat pula tersinggung apabila ada saja yang tak kena.
Ke kanan,si dia yang penuh gelak ketawa namun aku tidak pernah tahu adakah si dia ini sedang menutup segala duka lara bagi mengembirakan hati bukan orang lain tetapi dirinya sendiri.
Dan aku... masih kaku. Seorang manusia yang tetap biasa dan sinis namun penjadi pemandang untuk semua. Bukan untuk dibezakan tetapi hanya sebagai pemerhati yang turut sama punyai rasa seperti mereka. Kerana apa? Kerana kita adalah sama.. Kejadian yang sama serta diciptakan oleh Si Dia yang tiada tandingan.
No comments:
Post a Comment