Meh Click Bebanyak ;)

Tuesday, February 3, 2009

Im so so bored then googles some things that I want but I dont need it!Want to buy it coz I really in love with it as Im a jacket lover...weee..


Cantik kan?Huhuhu..Bulan ni tak boleh beli jadi kena kumpul duit...Kukuku...

Monday, February 2, 2009

Usahawan Lintah

Bonjour,
Ayah aku sedang mengusahakan lintah bagi tujuan di eksport ke luar negara.Tujuan perubatan. Mula-mula aku agak geli apabila mendengar bunyi lintah sebab ianya menghisap darah.Teringat kisah sebuah telemovie tempatan mengenai lintah.

Anak dara yang dibuang keluarga kerana dikatakan mengandung anak luar nikah padahal anaknya sibuk membantu di sawah dan secara tidak sedar lintah masuk ke duburnya lantas beranak pinak di dalam perutnya hingga perutnya makin membesar.Dicemuh oleh ahli keluarga yang lain sehingga dibenci oleh penduduk kampung.Sampailah masanya dia sarat sehinggalah dia terjatuh di atas tangga dan tiba-tiba keluarlah lintah yang sangat banyak.E...mengelikan.

Ayah aku pun geli dengan lintah tapi dia dengan berseloroh "Kalau pegang ingat RM RM,lama-lama tak gelilah".Betul jugak,mana ada benda yang senang.Kalau tak ke pejabat ke kolam lintah kesayangannya lah.Aku pun tiba-tiba teringin nak tengok dan dalam masa yang sama bagi sokongan pada ayahku terhadap ternakannya tu.

Lintah ni makanannya ialah darah kerana darah mempercepatkan proses mengawannya.Apabila cepat proses mengawan cepatlah dia bertelur jadi cepatlah mengeluarkan hasil.Makanannya pula apa yang aku lihat ayah aku bagi makan ialah ikan keli,belut dan darah lembu tapi disebabkan air kolam itu menjadi sangat busuk ayah aku pun memikirkan alternatif yang lain.Baja organik.Bukan lintah makan baja tapi baja yang diperbuat daripada yis akan menjadi kulat dan lintah akan makan kulat-kulat itu.Barulah lintah sihat.Kekeke..

Itu yang aku pelajari dari ayah aku.Kolam yang telah ada 14 kolam dan semuannya ada lintah beribu-ribu.Mula-mula tengok memanglah rasa nak muntah,lama-lama ok jugak rasa macam kucing.kekeke.



Aku harap salah satu perniagaan ayah aku ni berjaya.Insyallah.Dia sedang mengkaji bagaimana nak buat baja organik sendiri sebab nak beli kos sangat mahal,jadi untuk tempoh panjang baik buat sendiri.Modal ayah aku memulakan perniagaan ini lebih kurang RM20 000 lebih.Tapi isnyallah pulangannya lebih.

Cubalah buat perniagaan ni.mendatangkan hasil yang baik,isnyallah.Tapi sebelum apa-apa pun harus buat kajian terlebih dahulu.