Meh Click Bebanyak ;)

Tuesday, December 23, 2008

Sekali lagi.

kerja.........kerja.............kerja..........i will come out with a good story insyaallah!!! AMIN

Akhirnya Part 11

Ok,sambung cerita semalam sebabnya semalam aku mengantuk sambil menunggu sms dari Afiq yang tak kunjung tiba.Aku tertidur.

Dunia kerja yang aku sangkakan akan memberi sinar cahaya buat aku semuannya seperti kisah fairy tales yang takkan wujud sampai bila-bila.Aku agak tertekan dengan sikap bos aku yang tidak pernah menghargai pekerja.Aku suka berkerja tapi situasi yang menyebabkan aku bosan dengan semua yang ada.

Aku cuba mencari alternatif lain.Selain ingin menolong salah seorang kawan baik aku managekan bisnesnya,aku plan untuk mengembangkan sayap aku dalam dunia penulisan.Aku ingin bergerak bebas agar aku puas hati dan boleh belajar berdiri di kaki sendiri.Yang penting aku perlu berani.

Selain daripada plan-plan di atas aku juga akan sambung belajar demi harapan kedua orang tuaku yang ingin aku berbuat demikian.Apa sahaja untuk mereka asalkan doa mengiringi aku.Amin.

Aku sekarang akan berusaha dengan lebih keras lagi agar proposal aku akan diterima.Aku kena kuat.Ditolak tidak bererti gagal.Aku dah biasa dengan keadaan itu,tapi Insyallah,Allah tidak akan hampakan hambanya yang berusaha.Insyallah.

Aku sunyi harini di pejabat.Veron,kawan baik aku bercuti untuk Xmas.Itupun setelah berhempas pulas meminta cuti.Kesian aku tengok dia.Orang lain dengan mudah mendapat cuti,inilah yang dikatakan pilih kasih.Entahlah.Manusia.

Sekarang aku tengah sibuk membuat treatment dua telemovie aku yang telah di approved oleh Astro Ria iaitu

1)Matakata Adra
2)Lu'lu.

MAtakata Adra konsep aku guna pakai konsep "My left Eye can sees Ghosts".Sebenarnya cerita aku lain tetapi Astro meminta aku mengubah sikit cerita ini.Kenapa matakata?Matakata bermaksud mata.Aku amik dari kamus.Pelik sikit bunyinya.Tajuk ini aku fikir bagai nak rak barulah jumpa.Pening sebab tajuk ialah tarikan utama untuk TV mahupun penonton menerima cerita ini.

Lu'lu ialah cerita yang pernah aku beritahu pada semua.Nanti akan aku addkan jalan ceritanya.Kisah seorang gadis nota pelekat.

Doakan aku berjaya siapkan mengikut dateline yer.Thanks.

Semalam,salah seorang sifu aku iaitu Chin yang juga merupakan dulunya seorang DOP sebuah syarikat produksi terkenal iaitu HVD telefon. Dia ingin berjumpa aku sebelum bertolak ke Thailand.Aku kagum dengannya.Entah kenapa agak sukar sebenarnya mencari ilmu dari orang yang berpengalaman dalam dunia aku ni.Masing-masing kedekut ilmu takut orang lain tutup periuk nasi mereka.Termasuklah salah seorang penasihat skrip aku.Takperlah.Tapi tidak pada Chin.Pertama kali aku bertemu dengannya,begitu banyak nasihat yang dilemparkan pada aku.Aku teruja mungkin pada kali pertama aku bertemunya,aku sedang shoot cerita sulung aku iaitu "Love is Buta".

Dia sangat baik meskipun kami berlainan bangsa.Memang sikap aku tidak memandang bangsa kerana sejak dari aku sekolah rendah kawan-kawan baik aku memang berlaianan bangsa.Aku telah biasa,mungkin didikan parents aku yang sememangnya mempunyai ramai kawan dari berlainan bangsa apatah lagi ibu aku mengajar di sekolah cina.

Aku banyak mencurahkan perasaan tidak puas hati aku kepada industri kepadanya.Dia banyak memberi nasihat,didikan secara tidak langsung yang sememangnya amat berguna pada aku.Terima kasih Chin.Akanku cuba gunakan setiap ilmu yang aku dapat.Insyallah.

Aku ingin sambung kerja.Bye.




Tiba-tiba terasa sayu dihati mendengar lagu ini pagi-pagi.Erm.