Abaikan tajuk kerana itu seperti biasa hanyalah apa yang terlintas di kepala otak aku. Apa yang penting?Bukan kerjasama tetapi entri yang cuba aku lunaskan. Berjumpa dengan rakan-rakan lama yang ada daripadanya 11 tahun tidak berjumpa....
Bertukar kad nama dan berpeluk mesra antara rutin yang sudah semestinya dibuat. Bukan apa..rasa rindu dan gembira melihat perubahan rakan-rakan yang dulunya nakal tidak terkira dan ayat poyo yang dulunya belum ada seharusnya diberikan kepada mereka dulu.. Tapi kini masa mengubah segalanya.. Walau secara jujurnya ada di antara mereka yang tidak pernah rapat tetapi kini ia menjadi bagai dalam satu ikatan,mesra dan rapat...
Aku seperti biasa menjadi pendengar setia dan memang begitu.. Aku kurang bercakap..percaya atau tidak...itu memang aku..cuma dengan yang aku selesa tak perlu diminta....sampai tak berhenti pulak...
Masa yang mengembirakan kiranya jika dalam alam yang lain kawan amat mengecewakan namun...kawan sekolah adalah terbaik buat kita... Hujung minggu yang amat mengembirakan bukan sahaja pada aku..tetapi buat kita semua dengan insan yang bergelar kawan-kawan.. Terima kasih..
Ok..beralih ke bidang kerja...
Drama soal 1malaysia harus diterapkan dalam drama-drama aku kini. Walaupun tidak kepada drama tv tetapi drama radio agak membuatkan aku kekok seketika.. Maklumlah..masa belajar pun tak penah aku pelajari cara-cara mengarang drama radio.. Tetapi serba sedikit pengalaman aku dalam drama tv dan layar perak..aku garabkan menjadi satu. Walau tidak sehebat mana namun gembira sekiranya rakan-rakan di radio gembira dan suka...
Segala kritikan dan pandangan jangan risau...aku terima...
Seorang lelaki yang sukakan muzik-muzik Tamil dan mencari gadis yang bercirikan Tamil.. Ermm.. unsur komedi... Suka suka...
Tunggu drama aku ini..bukan di kaca tv..tetapi di corong-corong radio pula... Walau apa pun sumbernya.. minat yang aku ada harus terus disemai.. agar ia menjadi paku yang kuat dan keras..
Menulis ku bukan kerana nama..
Insyallah..