Meh Click Bebanyak ;)

Tuesday, March 27, 2012

Ala, relax.

Pernah tak korang rasa nak menangis?
Taknak pergi kerja?
Macam nak cari seribu satu alasan.

Quit kerja, lepak rumah dan buat benda yang korang suka?
Pernah?

Masa sekolah, 
Aku jarang ponteng sekolah.
Sebab sekolah best.
Serious best.

Bila start belajar masuk Universiti pulak,
Kadang-kadang ada rasa malas,
Tapi memang jarang ponteng sebab kalau ponteng pun
Takde TV.
Nanti terlepas susah nak catch up.

Bila first kerja lepas belajar,
Susah aku nak ponteng,
Sebab kalau demam pun boss akan datang turut ke rumah.
Lagipun opis dengan rumah sekangkang kera,
Jadi baik datang kerja.

Sekarang,
Pengalaman mendewasakan.
Hati bukan sahaja kena kuat tetapi kena berdisplin.
Sebabnya...

Hati ni lagi kuat daripada otak tau.
Bila hati kuat,
Otak pun turut jadi kuat.

Jadi,
Semua kena kuat....
Tak rasa pun pisau yang tajam itu menghiris.
Sebab aku takkan terguris.


Tuesday, March 20, 2012

Doa buat Palestin


Doa Buat Palestin.

Doa Buat Palestin,
Teringatku pada dada-dada akhbar,
Yang membentangkan kisah meraka,
Menguris hati,meruntun jiwa,
Bukan sekadar hiba,
Namun aku turut merasa deritanya,
Lalu ku bertasbih kepadaNya agar
Dia menguatkan mereka,
Agar mereka terus berjuang tanpa mengalah.


Doa buat Palestin,
Ratapan pilu yang dikhabarkan,
Namun bedilan tanpa sekatan tetap diteruskan,
Apakah ini erti kemanusiaan,
Jika layanan binatang yang mereka berikan,
Aku tidak mahu menangis,
Kerana air mata tidak mampu membuat apa-apa.

Doa buat Palestin,
Seluruh dunia hanya mampu bersedih,
Memaki hamun malah,
Jangan kau harapkan apa-apa
biarlah seluruh dunia diam,
dan hanya sekadar berkata,
hentikanlah, hentikanlah.
Suara itu sudah lama dinyanyikan,
di meja bulat sidang PBB.

Doa buat Palestin,
Jangan Pandang Belakang,
Kita harus menuju ke jalan depan,
Usah gentar dengan mereka meskipun lengkap bersenjata,
Jangan Tegur kerana mereka tidak bisa menerimanya,
Kerana suara kita tidak bisa memecahkan tembok mereka,
Yang mampu kita harus bersama,
Bersatu menentang mereka.

Doa buat Palestin,
Bedilan neraka memusnah negara,
Kanak-kanak tidak tahu apa turut derita,
Jika wang berjuta bisa menghancurkan,
Sanggup aku lemparkan pada mereka,
Jika filem mampu mengatasi segala,
Sanggup ku laburkan filem berjuta-juta,
Lalu Palestin tidak lagi sengsara,
kerana hari ini akan ku usir mereka pergi,
biarlah sejuta tahun lagi,
kemenangan itu pasti menjelma.