Meh Click Bebanyak ;)

Wednesday, October 29, 2014

Percutian Tahun 2014

Alhamdullillah...
Tahun ni Allah bagi rezeki yang lebih untuk berjalan-jalan lagi.
Tapi memanjang tak sempat updates di mana-mana memandangkan masa yang agak tiada.
Ecece.

Tapi marilah kita recap 'perjalanan cuti' ku tahun ini.

Bali Januari 2014
Aku ke Bali bersama kawan-kawan.
Kononnya sempena meraikan hari jadi 'January babies'.
Kali kedua aku ke Bali selepas April tahun lepas.
Kali ni relax sikit takde rush nak ke sana ke sini memandangkan dan puas berjalan ketika kali pertama.
Aku habiskan masa membaca novel dan membelek skrip yang urgent time tu, telefilem SuperBibik.
Pertama kali makan Terang Bulan, makanan ala-ala apam balik.
Hasil hasutan si Elin.
Tapi memang sedap dan gebu.
Paling lama ke Bali almost seminggu.
Banyak kenangan yang terjadi antaranya ketakutan dek mat salleh mabuk di bilik sebelah.
Akhirnya tukar hotel.
Hahahaha.


Krabi February 2014
Yang ni lagi lawak.
Sepatutnya kami (Aku, Ida, Ayu dan Jib) pergi Bangkok.
Siap dan rancang nak pi shopping bagai.
Malangnya time tu Bnagkok dilanda rusuhan blablabla.
Akhirnya MAS bagi kami tukar destination.
So Krabi pilihan kami.
Berita sedih: Jib tak join.
Berita happy: Jib pregnant.
So kami bertigalah menikmati keindahan Krabi sambil makan-makan tak kira masa,
Kali kedua aku ke Krabi dan aku duduk di Baan Pulaaoon.
Senang.
Betul-betul tengah town.
So semua kami jalan kaki je ke mana-mana berbanding dulu aku kena chartered bike.
Fun fun trip dengan the girls.



Pulau Redang March 2014
Yeay!
Percutian yang ditunggu-tunggu.
Bersama cousins.
Ke Pulau Redang kami.
Memang enjoy habis kami.
Relax dan enjoying every single day kami kat sana,
Akibat terlampau syok sampai terlupa pakai sunblock dan sampai sekarang hitamnya.
Hahaha.
Malangnya pada tarikh sama kami kat Redang, MH370 hilang daripada pandangan.
Tarikh yang takkan kami lupakan.



Madinah, Mekah June 2014
Ha, yang ni bukan pi makan angin.
Tapi perasaannya indah seolah-olah pergi bulan kot.
Walaupun tahu banyak kerja yang menanti di Malaysia tapi hati aku langsung tak rasa beban.
Langsung.
Betullah orang kata kota suci yang bukan sahaja tersimpan berbagai-bagai pahala untuk walaupun kita laksanakan benda-benda baik yang kecil tapi macam-macam benda yang sukar aku gambarkan.
Yang aku tahu perasaan yang indah-indah sahaja di sana.
Kalau boleh macam every year aku nak pergi.
InsyaAllah.



Desaru Beach Resort, Johor August 2014
Alhamdullillah.
Berehat seketika bersama-sama rakan sepejabat ke Desaru kita.
Pergi ke Legoland yang panas kebabom.
Dan melepak dalam bilik bersembang dengan Cik Lina.
Memang kenangan yang indah sebelum dia pergi meninggalkan aku..
Meninggalkan sebab menjadi surirumah.
Fun fun trip walaupun panas.



Dan dan dan..

InsyaAllah..

Austria, Italy, Germany November 2014 ini.
Alhamdullillah...
Moga-moga impian Mickey ke Italy tercapai sambil ditemani oleh aku.
Hahaha.

Semoga tahun depan akan lebih banyak rezeki lebih untuk bercuti.
Hahaha.
Aamiin...

p/s: Banyak pictures nak share actually tapi malas nak compilekan. YA MALAS! hahaha.

A



Tuesday, October 28, 2014