Bonjour,
Pejam celik pejam celik hampir tujuh bulan aku bekerja sebagai penulis skrip. Rasa macam masa itu cepat berlalu bagaikan angin ditiup sang bayu sangat lembut tetapi sepantas kilat. Masa yang tidak boleh aku kembalikan untuk mungkin perkara atau penyesalan yang bagi aku harus diubah. Itu tiada dalam kamus hidup aku. Setiap kesalahan,kegagalan harus ditempuhi bagi menjadikan kita insan yang lebih sempurna pada masa yang akan datang walaupun tidak sempurna namun lebih baik dari semalam dan seterusnya. Bak kata ayah aku yang amay aku sayangi iaitu "kalau ingin berubah,biarlah kita berubah ke arah yang lebih baik bukannya ke arah yang "bukan-bukan". Itulah di antara kata-kata yang sering bermain di fikiranku tatkala ingin melakukan satu perubahan.
Ayah aku seorang ayah yang sangat memahami,memberi nasihat dalam keadaan yang sangat tenang dan mungkin tidak seperti sesetengah ayah yang suka marah dan tengking. Tidak bagi ayah aku kerana dia seorang yang sangat pandai mendalami perasaan dan pemikiran kita oleh itu dia menggunakan cara psikologi bagi menangani masalah anak-anaknya. Itulah ayah aku.
Sentiasa dalam keadaan humor walaupun ada yang mengatakan mukanya garang seperti harimau. Dia ialah seorang bapa yang sangat penyayang dan rakan yang baik untuk aku. Sehingga sekarang aku dilayan sebagai anak kecik kerana baginya selagi aku belum menjadi dewasa aku adalah anak kecil yang memerlukan perhatian dan setiap masalah aku akan aku ceritakan padanya dulu.
Aku perlukan kamu senantiasa dalam hidupku kerana selagi nyawa dikandung badan aku perlukan mereka.Aku sayangkan mereka,dan aku ingin menjadi kebanggaan mereka. Aku ada sebuah impian dan impian aku ialah membahagiakan mereka walaupun diri aku tidak bahagia,aku rela korbankan diri ini buat nereka.
Terima kasih abah dan mak.Aku rindukan kamu!
"Happy father's day to abah and all fathers in the world who loves their children"
Merci.
No comments:
Post a Comment