Meh Click Bebanyak ;)

Saturday, July 5, 2008

Aku cinta MALAYSIA!


Bonjour,




Seperti dalam post-post yang aku ceritakan sebelum ini,aku minat dengan politik namun dengan mendengar dan membaca politik Malaysia membuatkan aku muak dan resah dengan politik di Malaysia. Kini politik di Malaysia seakan-akan bakal menjadi politik Pakistan agaknya. Entahlah.


Semalam apa yang aku tahu dari blog PKR mereka akan adakan satu perjumpaan untuk "rakyat" di Selangor. Bukan berniat untuk menyokong mana-mana parti namun keadaan ini seolah-olah mengetahkan isu peribadi masing-masing sehinggakan hak dan janji-janji kepada rakyat tidak ditunaikan. Apa semua ini? Kamu dipilih untuk menjadi pemimpin kepada kami,tetapi pemimpin sendiri yang mendatangkan masalah kepada negara dan jika rakyat biasa yang membuat salah ada sahaja yang tidak kena dengan mereka-mereka ini. Seorang dituduh dalam kes pembunuhan dan seorang lagi tidak habis-habis dengan kes liwatnya. Liwat-liwat dan liwat. Orang ini nak tutup kes dia dan dia seorang lagi dituduh mengalihkan pandangan rakyat kepada kes yang lain. Pastinya yang di tengah-tengah adalah rakyat yang menjadi mangsa dan menunggu apa lagi sandiwara yang bakal pemimpin-pemimpin ini timbulkan. Sesudahnya nasib kami sama dan tiada pembaharuan.


Aduhai,aku mendengar salah ucapan dari salah seorang pemimpin yang aku sebutkan di atas. asyik-asyik mengulangkan perkara yang sama iaitu "kita lawan dia,kita tentang dia" tentang kerana apa?Kerana kes peribadinyakah atau kerana kami yang dahagakan perubahan? Tepuk dada tanya selera. Manakala yang seorang lagi menutup lubang di sana di sini terbuka luas,hendak menipu tetapi lidah sudah terbelit-belit tidak tahu mana satu yang diucapkan terlebih dahulu atau mungkin sudah nyanyuk?


Aku sendiri walaupun usia aku belum mencecah 30 tahun namun aku dapat menilai mana intan yang mana kaca. Yang mana benar dan yang mana tidaknya. Aku tahu kes yang diada-adakan namun cukuplah,berlawanlah secara "gentleman" jangan kerana berjuang kerana rakyat bukan tujuan peribadi.


Kadangkala aku merasa cukup kasihan apabila mendengar hasutan pemimpim yang mengesa rakyat mengadakan reformasi kerana katanya demi untuk rakyat tetapi sedarlah wahai rakyat anda dipergunakan. Sedarlah dengan mengumpulkan kita yang jumlahnya bukan sedikit sudah pastinya membuatkan pihak berkuasa takut dan gerun dengan kehadiran kita kerana setiap masalah ada penyelesaiannya dan ini bukanlah masalah kita,ini masalah mereka,masalah peribadi mereka kerana kita rakyat tiada kaitan dengan semua itu. Kita perlu tahu mengapa kita memerlukan pemimpim,adalah untuk melapangkan hati dan memudahkan urusan kita agar apa yang ada di negara-negara maju terdapat di negara kita.Agar apa yang kurang dapat diadakan. Bukannya menambahkan beban dengan masalah peribadi mereka yang sekiranya mereka sendri tidak dapat selesaikan bagaimana mahu menyelesaikan masalah 26 juta rakyat.


Jadi wahai rakan-rakanku,sauadara-sauadara ku,berfikirlah sebelum membuat apa-apa tindakan dan keputusan. Jangan di ambil secara membuta tuli kerana yang malunya ialah kita sebagai rakyat Malaysia di mata-mata negara asing. Yang susahnya pun kita kerana apabila negara dilanda musibah dan sebagainya bagaimana nasib kita dalam mencari rezeki,menyara anak dan isteri,dan sebagainya. Beringatlah bahawa ini negara kita,tempat tumpah darah kita dan kita harus menjaganya. Jika tidak nasib kita adalah seperti pelarian di negara sendiri. Percayalah kita rakyat yang berkuasa sebenarnya. Peace No War. Aku cinta Malaysia,aku cinta negaraku.


Merci.





No comments: