Bonjour,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua kawan-kawan yang pernah mengenali diri aku ini terutama kepada sahabat handai dan teman-teman rapat yang banyak bersabar dengan karenah dan sikap aku.Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang cuba mencari kesempurnaan dalam hidup.
Habis soal raya kini soal kerja menjelang pulak.Sepanjang raya aku telah membaca beberapa buah buku penulisan skrip dan seni layar untuk menambahkan pengetahuan di dada.Tambahan pula proses pembelajaran itu takkan pernah selesai.
Sepanjang tempoh raya yang aku raikan seperti biasa secara sederhana dan ala kadar,tiada istilah baju raya bagi aku dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana aku kerana baju kurung atau baju tradisional yang ada pun tidak terpakai jadi buat apa membazir.Raya tahun ini aku mengenakan konsep "mix & match" senang,baju kurung hitam tak pernah di pakai di pakai bersama kain batik hitam dan selendang menutupi kepala aku ni tanda hormat pada sanak saudara dan opah aku.Raya tetap meriah meskipun tok aku baru meninggal,istilah yang pergi tetap pergi diguna pakai oleh ayah aku untuk meredakan kepiluan di jiwa.Harus dicontohi,kena kuat,katanya.
Hari pertama aku masuk kerja banyak proposal yang aku harus siapkan kerana masa takkan menunggu kita,aku kena lebih fokus demi untuk berjaya dan mengejar impian aku.Aku bermula,dengan sebuah cerita berkenaan seorang wanita malang yang menjadi mangsa rogol ayah dan abang kandungnya sejak dari usia 12 tahun lagi.Cerita nampak simple namun aku cuba garapkan dengan lebih menarik agar pihak tv meluluskan proposal ini.Beberapa lagi nota yang aku buat ketika raya,semua lebih bersifat kemanusiaan agar selain dari unsur percintaan aku dapat terapkan elemen betapa pentingnya kita manusia mempunyai sikap "kemanusiaan".Mungkin ada yang berpendapat,manusia,haruslah ada sifat kemanusiaan,tapi mereka salah,manusia tidak semuannya berperikemanusiaan,jika tidak masakan suratkhabar penuh dengan pelbagai kes yang mengerikan.
"cinta",too overused,naik muak dengar perkataan cinta,aku lebih suka tajuk-tajuk seperti contohnya "kala bulan mengambang,renjis" pendek,padat dan banyak maksudnya.Contoh Inai di malam pengantin.Ramai yang bertanya apakah maksudnya,senang bagi aku iaitu inai tidak kekal lama,manakala malam pengantin adalah permulaan kebahagiaan alam berumah tangga,namun ia seperti inai tidak kekal merahnya.
Tajuk-tajuk proposal yang akan datang ini akan aku pastikan tiada lagi perkataan cinta tapi aku kena ikut juga memandangkan proposal ini dipilih oleh pihak tv,mereka pun ada kehendak mereka sendiri.
Aku kini ingin meluaskan lagi hasil tulisan aku ke syarikat luar,cuma kini aku sedang belajar caranya,agar aku tahu selok-belok perniagaan ini.Ini juga kategori perniaagaan,Insyaalah,buat setakat ini,aku cuba apa yang mampu aku laksanakan dulu.Esok lusa baru yang lain,jangan tamak,kerana yang tamak selalu rugi,tetapi biarlah bersikap berlumba-lumba agar kejayaaan yang sepatutnya milik kita tetap milik kita.
Aku tidak pernah mentakrifkan soal kejayaan sebagai "kaya atau punyai segala-segalanya" namun lebih kepada "self satisfaction",apabila kita mampu buat apa yang kita mahukan dan kita kecapi ia,kejayaan bagi aku.Tidak semestinya untuk ditunjuk-tunjuk atau bermegah-megah dengannya.Sama dengan penulisan skrip,anugerah tidak bermakna langsung bagi aku,jika menang bonus bagi aku,selebihnya lebih bersikap dakwah yang ingin aku sampaikan dalam setiap skrip,biar punyai objektif yang disasar agar ia bukan cerita semata-mata.
Tidak pandai belajar kata abahku,ini yang aku sedang lakukan.Aku tak yakin dengan diri aku pada mulanya tapi aku belajar dan akan terus belajar supaya kejayaan berada di sisiku.Kejayaan?Apa maknanya kepadaku?Besar ertinya.
Dalam proses pembelajaran yang Maha Hebat ini aku melalui pelbagai ujian yang tidak diterima akal,namun kejayaan bagi aku jika aku berjaya melaluinya.Tidak sama ketika belajar di universiti,benarlah kata orang,alam bekerja kena kuat.Aku cuba untuk kuat!
Balik kepada topik pekerjaan aku,proposal akan ku serahkan hujung minggu ini,harap-harap ada yang diterima.Insyallah.Sama juga seperti penulis skrip yang lain,teruskan menulis,aku mendoakan kejayaan kalian semua,harap di samping berkarya jangan lupa selitkan sepatah dua nasihat yang berguna.Bukan hanya untuk audien tetapi bangsa kita.
Harapkan semua fokus kepada kerja masing-masing,tidak lama lagi tahun 2009 akan menjelma,segerakan matlamat yang lama,agar hidup semakin sempurna,kita pun semakin dewasa,Insyallah di harapkan semua menerima Rahmat dariNya.
Selepas semua selesai akan aku berkongsi mengenai semua proposal yang aku hantar nanti.Insyallah!
Merci.
No comments:
Post a Comment