Saya tidak sihat. Kenapa?
Entah,tapi bau di dalam train KTM buat saya pening dan loya impaknya saya demam... Saya risau ketika ke toilet saya rasa hampir pitam dan mahu tumpang (pengsan). Tapi saya cuba gagah melawan kerana di sini saya berseorangan. Jika saya pengsan,siapa mahu mengangkat saya?
Saya turun ke cafe dan membeli asam agar pening saya kurang. Saya juga cuba menjamah koew teoy goreng yang saya beli namun hanya dua suap kerana saya tidak lalu.
Pelik,tapi sekarang pening masih berlegar-legar sambil terpaksa berfikir telefon Samsung. Saya tidak tahu kenapa Samsung mahu mengiklankan semua telefonnya di dalam radio. Hampir satu persatu...
Adakah orang akan membelinya? Otak saya tak dapat fikir kerana iklan ini masih belum siap.
Saya masih pening dan ketar.
Saya berharap agar saya tidak apa-apa waktu balik nanti.
No comments:
Post a Comment