Meh Click Bebanyak ;)

Tuesday, July 21, 2009

bables

alkisahnya di dalam sebuah kereta api bergerak memanglag bergerak kalo tak bergerak macam mana nak meneruskan perjalannya yer tak? Ini ade seorang gadis genit yang bukan sahaja rendah tetapi tubuhnya seperti doraemon berjalan. Ini kali pertama beliau aka gadis genit menaiki keretapi bergerak itu tadi,hatinya bukan sahaja berbunga riang malahan berbagai bunga lagi yang keluar termasuk bunga tahi ayam.

Akibat terlampau seronok beliau beratur hampir 20 minit sebelum keretaapi bergerak walhal orang lain yang ada bak kate org putih buat do no je. Dengan penuh ke excittednessnya dia pun masuk ke dalam keretapi bile dah datang..Pretttttt...pretttttttttt...bukan bunyi kete api tapi bunyi perut gadis genit tu maybe kerana lapo kot...Yerla,nak gerak awal..tak sempat bekfes..

Dalam kete api..kejakunannya bertambah terserlah apabila memandang kiri dan kanan setiap inci tubuh keretapi tadi..Tetiba terpandang 3 signal iaitu tak leh makan...dia pun cepat cepat simpan bekal dalam beg galasnya aka beg laptop gak ar..canggih ada laptop pulak...Signal kedua,tak leh bawak binatang..nasib tak bawak tikus kate kecilnya dalam hati....signal ketiga ialah bagi perempuan mengandung atau budak kecil duk atas riba...Di carinya budak kecik dengan ekor matanya yerla nak ajak duk atas riba tapi takdak...Dia pun cari pompuan mengandung.Tut tut seblahnya saja..dengan penuh sopan..

Beliau : Kak,meh duduk sini meh.Akak tu mengandung. Sambil tunjuk perut kakak tu..

Kakak: Ish takperlah dik..akak dah biasa ni.

Beliau: Saya tak mo tak ikut peraturan kak..

Kakak tu malas nak layan pun duduk.

Kakak: Terima kasihlah...

Tetibe kakak tu bagi penumbuk.

Beliau jatuh terduduk tanpa melawan..yerlah dia kan kecik..

Kakak: Cakap bebaik sikit lain kali..aku tak mengandung ekk..Ko nak kate perut aku buncit ek??

Beliau terus diam tak terkata dan bersumpah di dalam hati bahawasenya tak mo naik keretapi tu lagi..Bukan sahaja lambat signal pun salah...


P/S: Rekaan semata-mata tiada kene mengena dengan sesape..Ha..jangan memandai nak kate gadis genit tu aku...Bagi kang nak?

2 comments:

azraaiazri said...

I will calll uuuuuuuuu!!!!To hear more black comedy..husssiiihhhhhh

MyLifeJournal said...

oit...pls...malay comedy ok...this is for realllllllllll...hahahaha