KAU SEGALANYA PADA KAMI
Sebuah keluarga yang amat bahagia pada awalnya kini bertukar menjadi sebuah keluarga yang masing-masing membuat haluannya masing-masing. Si ibu yang mementingkan kehidupan sebagai seorang wanita yang bekerjaya tetapi tidak pernah melupakan tentang kebajikan anak-anak. Seorang yang bergelar ibu kapada empat orang anak yang makin membesar makin jarang ditemui. Rindu anak-anak terhadapnya makin menebal bila anak bongsunya sering bertanya kemana perginya ibu tersayang di hujung minggu. Selalunya insan yang bergelar ibu akan menghabiskan masa hujung minggunya bersama anak tersayang,tetapi masa nya banyak dihabiskan bersama ayahnya.
Lelaki yang selalu disisi , tak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya tak pernah leka dengan tugasan. Malah sesaat masa yang ada akan di habiskan bersama anak-anak. Tak pernah kenal erti penat untuk menjalankan tugas sebagai seorang ketua keluarga dan ayah. Tugas seperti memasak,mengajar,membeli keperluan anak-anak dan segalanya tentang rumah dilakukan oleh ayah. Tak lupa untuk menghiburkan anak-anak dikala si ibu tak tahu mana perginya. Perkataan “penat” tak pernah keluar dari mulutnya. Mulia sungguh sifatnya itu. Lelaki yang tinggalkan kehidupan luarnya,lelaki yang tak jemu melayan kerenah anaknya,lelaki yang setia menunggu kepulangan isteri tercintanya setiap malam dan lelaki. Ya allah sesungguhnya engkau dalam sejuta.
Anak-anak yang dahagakan kasih sayang seorang ibu,rindukan masakan daripada air tangan ibunya sentiasa menantikan ibunya. Suara merdu ibu mendodoikan anaknya,suara ibu yang lunak ketika marah dikala anak-anak membuat sepah dirumah,suara ibu yang membawa anak-anaknya berjalan dihujung minggu. Rindu. Sangat rindu. Si adik yang bongsu sering bertanya kepada abang dan kakak nya mana perginya ibunya. Tak tahu apa yang hendak dijelaskan kepada si adik bila diajukan soalan seperti itu. Juga lidah menjadi kelu pabila ayah bertanyakan soalan yang sama seperti adik. Tapi seperti biasa ayah tak pernah menghampakan anak-anaknya. Anaknya seperti kawan baiknya. dibawa berjalan dihujung minggu,memancing sebagai mengisi masa lapang. Semua yang dilakukan hanya bersama anak-anak. Ketika anak mengerang kesakitan, perkataan “ayah” yang keluar dari mulut si anak. Bukan itu saja tugas ayah, keluar ke kedai untuk membeli keperluan anak perempuan ketika anak perempuannya datang bulan juga di lakukan oleh ayah. Anak yang terlantar di hospital dibawakan makanan di waktu tengah malam takut si anak kelaparan sementara menunggu pagi. Sayu bila melihat keadaan ayah yang menjalankan tanggungjawab ibu dan ayah kepada anak-anaknya dalam satu masa.
Ayah juga sentiasa setiasa menunggu isteri tercintanya pulang dari kerja. Tak kira lah walaupun jam dah menunjukkan hampir tengah malam, dia masih disitu, di atas kerusi menunggu isterinya. Awal pagi esok masih ada tanggungjawab harus dilakukan. Lega rasa dihati ayah bila melihat isteri tercinta pulang ke rumah. Bila ditanya kemanakah pergi isteri tercintanya pergi hingga pulang lewat malam, takda jawapan yang diberikan oleh isterinya. Tak cukup sekadar menunggu kepulangan isteri tercinta malah menjadi peneman ketika isteri menjamu selera. Ketika hari lahir isterinya menjelma, ayah lah yang menjadi orang yang paling sibuk memikirkan apa hadiah yang hendak diberikan, apakah hidangan yang hendak dimasak untuk isterinya,dan ayah juga sanggup bersengkang mata untuk menjadi orang yang pertama mengucapkan selamat ulang tahun kepada wanita yang menjadi permaisuri hatinya.
Mana hendak dicari seorang lelaki yang sempurna sifatnya,sempurna sikapnya sebagai ketua keluarga, sempurna dimata anak-anaknya,sempurna dari zahir dan batin. Apalah yang ada dalam hati ayah ketika isteri tercinta tiada disisinya untuk menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak. Apalah yang akan ayah buat bila hatinya sedih ketika anak-anak bertanyakan ibu mereka. Bagaimana agaknya ayah memikul tanggungjawab itu seorang diri. Bagaimanalah agaknya nasib anak-anak terutama si adik sekiranya ayah pergi meninggalkan mereka. Manalah perginya ayah sekiranya sesuatu terjadi kepada keluarga yang amat disaynginya. Ayah begitu tabah untuk semua itu. Tak pernah lupa tanggungjawab kepada anak-anak walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan begitu juga lah tanggungjawabnya kepada allah s.w.t. Kata ayah anak-anak adalah anugerah oleh allah yang tak terhingga nilainya dibandingkan apa yang dia ada didunia ini. Demi anak-anak nyawa akan dipertarungkan.
Ayah adalah ayah terbaik didunia ini. Seorang lelaki yang amat sempurna. Seorang lelaki yang mementingkan keluarga dari dirinya sendiri. Seorang suami yang amat mencintai isterinya. Tiada silapnya dia dimata anak-anak. SEMPURNA.
Ayah,ayah tetap akan menjadi raja dihati anak-anak ayah. Walau apa pun yang terjadi kepada ayah, along,angah,achik,adik tetap ada dekat ayah. Akan sentiasa sayang ayah selamanya. Kasih sayang anak-anak ayah pada ayah takkan putus. Kami sayang ayah. Ayah lah segalanya bagi kami. Kita harung semua ini bersama. Sayang pada mama juga tak pernah hilang. Kerana tanpa kalian kami takkan lahir untuk melihat dunia yang cantik ini.
No comments:
Post a Comment