Meh Click Bebanyak ;)

Thursday, September 8, 2011

Chendana atau Cendana?

Assalamualaikum.
Hi, sebenarnya tak berapa nak mood sangat tulis blog ini tatapi disebabkan bosan dan sedang mencari ilham yang lebih canggih untuk menyiapkan skrip drama Cendana. Eh,korang ada yang tak tahu lagi ke? Ouh maklumlah saya ni seorang yang low profile..ehem ehem kononnya lah... Ala sebab tak glamour sebab tu lah korang tak kenal.

Biasalah orang belakang tadbir memang tak dikenali sebab kalau nak duk depan tadbir dah lama aku jadi pelakon. *sedapkanhatisendirikataorang. Okay back to the topik. Cari ilham nak alter skrip. Proses menjadi penulis skrip semuanya susah tau. Tak percaya? Percayalah wey. Start dengan penulisan proposal tu belum lagi kalau cerita kita ditolak ke kanan ke kiri duk cari slot nak sumbat mana. Tu kalau bernasib baiklah,kalau bernasib lebih 'baik' alamatnya skrip tu terus dicampakkan ke dalam lubang taik. Amik kau mase tu baru kau boleh gelar diri kau penulis terkenal. Ecece sedih lah tuh...

Lepas buat proposal kena tunggu berbulan-bulan kalau korang fofular kejap je le pastu mulalah pitching dan kemudian harinya start menulis skrip kome. Itulah serba sedikit asas kepada bidang penulisan skrip. Ouh ya,ramai yang bertanya aku ni amik sastera ke masa belajar. Ouh tidak kerana daripada isi pembacaan blog ini pun korang tentu sudah dapat menangkap bagaimana aku dan bahasa meskipun ceh meskipun mendapat A1 dalam BM. Aku sebenarnya tulis ikut style aku dan banyaknya drama,tele dan filem berunsur komersial tanpa puitis tapi favorite aku sejak menulis drama ini adalah melihat drama RTM yang bahasanya sungguh cantik dan penceritaan yang cukup hebat. Kelas kau Jah bagi penulis skrip yang berjaya memasukkan cerita mereka ke dalam TV1 mahupun TV2. Susah tau nak lepas masuk RTM,kalau berjaya tu kira hebat ar... Eh,aku ada gak terlepas dua series ke sane... Bayaran tak payah cakap,best woooo..

Walauapapun aku bersyukur di atas rezeki yang diberikan tak kisah lah TV mana pun janji aku bangga melihat hasil tulisan sendiri meskipun kadang-kadang macam ayam berak kapur entah apa-apa lain yang aku tulis lain yang keluornya haa. Sabo je lah.

Memang senanglah korang yang tak kerja belakang tadbir ni duk mengutuk bagai kan tapi yang hazabnya orang belakang. Walauapapun kritikan yang membina memang leeee kami galakan. Baru lah jadi cemerlang kan.

Okay berbalik pada Cendana,ianya terhasil berdasarkan pokok Cendana. Pokok Cendana ni harum tak terkata. Orang kata bagai harumnya Syurga. Entah aku tak berani komen sebab tak tahu. Cendana ini akan diterbitkan  oleh AMC,ala syarikat yang keluarkan Nora Elena,Jelatang,Natasya dan banyak lagi lah drama yang hebat-hebat.

Cendana ini akan diarahkan oleh Liza Ismail seorang pengarah wanita yang tersohor. Tersohor tu glamer lah ek. Okay, cerita ni pasal hubungan anak beranak. Korang tengoklah,ada cinta,keluarga dan persahabatan. Aku tak tahu kenapa lately ni drama aku judulnya nama orang. Lepas ni Tiara pulak. Tapi masih dalam proses penulisan.

TX datenya Cendana tak silap aku bulan November atau Disember di Astro Prima. Jangan lupa ajak Pak Mat,Cik Jah, Pak Soos,Mak Minah dan semua keluarga kampung tunggu depan TV dan tengok leee... Harap-harap drama kali ni tetap menjadi ratingnya. Amin.

Okaylah Cik Jah sekeluarga,Cik Ain nak terus menulis sambil menunggu Mr V di pejabat ni siapkan translationnya dan Cik Ain leh translate jadi BM pulok. Maklumlah skrip iklan tengah takde,nasib baik skrip drama Alhamdulilah sentiasa ada. Syukur menadah tangan kita semua kay...

Selamat berjuang kengkawan.

No comments: