Kawan-kawan,
Jangan jadi seperti burung merak yang sombong dan bercakap besar ya. Ala-ala gaya storry telling zaman kanak-kanak dulu.
Okaylah bukan nak sangat bercerita pasal merak tetapi nak cerita benda lama yang terperuk ni. Kejadian berlaku dalam bulan Syawal ala-ala seminggu selepas raya lah tapinya baru nak update. Memang fail jadi reporter.
Kami ni semua memang duk KL bertahun-tahun lamanya sebab tu sebelum melawat negara atau negeri orang lain baik kita selidiki tempat menarik yang ada kat KL ni dulu. Dah memang paksa Mickey suh bawa pergi KL Bird Park tapinya takdak masa yang terluang. Maklumlah bulan puasa duk buat duit dan bulan Syawal dia balun rehat sebulan sekarang baru dia start meniaga balik. Baiklah..
Kami pergi dua buah kereta. Best wooo...ramai-ramai especially budak-budak. Sebenarnya bawak budak-budak nak cover ececec. Walhal diri sendiri yang jakun sangat-sangat ha. hehehhe..
Harga tiket untuk dewasa ialah RM48.00 manakala budak-budak RM38.00 ha tu kalau takdak MyKad tapi kalau ada MyKad harganya murah woii... hanya RM20.00 untuk dewasa dan hanya sepuluh hengget untuk bebudak.
Kami pun masuk dengan jakun. Bayangkan itu adalah taman burung yang terbesar dalam dunia. Percayalah. Memang tak larat jalan korang oi. Ayril mengada okay, mula-mula penakut sebab burung dalam taman tu dilepaskan jadinya mereka terbang bebas berkeliaran. Serius memang takut lah ada yang kejar ada yang diam. Part kejar tu aku pun lari... Geli pun ada sebab burung sangat banyak.
Memang luas tapi dinasihatkan agar membawa bekal makanan sendiri macam kami kerana kami membawa nugger,burger dan sandwich yang dibuat dari rumah. Terima kasih Kakak. Jadinya jimat,kalau korang tak kisah nak beli makanan dan air dalam tu yang mahal sekali ganda, it's up to you bak kata omputih.
Kalau agak-agak budak kecik menangis ketakutan hujung sikit ada playground untuk hilangkan ketakutan macam si Ayril tu. Lepas nampak tempat tu terus serongeh memanjang. Dalam tu ada juga muzium yang bercerita dan tunjuk serba sedikit burung-burung yang telah diawet.
Memang bagus cuba kami tak sempat jalan habis sebabnya hujan. Kami amik masa dua jam pun belum habis-habis. Mana taknya kalau duk tekan punat kamera setiap kali berhenti. Dalam tu ada tasik,air pancut seolah-olah air terjun. Kami puas bergambar sakan lah.. Sangat cantik. Korang bawak lah anak-anak ke KL Bird Park. Mesti teruja macam kami. check here for more details. meh datang sini meh.
Ini semua adalah burung yeeee. Pandai dorang sengap je macam masuk broadway class je ha.. Hebat kan? Jakun tau...
Abaikan gambar depa ni cuma nak tunjuk cantiknya pemandangan di sini. Kalau siapa nak kahwin boleh je ambik gambar kahwin kat sini daripada semak-semak ke lalang-lalang tu. Opss.
Ni gaya takut dalam berani. Bila kita pegang je makanan dia semua burung yang ada berterbangan macam setahun tak cukup makan. Tapi burung-burung ni tak patuk atau gigit je cengkam-cengkam manja je...auwww.
Kami nak tangkat gambar dengan semua burung-burung yang ada tetapi memandangkan seorang sepuluh hengget kena bayo kami lupakan niat kami dan tangkap di luar je. Takperlah...nampak jugak burung-burung kat belakang tu kan? *Nak sedapkan hati sendiri.
Ni masa Ayril buat perangai. Kami macam servis bertukar tangan. Sorang tak larat, sorang dukung. Nasib bila kita cakap "Ayril, Kak Ain tired lah.," "Okay,Ayril go to Kak Shiera"....
Okaylah itu je gambo yang mampu dimasukkan sebab malas. Maklumlah bila pakai Galaxy Tab I panggil GT je..tetiba terus I...hahaha...agak malas nak download daripada situ sebab so lembab. Jadinya ini jerlah untuk tatapan sape yang nak tatap.
Sekian.






No comments:
Post a Comment