Meh Click Bebanyak ;)

Friday, November 25, 2011

Allah Selamatkan Kamu

Salam Jumaat,segala penghulu hari.

Well...well...well...(Gaya org keparat/karporat bercakap). Ni entry yang basi dan busuk dan berkulat. Tapi disebabkan nak bercerita gak...so korang yang nak baca,baca jer laaah ek. Yang tak mau? Pandai-pandai laaah ek...

Nak cerita pasal surprise party  Mickey Sharum. Kalau besday dia yang lepas kitaorang spend lah masa sehari mintak cuti and celebrate the whole day tengok wayang,lunch sesama  dan time dinner dengan family kami. Tapi tidak tahun ni sebab aku sengaja taknak cuti ecece nak cover kerja berlambak kat office tak terkira. Okay serious,aku banyak kerja so cuti cutan tak dapek laaah this year.

Tapi memandangkan aku sendiri nak planned nak buat surprise sikit kat dia. So nya bermula hari membeli segala accesories tuk party tu.. Hari tu hari Jumaat yang mana kelas takde so lepas balik rumah aku terus le ke Taipan konon-kononnya nak ke bank. Yang dia asyik called sebab tanya kat mana-mana sebab dah janji nak makan sesama. Lepas tu aku ni pandai sangat boleh letak dalam kereta tak sorok. Malangnya tidak berbau dia nampak segala cap bagai dan tanya buat apa... Aku terpaksa berlakon dengan muka sedih..."ala,dah nampak daaah,tak jadi nak buat seeerpeerise ', Yang kelakar dia leh bantai sedih jugak sebab takde surprise. Hahahahahah.

So two weeks before the party aku dah planned dengan sepupu sepupit kami untuk turut serta dalam drama ni... Nasib baik lepas Raya Haji G-ah nak teman aku pergi Sunway Pyramid teman gi beli hadiah. Tu pun setelah aku umpan dengan Chatime. Ceeeh bertuah nya adik...

Sempatlaaah aku g beli hadiah. Tara... Then kad yang beso by request tak dapat lagi maklumlah beli dalam keadaan tergesa-gesa,serius tak best. Takpa takpa. Dapat beli hadiah terus dengan bijak takmo terkantoi kali kedua ke dalam kereta WVU kesayangan adik aku... Ecece.. kesayangan menda tu je satu-satunya kereta yang dia ade..

Dah lega hadiah dah ada. Memikirkan tak dapek nak lunch sesame so tengahlaaah fikir macam mana nak cover the day yang tak dapek lunch tu so terfikirlaaah kata kat dia jom kita pre lunch sesama tapi waktu tu kiranya makan malam. Bijak tak aku?hehehehe... Maklumlah besday sekali setahun,so kite kenalah ingat setiap tahun bila kita meningkat umur yer dak?

So,alih-alih ajak ke Subang Parade to pre birthday celebration. Dia pulak memang dah lama mengidam meatballs Dave Deli,so lepas aku order fish and chips aku alih-alih rupanya meatballs dah takde. Ouh ya,kepada yang tak tahu Dave Deli yang kecik dah jadi beso...Dia betul-betul sebelah Levi's dan Coffee Bean. Yang atas kecik dah ganti dengan Starbucks. So,nak tak nak makan gak kat situ.... Cian dddiaaaa..kempunan nak makan meatballs....Alih-alih makan jeee laaaah Chicken Grillled.. Sodap jugaaak!




Kat pintu masuk ada chalk painting tunjuk owner dia.

Jadi esoknyaaaa...iaitu bersamaan malam sebelum birthday dia yang best aku terpaksa berlakon kerja kat opis berlambak walhal 6:30 petang aku dah cabut pi Subang Parade cari kad beso punyaaaa... Lepas beli terus ke Haji Samurai...Samuri laaaah...beli satay sebab kawan-kawan dia Capit and Angah datang rumah. Lagipun sebenarnya kami memang planned nak makan satay that night.

Malang gila satay pulak tertinggal lagi RM15 cucuk,omaigod servis Restoran Haji Samuri kat Taipan worst okaay. Dulu okay je kot. Lepas makan satay,aku mengantuk masuk bilik ZZZZZ... lepas dia ZZZZ...aku,G-ah and Along terfikir cari kek sebab omaigod kek takdak u olasss... Pe benda kek takde nak celebrtae besday kan? Tapi kat umah tu selain kek coklat pisang SC memang kami layan handmade cake je... Berlagak tak? Gila kelakar aku dengan baju tidonya g cari kek kat Starbucks tapi semuanya unsurkan cheese alamak Mr Chocolate mana makan semua ni. Aduyaaai,lepas tu terpaksa laaah ke Coffee Bean cari kek. Lega,beli satu slice untuk dia dan yang lebih tuk dua orang tu yang lebih-lebih. Hahahahaha.

Masa dia tidur kami kejut dia dengan bunyi-bunyian yang tak sepatutnya dan tara....kek coklat yang dia kata tak sedap dan kad besar dan hadiah bessssssstr...Ceeeeh sebab aku beli jadi aku puji laaah... The end.

On the day itself... Disebabkan semua orang kerja termasuk aku jadi aku ajak pergi breakfast kat Village Park nasi lemak terbaik kat UpTown. Orang kata Mak Neolofa punya tapi aku tak sure. Nasi lemak dia sebenarnya biase je tapi sambal dia pada aku memang sedap laaah....


Muka tak mandi.Eeeeee...Jadinyaaa aku pun bekerja laaah macam biasa dan dah janji nak dinner sesama.

Bermulalah malam yang dinanti-nantikan. Dia tanya malam karang nak dinner kat mana,aku buat-buat masih terfikir tempat and cakap tengoklah malam nanti. Walhal aku dah booked seminggu awal kat The Italiannies Sunway Pyramid. Siap menu pun dah fikir..

Seawal 6:30pm cousin-cousin yang bertanggungjawab dah ada untuk decorate tempat yang dorang bagi. So dorang tiup belon semua. Aku pulak duk contact adik Iera suh datang jugak and ada beberapa orang kawan baik dia yang tak dapat datang dan tak bagi feedback sebab aku yang pandai ni takde phone number dorang so nya aku FB je alih-alih dorang bukak lepas harinya. So? Salah siapa? Mek laaaah...

Sampai di Italiannies almost 8pm,aku berbbm dengan G-ah tanya semua dah ready ke dia siap tanya masuk kot pintu mana pulaaaak takkan semua aku nak balas. Dalam hati pandai-pandai korang laaah. So nya otw ke Italiannies dia siap tanya kenapa tak ajak G-ah aku pun terpaksa mengcontrol keadaan cakap G-ah dah makan kot blablabla ape temberang aku ntah...

Melangkah masuk je aku bagi nama dan waiter tu tunjuk kat meja panjang. Mickey dah pelik maybe salah meja kot dia kate sebab kami berdua yang dia bagi meja panjang kebabaom... Lepas kami jalan jeeeee... terus ada suara-suara sumbang nyanyi lagi Happy Besday versi dorang... Ouhhhh sungguh terharu...surprise kami menjadi....

Tulang belakang.Yang mengena...
Birthday girl Yang terkena



Kami!

Carbonara Fettucini

Akhirnya Spaghetti Meatballs

Roasted Chicken daaan ade laaagi tak ambik gambo.

Kami laaagi!

Ketua kapalak dan yang terkena

Kami!!!



Akhirnyaaaa selesai majlis itu dengan jayanyaaa. Terima kasih kepada semua yang menjayakaaannya.. Hehehe.... So akhirnya setelah seminggu kek besday keluar daripada oven...Heheeheh... Inilaaah diaaa...

Taaaaaraaaaaaaaa.... Sedaaaap...Masuk bakul angkat sendiri... Kau boleh?

No comments: