Alhamdulilah. Ceh bukan sengaja nak entry ala-ala ustazah tapi memang suka ingatkan diri aku sendiri supaya sentiasa cakap alhamdulilah tanda kita ni taklah lupa pada Tuan Punya segala-galanya.
Okay,semalam entry aku macam agak meroyan kan? Yalah aku pun manusia biasa. Tipulah tak pernah marah, sakit hati, sedih, frust semua bagai. Tambah-tambah minah emosi mcm aku ni of chooos semua rase semedang aku rase.
Harini alhamdulilah tamat jugak tunggu pukul enam tu. Memang, bila hati kita marah emosi pulak menjadi-jadi dek bisikan syaitan tu lagilah membentak-bentak ye dak? Tapi aku try bersabar. Sebab saje test try power kesabaran aku tu. Ouh tidak memang indah. Grrrrr. Mcm belon nak pecah. Udahlah aku ni udah mcm belon, ditambah pulak dengan perasaan, makin jadi-jadi.
Tapi, aku rase sebab kesabaran aku yg tak seberapa tu, Dia bagi nikmat yg besar. Aku kini diikat. Errrr....maksud kau kena lamar? Eh bukan lamar cintan cintun kahwin tu. Tapi lamaran sebuah syarikat penerbitan dan akhirnya setelah berbincang dua mata melalui ehem ehem my pembantu, ehem ehem akhirnya I've been taken.
So lepas ni Cik Ain tidak boleh menulis untuk mana-mana pihak yg lain, kecuali commercial lah kan. Dah memang teman kerja di sini. Takda kata yang mampu diucapkan selain Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah. Before that meh nikmati burger nandos nie dulu.
Saat marah memang boleh leee aku habis kan satu pinggang licin tau... Zasssss.
Burp, alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment