Meh Click Bebanyak ;)

Thursday, March 1, 2012

Cake, kek dan segala kek.

Haiiiii!!! Assalamualaikum.
Sorry lama tak update. Bukan sengaja tak nak update, tapi sangat busy dengan kerja di pejabat mahupun di rumah. Eh, di pejabat taklah banyak sangat kerjanya tapi viral marketing tak boleh bukak dah. Kena menghadap skrip je. ;p

Kat rumah busy dengan DVD, two new projects, InsyaAllah dan juga mengacau orang membakar-bakar. Bakar ape? Hehehe. Nak dijadikan cerita, mula-mula buat kek ni for fun memandangkan I'm a sweet tooth so makan benda-benda manis ni my favourite le.

One day, try buat kat ofis memandangkan kalau beli a slice it will cost me more than RM11 tau. So, kami bukak Martha Stewart punya resepi dan tiru sebijik-bijik. Misi kedua cari kedai kek yang jual bahan-bahan buat kedai kek. Ouh... Mr S memang rajin bab-bab buat kek ni ha.

So terhasillah Red Velvet (RV) dan Rainbow Cake yang mahal kebabom. Bila bawak ofis ramai yang cakap sedap, bagi Auntie Awin pun cakap sedap then ada orang start order dah bermula dengan Rainbow Cake. Okay...ini satu permulaan yang bagus. Akhirnya dalam minggu tu ramai gila yang order. Alhamdulilah.

See...my officemate and friends sangat supportive. Sudah semestinya kami yang mata duitan ni terus kaching kaching boleh buat part time laaaaahhhh... Before jual ni kami dah test rase kek kami kat Alexis, Hummingbird...dan rasa boleh dikatakan hampir sama. Okay, bukan angkat bakul..tapi ini serious. Syabas Mr S! Dia memang pandai memasak... Usaha dia sanggup tak tidur dan google resepi mix and match and improvised mana yang boleh sesuai dengan culture dan sometimes bahan-bahan tak berape nak ade kan.

Cakap panjang tak guna. Meh saksikan....gambar-gambar yang ditangkap atas order beberapa pihak. Thanks sangat-sangat pade kengkawan yang supportive. Sayang laaah korang.




Yang gambar di atas ialah Rainbow Cake atau dalam bahasa ibunda ku ialah Kek Pelangi. Ada tujuh tingkat pelbagai warna. Butter cake with butter cream. Ade besor ade kecik. Erk...alang-alang menyeluk pekasam meh aku terangkan harganya ek.... Buttter cream ni kalau nak salut tepi bagitau, kalau taknak pun bagitau. Sebab ade setengah orang suka cream banyak, ada yang tak suka cream bebanyak. So terpulang.

Harganya: Ermmm... segan pulak...Erk...

 Small/Kecik -1.6 kg = RM60 (8inch)
Medium/Sederhana = RM85 (9inch)

Okay.... tu Kek Pelangi kasih... Ehem... kek kedua mari kita saksikan... ehem-ehem. 




Ha...ni namanya Si Baldu Merah version Ain, hahahahha. Kek Red Velvet. Sama jugak butter cake with butter cream or cheese cream or mascarpone. Tapi so far ramai yang suka dengan butter cream sebab kawan-kawan I...ecece tetibe...kawan-kawan aku tak suka manis sangat so butter cream adalah yang paling sesuai.

Ehem... Harganya? Erk...ermm...

1kg = RM50
1.5kg = RM75

Disebabkan tak expert dan belum mengikuti class secara official lagi...Design adalah ikut suka dan kami... Tapi nak tulis-tulis bolehlaaah skit-sikit...Heheheeh. Memang takkan dapat lagi murah laah daripada ni. 

Mr S kata dia buat delivery jugak. Kalau area Delivery Charge, PJ, Subang Jaya, KJ = FREE. dengor tu....Freee.....Tapi meeting point dekat Empire Gallery lah kalau bolehhhh.... Tapi kalau dekat Shah Alam, Damansara, Klang= RM10 (extra). Kalau kat area yang jauh-jauh sangat macam KL, Kajang, Bangi, Putrajaya, Selayang =RM20.

Cara nak order? At least 3 to 4 days prior to the day you want it to be delivered. Just SMS or EMAIL only. Because we only take orders via text sms or email only.

Do email us for any question or order at lovethebite@gmail.com. Nanti kami bagitau cara-cara yang lain. Yang kenal personally..pepaham laaaah ek. Heheheheeh. Yang tengah belajar sekarang? Nak tgk jugak???


Okay...cupcakes. Semua benda nak buat. Tapi selagi masih kuat dan bernyawa. Kita cuba okay... 
Harap korang semua happy walaupun aku beberapa minggu ni tak happy. Okay tu kita post hari lain.

Selamat meng order!

1 comment:

TravellogAku said...

sis,u tau kt mane jual kek rainbow ni?yg dh siap la...or yg jual slice2..coz i ni nak bt mmg x la..nk beli sebijik tu mcm x jgk kot..sbb teringin sekejap je..hehehehe