Meh Click Bebanyak ;)

Saturday, November 9, 2013

Berhenti

Berhenti menjawab.
Tetapi banyak bertanya di dalam hati.

Aku bukan pandai mana pun.
Tapi aku masih waras dalam mencapai impian.
Impian yang kadang-kadang aku tak pasti.
Tapi aku masih berjalan laju.
Cuma kadang-kadang aku berehat seketika dan cuba sambung berjalan.

Ada ketikanya aku rasa jalan ku betul.
Ada ketikanya aku rasakan jalan ku salah.
Kalaulah ada peta benar menunjukkan arah.
Semua manusia sudah pasti tak pernah tersilap langkah.

Apa persoalan, jawapan yang diberi.
Jangan berhenti.
Jangan berhenti selagi denyutan nadimu masih boleh dihitung jari.
Jangan berhenti berdoa.
Jangan berhenti kuatkan semangat.

Kerana hidup manusia itu akan terhenti jika azam hilang dari dalam diri.

XOX,
A

No comments: