Meh Click Bebanyak ;)

Thursday, October 8, 2015

Sekilas Khamis

Tiba-tiba terfikir dan teringat benda-benda lepas.
Contohnya beberapa orang penting yang membantu di mana aku sekarang.
Memanglah masih di sini...;)
Tapi tanpa mereka-mereka yang disebut di bawah, aku mungkin bukan di dalam bidang penulisan.

1. Pernah cuba-cuba menulis di Bright Network. Terima kasih Kak Raja bagi peluang walaupun tak sampai dua bulan.
2. Encik Farami eh dah jadi Dr Farami yang selalu puji skrip-skrip aku mase belajar. Siap dapat A+ lagi.
3. KZR boss programming di NTV7 dulu. Walaupun time internship dia bagi aku tulis beberapa episod program Asam Garam. Mase tu lah aku berkenalan dengan arwah Yasmin Ahmad. Mase tu lah aku bercita-cita jadi seperti dia. ;)
4. MIG. Bos dan isteri yang sudi meminta Kak Zarihah Hassan ajar aku dan team.
5. Abang Suby mase di Suria FM yang tak jemu-jemu jawab soalan aku yang tak pernah habis-habis. ;)
6. Soo May, Usamah, Vivian, Nurul dan Meksu yang tak jemu-jemu ajar aku. Bagi tips, percaya cara aku menulis. Especially MekSu yang tahu kekuatan aku, yang mengajar cara betul dalam berkreatif. Bahasa jiwa bangsa. Dia tak suka bahasa dirosakkan atas tiket kreatif. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi dan jasa baik mereka.

Ya Allah aku bersyukur dalam setiap langkahku, aku berjumpa dengan orang yang baik-baik.
Alhamdullillah ;).

Terima kasih sangat-sangat.
Aku percaya walauapapun yang kita lakukan semuanya harus ada minat, ilmu dan usaha.
Dan jangan pernah menyangka kita hebat.
Bak kata arwah Yasmin Ahmad, "Yang terror hanya Allah."

Jadi...
Kalau kerja di tempat bagus manapun, jangan sangka orang lain tak mampu bekerja di situ.

Rezeki yang Allah bagi, dia mampu tarik dalam sekali.
Beringatlah...

xoxo,
A

No comments: