Betul betul betul macam apa dialog terkenal kartun Upin Ipin.
Memang betul tiada orang lain yang dapat mengubah menukar fikiran kita selain diri kita sendiri.
Alhamdullillah semangat kini kembali untuk mengharungi hidup penuh rintangan ini.
InsyaAllah.
Apa yang aku buat?
Lepas balik bercuti sebenarnya badan aku sangat-sangat letih.
Yalah nama bercuti tapi bukan duduk diam-diam kan?
Aku menjelalah 3 negara iaitu Germany-Italy-Austria dan balik Germany.
Dalam masa 9 hari.
Itu yang badan letih sangat tu.
Balik office pulak kerja banyak gila-gila.
Mood gile swing sampai patah harapan terhadap thesis aku.
Jadi semalam aku tidur awal.
Bangun pagi, tengok sekeliling dan muhasabah diri.
Apa yang aku ada orang lain takde.
Apa yang aku patut hargai sedangkan orang lain meratapi.
Hidup kita mana ada yang sempurna.
Tapi kenikmatan hidup yang kita lalui berbeza dengan orang lain.
Itu yang aku patut syukuri.
Itulah kelemahan aku yang obvious.
Kalau letih, kacau bilau sangat-sangat.
Hahaha.
Jadi Alhamdullillah.
Ingat tiada siapa yang sempurna.
Gunakan kenikmatan hidup yang ada untuk bersyukur padanya.
Peringatan untuk diri sendiri.
Alhamdullillah.
Nah jamu mata before post holiday nanti. InsyaAllah.






