Meh Click Bebanyak ;)

Showing posts with label Telatah. Show all posts
Showing posts with label Telatah. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

Smartheart VS Holistic by Nature

Assalamualaikum.
Hello.

Hari ini hati berbunga riang sikit.
Sebab Wiwi dah mula makanan baru dia.
Lega.

Anyway,
Kitaorang decided to change her food sebab bulu dia gugur.
So google and tanya orang yang ada kucing.
Pi kedai petsmore bagai.
Kita ambik range holistic.
Which is second best.
First of course origin
which cost you the bomb.
In fact susah nak cari.

Dah seminggu jugaklah.
First day dia makan sebab lapar.
Then next-next day.
Langsung tak sentuh.
So kitaorang pi beli Smartheart (makanan lama dia)
then campur dengan Holistic tu.
Lama-lama dia makan.
So step by step kurangkan Smartheart nanti.
Alhamdullillah. Lega.

So macam mana weekend and life korang?
Harap semua berjalan lancar.
AAMIIN...

love,
A

Thursday, March 1, 2012

Blablabla

Okay,
Ni masa membebel dengan diri sendiri.
Baiklah.
Apa yang aku rasa tak berapa nak happy kebelakangan ini.
Ouh kerja yang stress.
Workload?

Come on...Kalau pasal workload memang aku tak pernah stress.
Bukan berlagak lah...Tapi just nak terangkan jadual kerja aku kat korang sikit.
Pagi aku kerja office hour iaitu from 9 to 6pm. Walaupun xde lah on time sangat. Tapi
Paling lewat pun 9:30 pagi lah.
Balik ofis, aku samaada pergi kelas, kalau time cuti, cuti lah, Tapi kalau tak cuti
kelas aku weekdays dan 3 kali seminggu.
6 petang sampai paling kurang 10:30 sampai rumah.
Gedebak gedebuk aku akan tidur jam 12pagi.
Pastu aku akan bangun untuk siapkan skrip aku around 4am macam tu. Kalau larat sampai pagi terus pergi kerja.
Kalau tak, sampai subuh then tido balik.
Tu lah jadual aku sempena nak berjaya dunia akhirat.,InsyaAllah.

Pastu jangan cakap aku pressure workload. Hello come on.

Malas nak membebel lebih-lebih karang ada yang duk spy mengadu. Biasalah hidup di donia yang serba pancaloba ni.
Ade je manusia yang suka menyibuk hal kita yang tak sibuk hal dia.
Pastu duk jadi batu api.
Baguslah.. Kalau kau jadi unggun api ade gak gunanya. Kalau batu api, satu sen pun tak berguna.
Tapi dah itu kerja kau kan?

Jadinya aku ni walaupun tak belajar yoga..try lah buat-buat cool.
Sebab banyak benda lagi aku nak fikir daripada masalah kecik celah gigi ni. Ecece.
Baik aku fikir macam mana nak cari duit lebih.
Macam mana nak beli rumah.
Dan blablabla.

Eh korang tengok Ariana Mikhail? Eh tiba-tiba.

So, siapa yang kata orang pressure tu sila cermin diri dulu okay.
Saya cool je. Orang buat baik kita buat baik,
Orang buat jahat kita balas secara baik.
Secara baik tu tak semestinya diam laaah.
Tapi bertindak mengikut undang-undang.
Tak suka?
Saya hidup bukan nak suruh orang suka saya.
Tapi yang penting masih ada kawan-kawan yang tak emosional dan rasional pun sudah cukup kan?

So...yang kaki penyibuk tu tak payah nak menyibuk sangat.
Tak payah nak stalk-stalk sangat aiiihhhhh....
Sampaikan ada manusia ni sangup stalk twitter aku dan print bagai. WTH?
Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Kan?
So, adik-adik yang tengah belajar tu tak sabar nak kerja ialah hargai masa belajar/sekolah anda. Tak payah fikir benda lain selain exam.

Bila dah kerja commitment tuhan je yang tahu. Belum dengan ragam manusia lagi.
Pilihan hidup samada nak jadi yang lain dengan jadi diri sendiri ataupun jadi orang sekeliling.
Itu pilihannya.

Tapi apa pun ni proses kehidupan whether you like it or not. I'm ready since beginning.
Ini kehidupan yang semua orang mahukan.
Ada duit sendiri dan boleh beli apa yang kita nak...
Dan juga ini hidup kita macam mana kita corakkan diri kita.

Dulu ada mak bapak sebagai guidance. Now, u play important roles in YOURSELF.
Salah langkah, sendiri susah. Jadi aku, kalau betul-betul ada masalah yang tak tertahan dek jiwa.
Aku cuba duduk diam,
fikir betul-betul jalannya end up tanya orang sekeliling,
mak bapak, kawan karib, adik beradik and end up ckp pada diri sendiri....
"Kalau lari daripada masalah, semua ini akan berulang balik dan nanti kita tak tahu pun cara nak selesaikannya".
Akhirnya aku sabar dan go with the flow. End up selalu Alhamdullilah.
Sebab? Allah suruh kita bersabar dan Dia suka hambanya menjadi penyabar.

Serious korang, aku tak tipu, Patience is Miracle. Sangat ajaib dan I believe in that.
So, apa pun yang terjadi tempuhlah dengan hati yang sabar. Walaupun tak sabar.
Jangan buat keputusan terburu-buru.

Harap korang semua okay dengan apa yang korang buat.
Buatlah benda yang berfaedah daripada kacau hidup orang lain.
Baik kau jadi mayat je.

Selamat beramal. ;p

Monday, November 21, 2011

Aummm Aummm Aummm

Go Tigers! Go Tigers!

Menang kalah adat pertandingan, tapi biarlah kalah bermaruah.

Wednesday, July 9, 2008

Kes tak nampak!

Bonjour,

Ni kisah yang tak habis-habis lagi dengan cerita "WANTED" hari itu. Aku dan rakan-rakan sebenarnya tak rancang pun pemergian kami ke untuk menonton wayang hari itu. Tetapi memandangkan dari hari Jumaat lagi tiket wayang "Wanted" memang habis jadi kami pun ingin mencapai impian itu agar tidak kempunan. Aku yang bosan dan lapar setelah mencuci kereta ku kemudian menerima pesanan ringkas ewah,SMS dari Diana. Jadi aku terus bersetuju.Aku akan pergi ke sana dengan Has kawan baru aku yang poyo. hehehe..

Itulah kali pertama aku ke Cineleisure, bukannya ada apa sangat pun. Kedai pun banyak yang dah tutup,tak best langsung. Aku biasa ke OU jer. Takperlah,tak cuba tak tahu. Jadi kami pun beratur membeli tiket almaklumlah semua pun tidak tahu membeli tiket secara online jadi kami redah ajerlah.Dalam pada beratur tu hati kami berdegup kencang seumpama nak amik exam besar kerana takut-takut jadual penerbangan kami eh silap tiket "wanted" habis. Jadi akhirnya apabila sampai giliran kami sehinggalah kami mencium bau tiket itu kami sangat teruja!

Aku lapar oleh sebab itu aku ajak Has dan Diana makan dulu. Jadi kerja lagi nak beratur di mcdonald yang ramai orang tu sehinggakan kami terpaksa "menapau" makanan supaya tidak lambat masuk,rugilah kan?

Ada lagi lima minit,Has makan "nuggetnya" diana dengan air milo dan aku makan fries dulu,aku siap-siap masukkan buger dalam beg aku yang besar dan berhasrat nak makan dalam wayang.
Has dengan kopi panasnya yang tidak abis-abis sebab kan dah kata tadi "kopi panas" jadi lambatlah. Lagi lima minit kami pun bergegas mencari escalator atau tangga bergerak. Has jalan dulu konon-konon macam tahu jalannya lah. So,aku dan diana mengikut dari belakang. Sedar-sedar Has telah sampai ke tangga bergerak yang hendak turun bukannya nak naik. Dia asyik duk pandang air kpinya yang panas tuh. Dia mula melangkah ke tangga bergerak itu, Aku terus menjerit "Has.." Has pun tersedar dari lamunannya. Jadi lamunannya pun terhenti seperti lagu "Aris Ariwattan",Has tersedar kemudian ketawa. Aku pun memulakan tugas aku dengan memanggilnya "Has lem". Bayangkan kalau dia naik tangga tu,mesti kopi yang panas tu tumpah ke atas mukanya yang tak berapa nak lawa tu dan terjadilah dia seperti wanita bertudung hitam atau selubung.

Ayo,Aku dengan Diana tak tertahan rasanya menanggung gelak ketawa ini kerana melihatkan telatah Has yang amat lucu.Has,Has,tapi okaylah dia pun memang pun walaupun sedikit kepoyoonnya jelas nyata. Takper nanti aku pakai breeze cuci dia bersih-bersih. Hihi..

Nak kata tak nampak empat mata.Entahlah,manusia ni sukar dijangka.Memang kes tak nampak ni ataupun ketagihan kopi!Has jangan marah kerana walaupun ia benar tapi hanyalah gurauan belaka.Ewah..Cak Pong Cak Pong!

Merci.