Bonjour,
Original concept for Syurga Cinta was "Sampai Syurga" which was actually about this Chinese who converted into Islam but because his own but just to turn this girl life into miserable. But Sampai Syurga was already be submitted to Astro Oasis and I still waiting good respond from that party.I turned it to be serial drama.
Sebuah filem yang mengisahkan seorang pemuda Cina bernama Alex Chew yang merupakan seorang ahli perniagaan yang mengusahakan syarikat milik keluarganya.Kehidupannya dipenuhi warna-warni kerana setiap perempuan yang diinginkan pastinya dapat dengan berbekalkan rupanya yang kacak serta kemewahan yang dimiliki.Alex mengamalkan kehidupan yang sangat sosial iaitu arak,judi dan perempuan bukanlah perkara luar biasa kepadanya.Rutin kehidupan itu menjadi pegangan hidupnya yang tidak dapat diubah lagi.
Hadirnya seorang wanita yang sangat cantik dan ayu iaitu Shuhada,seorang wanita Muslim yang begitu taat dan patuh kepada agama serta kelembutannya yang menjadi kegilaan kepada setiap mata yang lelaki yang memandangnya. Shuhada ialah kerani baru di pejabat Alex.Kehadirannya membuatkan pekerja-pekerja lelaki cuba untuk mendapatkannya namun gagal kerana sikapnya yang seperti jinak-jinak merpati,luhur,naif serta berpegang teguh kepada agama menyukarkan mereka apabila setiap pelawaan mereka pastinya ditolak dengan lembut. Alex juga mula menaruh perasaan pada Shuhada dan berada di antara pekerja-pekerja lain bagi mendapatkan Shuhada.Namun usahanya juga gagal,namun dia tidak berputus asa apabila bertaruh dengan rakan-rakannya di pejabat bagi mendapatkan Shuhada walaupun sehari.
Alex berusaha begitu keras dengan mencuba pelbagai helah bagi mendapatkan Shuhada dan dia bertambah merasa tercabar serta menaruh dendam kepada Shuhada kerana memalukan dia di hadapan rakan-rakannya apabila pelawaan makan malamnya ditolak Shuhada di hadapan pekerja-pekerja lain.Dia tidak pernah merasa tercabar seperti ini kerana sebelum ini semua perempuan yang ingin dimiliki pasti dapat.
Suatu hari dia mengekori Shuhada dan mengintipnya dan melihat Shuhada berada di sebuah kedai buku dan mengekori Shuhada perlahan-lahan dan melihat Shuhada membeli sebuah buku agama bertajuk “…………….”.Alex tiba-tiba berfikir bahawa mungkin buku ini dapat memikat Shuhada. Dia lantas membeli buku itu dan keesokkannya dia pura-pura bertanya dengan suara yang kuat pada salah seorang pekerjanya yang duduk bersebelahan apakah maksud satu ayat itu (dalam Islam) dan Shuhada yang melihat rakannya tidak tahu menjawab pertanyaan Alex terus dia menerangkan kepada Alex maksud sebenar ayat itu.Alex berlakon buat-buat muka kagum dan menyatakan kepada Shuhada untuk membimbingnya kepada Islam.
Dalam tempoh kononnya bagi mendalami agama Islam Alex pernah cuba mengambil kesempatan terhadap Shuhada dan dengan cara berhemah Shuhada menolaknya dan Alex yang ingin menutup malu pura-pura nyatakan bahawa dia tidak tahu dan ingin belajar Islam.Shuhada pula banyak bercerita kepada Alex cerita-cerita agama dan paling yang kerap diulang adalah
nkisah permulaan Nabi Muhamad s.a.w memeluk Islam datangnya Malaikat Jibrail dan Alex yang kononnya amat suka dengan nama Jibrail ingin menukar namanya kepada Jibrail apabila memeluk Islam dan Shuhada membacakan surah Iqra’ kepadanya.
nkisah permulaan Nabi Muhamad s.a.w memeluk Islam datangnya Malaikat Jibrail dan Alex yang kononnya amat suka dengan nama Jibrail ingin menukar namanya kepada Jibrail apabila memeluk Islam dan Shuhada membacakan surah Iqra’ kepadanya.
Shuhada mula jatuh cinta dengan sikap Alex yang ingin mendalami Islam.Dia percaya Alex lah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai suaminya.Alex pula-pula berpura menjadi alim dan kemudiannya menyatakan hasratnya ingin mengahwini Shuhada dan diterima baik oleh keluarga Shuhada.Semua rakan-rakan Alex serta ahli keluargnya menghalang tindakan Alex namun Alex tetap berkeras. Rakan-rakan Alex terkejut kerana tidak menyangka Alex akan bertindak sejauh itu demi mendapatkan Shuhada.Alex tetap dengan keputusannya dan akhirnya mereka berkahwin. Minggu pertama perkahwinan mereka adalah syurga bagi Shuhada apabila Alex terus membelikannya sebuah rumah dan melayannya bagaikan puteri. Alex pula mendesak Shuhada untuk berhenti kerja kerana dia mampu memberi nafkah kepada Shuhada.Shuhada akur dan taat pada perintah suaminya.Alex menukar namanya kepada Jibrail.
Hujan yang diharapkan hingga ke petang rupanya hanya sampai tengahari apabila masuk minggu kedua perkahwinan mereka Alex mula menunjukkan sikap sebenarnya. Sembahyang sudah ditinggalkan,arak menjadi minuman harian serta mula pulang rumah lewat dan dalam keadaan mabuk.Shuhada yang bertanya menerima herdikan dan makian namun dia tetap bersabar kerana dia percaya Alex runsing dengan kerjanya dan dia tetap berdoa kepada Allah agar Alex akan kembali berubah seperti biasa.
Zainal bukanlah orang yang menjernihkan keadaan rumahtangga Alex tetapi menambahkan kekeruhan yang sedia ada.Zainal sehinggakan pernah menyatakan hasrat untuk meniduri Shuhada pada satu majlis golongan elit yang bertukar-tukar pasangan walaupun pasangan suami isteri. Alex membenarkan tetapi Allah menyelamatkan Shuhada.
Dalam tempuh masalahnya bersama Alex,Shuhada kerap ke pejabat kadi secara sorok-sorok bagi mendapatkan nasihat perkahwinannya kerana dia takut untuk mendapatkan nasihat daripada orang tuanya.Seorang ahli agama di situ menasihati Shuhada agar bersabar dan memberi beberapa potong ayat dari Al-Quran yang boleh membuatkan suami lembut hati.Shuhada berusaha dan terus berusaha termasuk ketika Alex sedang tidur dibacakan ayat Al-Quran itu depan Alex serta sambil menagis tersedu-sedan.Kandungannya masuk lapan bulan namun Alex tetap tidak berubah malahan perangainya bertambah teruk dan Shuhada terpaksa menahan lapar kerana masalah kewangan dan Nabila yang disangkakan sahabat memujuknya untuk bekerja sebagai GRO kelas atasan,namun Shuhada yang amat taat kepada agama menolak dengan baik dan Nabila pula tidak pernah berputus asa memujuk.
Alex pula sebenarnya meneruskan rutin kehidupannya seperti biasa seperti iaitu arak,seks dan judi dan yang peliknya setiap kali dia memandang muka Shuhada dia merasakan dendam dan perasaan puas setelah mendapatkan Shuhada dan kadangkala dia yang dalam keadaan mabuk memaksa Shuhada melayan nafsu serakahnya.Shuhada pula sebagai seorang isteri mithali hanya menurut sehinggakan untuk keluar rumah pun tidak dibenarkan.
Ditakdirkan Allah Shuhada mengandung dan dia benar-benar berharap agar Alex berubah namun dugaan yang maha hebat diterimanya kerana perniagaan Alex mengalami masalah dan Alex mula memukul dan menendang Shuhada tanpa rasa belas kasihan dan kadangkala memaksanya untuk melayan kehendak Alex.Alex mula tidak memberi nafkah malahan barang-barang kemas Shuhada digadai dan apabila tidak diberikan Shuhada Alex mengugut ingin membakar Al-Quran yang membuatkan Shuhada merayu dan menangis kerana cintanya kepada Al-Quran adalah agung.
Alex pula mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Zainal yang walaupun beragama Islam namun tidak mengamalkan cara kehidupan seorang Muslim malahan dia yang berlebih-lebihan mengajar Alex membuat perkara terkutuk walaupun dia mengetahui bahawa Alex telah pun menganut Islam.
Pada satu hari,Alex pulang dalam keadaan mabuk dan ketika itu Shuhada sedang solat.Selesai solat dan di tangannya memegang tasbih dia turun ke bawah dan melihat Alex sedang bercumbu-cumbuan dengan temannya Nabila. Hancur luluh hatinya Allah sahaja yang tahu,dia merapati mereka dan memegang belakang Nabila dengan lembut dan berkata “pulanglah…”,mereka yang terkejut lantas memandang Shuhada dan kemudiannya Alex hanya ketawa dan kemudiannya berterus terang bahawa dia mengahwini Shuhada hanya kerana ingin menidurinya dan dendam kepada Shuhada.Shuhada hanya menangis dan Alex yang dalam keadaan kurang waras menendang perut Shuhada dan darah pekat mengalir tetapi Alex hanya ketawa dan naik ke tingkat atas rumah.Shuhada pula berusaha berjalan keluar rumah dan meminta pertolongan.Dia berjalan dalam keadaan yang amat sedih,lemah longlai dan dipenuhi berdarah namun mulutnya tetap membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan tasbih dipegang erat.
Alex yang terlantar di atas rumah kerana mabuk tiba-tiba terdengar satu bisikan yang amat syahdu,iaitu bacaan surah Iqra’ oleh Shuhada.Dia melihat Shuhada dalam keadaan penuh cahaya tersenyum kepadanya dan tiba-tiba Alex merasa kosong,sunyi dan timbul rasa keinsafan pada dirinya,tiba-tiba telefon berbunyi dan mengatakan bahawa Shuhada telah pun melahirkan seorang bayi perempuan.Alex terasa sesuatu,satu kehilangan yang dia sendiri tidak tahu apakah ia.Dia bergegas ke hospital dan jururawat memberikannya sekeping surat yang diberi oleh Shuhada.Alex terus membacanya dan Shuhada menulis surat yang amat syahdu bunyinya iaitu, Dia memohon maaf atas segala kesalahannya kerana tidak sempat untuk membimbing Alex dan dia mengharapkan Alex menjaga anak mereka baik-baik serta tasbih di dalam surat itu gunakanlah ia.Shuhada juga menulis agar Alex jangan melupakan Iqra’ dan Shuhada akan menunggunya di syurga.
Saat itu Alex meraung dan menangis sekuat hati namun penyesalan tiada ganti,kerana Shuhada telah pergi menemui Ilahi.Alex sangat menyesal dan terus memangku anaknya.
Intercut kepada Alex membaca surah Al-Iqra,anaknya pula sedang tidur di dalam buaian.
I hope can hear feedback from all readers.Thanks.
Merci!
2 comments:
Dik, sinopsis sampai syurga sy tak boleh baca sbb font kecik. Boleh tukar font?
Boleh kak..Sorry lambat reply..sibuk sket..
Post a Comment