Meh Click Bebanyak ;)

Thursday, May 7, 2009






Novel oleh Paolo Coelho, penulis Brazil ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem yang dibintangi oleh Sarah Michelle Gellar. Memang menarik. Ia menceritakan tentang seorang gadis bernama Veronika yang cuba membunuh diri... tapi tak mati... akhirnya dimasukkan ke wad gila.

Ini cerita tentang orang gila dalam wad gila. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis novel.

Paolo Coelho pernah dimasukkan ke wad gila sebanyak dua kali, sebelum menghasilkan buku-buku bestseller, antaranyaThe Alchemist.

Mesej dalam buku ini: Orang gila bukannya gila, cuma berbeza dengan majoriti. i.e Wilbur dan Oliver Wright juga dianggap gila ketika mencipta kapal terbang menggunakan besi, tetapi hari ini kita melihat kapal terbang sebagai normal. Suatu ketika dahulu, besi terbang dianggap idea gila!~

Ada satu cerita tentang seorang ahli sihir yang cuba mensabotaj sebuah negeri supaya dia boleh menjadi raja. Pada suatu hari, ahli sihir ini telah memasukkan cecair gila ke dalam perigi yang menjadi sumber minuman penduduk. Akibatnya, seluruh penduduk negeri itu menjadi gila.

Raja dan permasuri bernasib baik kerana mereka minum dari perigi khas dalam istana. Menyedari seluruh rakyatnya sudah menjadi gila, raja menitahkan kepada rakyatnya supaya jangan minum air 'perigi gila' itu.

Rakyat menuduh raja sudah gila kerana membuat titah yang bukan-bukan.

Menyedari raja sudah tidak mendapat sokongan rakyat, permaisuri mendapat idea: Kanda, apa kata kita minum air 'perigi gila' itu? Kalau kita jadi seperti mereka, sudah tentu mereka tidak tuduh kita gila dan kita boleh terus memerintah negeri ini.

Raja dan permaisuri pun minum air perigi itu dan menjadi gila seperti rakyatnya.

Rakyat pun gembira kerana raja mereka sudah waras.

No comments: