Meh Click Bebanyak ;)

Friday, May 1, 2009

PusAt PeMiKIrAN AKu OK

Otak mula memutarkan kata-kata bahawa hidup harus diteruskan walau apa pun yang terjadi. Terima kasih kepada jasad aku yang masih mampu mengatur langkah ke jalan yang betul. Tangan mula menaip beberapa patah perkataan. Tawaran daripada Didie Alias aku terima jadi aku terpaksa siapkan dua episod untuk siri Adam tak sempat untuk pergi jauh kerana esok aku akan pulang ke kampung. Insyallah...malam ni sempat siap satu kot...

So,aku nak mula berkerja..haih..dah lama rasanya tak berjaga hingga lewat malam. Bekerja di industri peiklanan pastinya buat aku rindu dengan dunia penulisan. Aku harap rezeki aku di bidang penulisan masih ada. Amin...

Walau hati tak secerah mana namun otak harus dibersihkan demi menunaikan kewajipan aku sebagai penulis. Maklumlah...dah amik job kenalah pandai tunaikan..kalau tak busuk nama aku dalam bidang ni.

Perut yang berbunyi aku cuba lupakan sebab malas nak bergerak cari makan...Dalam erti kata lain takut nak makan nanti badan naik lagi...

Cau...mata masih terpaku di skrin komputer namun hati pula di tempat lain...Mana nak cari hati yang hilang ini?;(

Webstar hasnt found the words how to express my feeling...Good night....Happy Labour Day to all...Happy Holiday darling....

No comments: