Meh Click Bebanyak ;)

Wednesday, September 16, 2009

Munculnya pula si anak bulan

Bulan Ramadhan semakin menghilang, munculnya pula Bulan Syawal. Difikirkan balik apa amalan yang dilaksankan sepanjang Ramadhan memang menyedihkan.

Manusia biasa yang melengkapkan urusan menongkat dunia lebih diutamakan dari beribadah seperti mati esok harinya.

Malam Lailatul Qadar berlalu begitu saja. Sedih sedih. Tapi sesungguhnya puasa tahun ini ada sedikit perkembangan kebaikpulihannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.. Alhamdulilah..

Raya pula semakin menjelang. Tiada apa persiapan hanya sedikit kuih muih untuk keluarga dan saudara mara,sebelum bersedekah kepada yang lain,apa salahnya dimulakan dengan yang dekat terlebih dahulu.

Baju masih belum dibeli melainkan membeli baju buat adik-adik tersayang. Mengingatkan diri sendiri..walaupun ada rezeki lebih tetapi duit tidak harus dibazirkan kerana mencari duit bukanlah benda yang senang..

Harap dengan keberkatan bulan Syawal yang bakal menjelang ini..projek penulisan luar kawasan akan bertambah,amin.

Berharap projek yang telah dibincangkan ketika Ramadhan akan menjelang tiba nanti..Amin..

Beberapa pengumuman penting juga akan dikongsi selepas habisnya Ramadhan ini. Doakan aku kawan-kawan...Insyallah...

Sangat gembira bukan kepalang apabila kita berdiri di atas kaki sendiri,berjalan dan bertatih sendiri. Walaupun pada mulanya agak sukar menapak namun hakikatnya Allah itu tidak kejam.. Dia diberikan sedikit cabaran namun disusuli pula dengan keajaiban yang tidak ternilai.

Dimulai usaha,diakhiri doa dan tawakal..serahkan padaNya.. Ucapan yang sungguh berkesan.

Kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan semangat,dorangan,bersama aku susah dan senang,jatuh dan naik aku..terima kasih tidak terhingga sebabnya inilah nilai persahabatan kita...

juga kepada yang suka membaca blog ini kalau ada... Thanks...

Bersama-sama kita mendoakan keberkatan yang lebih melebihi hari-hari sebelumnya selagi Ramadhan masih ada ini.

2 comments:

azraaiazri said...

selamat hari lebaran...semoga jangan lebar sudah!

MyLifeJournal said...

Dah lebar dh pun ha...hehehe