Ouh ya,Johnny Depp memang terkenal berlakon dalam filem seumpama begini iaitu filem bercorak saintifik,pelik dan animasi. Contoh, Edward The Scissor hand, Alice in Wonderland dan banyak lagi. Mukanya mesti diconteang sampai kita tak kenal siapa dia. Ouh tetapi aku tetap sukakan dia kerana bagilah watak apa pun pelik,sampah,muka badut dan sebagainya pastinya excellent jawapannya. Tapi yang musykil haritu kata Pirates of the Carribean 3 adalah last tup tup muncul pula yang ke empat. Adakah mengguna pakai taktik Jet Li kata nak stop berlakon tapi still berlakon? Well.... Okay back to the topic. Aku tonton dalam 3D tapi langsung tak cantik aka hebat kebabom. Takdak apa,macam tak payah tengok 3D. Jalan cerita memang lah best sebabnya kali ni ada watak baru si duyung cantik bagaikan bidadari tetapi ganas bagaikan makhluk berduri. Overall sebab aku ni tak berapa pandai nak komen,aku bagi 2.5 daripada 5 bintang.
Dan memandangkan aku telah berpindah ke opis baru yang sebelah shopping complex dan sudah tiada alasan untuk tidak menonton wayang kerana GSC ada di sebelah kami sahaja. Ya,X-Men 1st Class. Fuyohhhhhh... Memang first class sebab mata aku tak kedip-kedip menonton babak demi babak kerana setiap babak tidak pernah kosong. Serius semua ada adegan dan trust me takdak adegan bukan-bukan so takdelah orang kata ala,filem omputih boleh buat aksi 18sx bagai sebab tu laku. Ouh please,tu adalah kritikan zaman purba tok kaduk.Aku suka sebab dia terangkan satu-satu waktu dalam X-Men daripada asal mereka dan bagaimana mereka dikumpulkan. Last XMen pun ada cerita gak tapi ni lagi awal dari had tu,kira penulis dia menulis macam flashback lah. Tak tau lah lepas ni tunjuk semua asal usul keturunan moyang mereka semua kot.
Tapi serius,kalau sesiapa yang mengikuti cerita X-Men macam aku,kita lebih kenal watak especially watak Professor Xavier yang dulu berambut tetapi kini botak. Memang,XMen kali ni direct ja berbanding sebelum ni. Tapi paling best sebab Magnetto sebenarnya baik...
Ni spoiler ka? Dak kan? So,masih boleh tengok kepada yang belum. Langsung tak merugikan. Aku bagai 4 bintang.
Yeah yeah.
No comments:
Post a Comment