
Di restoran ini,kita boleh melihat chef sedang memasak melalui cermin kaca.
Kerusi yang sungguh selesa.
Dan diletakkan beberapa rak buku yang menempatkan buku-buku masakan dari dalam dan luar negara. Dan ada orang kusyuk membaca buku masakan. *Nak cuba masak ke?
Beberapa jenis rempah dan gelas disusun atur atas rak yang sangat tinggi ini.
Ruang dekorasinya yang sangat menyelesakan.
Seperti di kebanyakan restoran lain, air kosong sebagai pembuka bicara.
Air tembikai susu yang diperah secara segar dan paling terbaik ialah tanpa gula.
Begitu juga dengan air lobak susunya.
Bawah ni makanan saya,Keow Teow Goreng.
Dan ini ialah Aqua Oglio. Memang sangat "tasteless" tapi bagi saya ia sedap dan menyihatkan.
Ini ialah nasi kerabu pilhan adik saya. Memang sangat sedap. Serius.

Ini adalah manisan pilihan kami iaitu Chocolate Fondue. Ais krim dan coklatnya memang sangat sedap dan menyelerakan. Ouh,di antara pilihan chocolate fondue yang terbaik bagi saya selain di The Apartment, Barbera Cafe Bangsar.Ouh jangan terkejut jika anda lihat dimenunya tiada manisan dihidangkan kerana ia atas permintaan.
Secara keseluruhannya makanan dan harganya serta layanan yang diberikan sangat memuaskan hati. Dan kami pastinya akan kembali lagi. 4 bintang kami berikan kepada On The Table Solaris Dutamas ini.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment