Bila bercakap tentang menguji kesabaran, orang mesti kata "Sabar,sabar,sabar tu separuh daripada iman". Memang. Kesabaran itu ajaib. Tapi kadang-kadang ada orang yang menguji kesabaran kita. Yang kadang-kadang menghamburkan kata-kata yang kurang enak mungkin kerana dia 'lebih' daripada kita. Kalau salah kita sekalipun apalah salahnya menggunakan perkataan yang sedikit enak kerana itu perbezaannya kamu dengan manusia yang tidak menggunakan akal mereka. Dan kalau tidak salah apalah salahnya selidik dulu tanpa perlu mengherdik orang sesuka hati.
Mana ada manusia sempurna. Kadang-kadang sudah cuba untuk menjadi sempurna namun ada jugak salahnya. Nak buat macam mana,bukan tidak usaha tetapi usaha untuk menjadi sempurna susah nak jadikan kenyataan.
Aku tahu sabar itu ajaib. Sebab itu yang aku selalu ingatkan diri aku. Melalui pelbagai proses yang membuktikan kesabaran itu terbalas oleh Nya. Aku jugak mengingatkan diri aku agar lebih bersabar sebab taknak cepat tua,beruban atau kena darah tinggi. Tapi itulah, macam aku cakap tadi. Kadang-kadang ada sahaja yang mengganggu gugat kesabaran itu.
Aku mohon Dia berikan kepada ku pada tahap MAKSIMA. Semoga aku dapat lalui hari-hari ini dengan lebih gembira tanpa lupa pada Nya. Ameen.
Aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan dan juga bukan manusia sempurna.
P/S: Serious belum tiba waktunya memang sesuatu yang serious.. ;p
No comments:
Post a Comment