Impian dan cita-cita perlu diseiringkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Usaha bersungguh-sungguh tak memerlukan kena duduk ofis sampai malam baru balik dan tak tidur malam siapkan kerja.
No,sorry to say but I do not believe in hardwork. I know people will say that you need to work hard to get something that you want. I prefer work smart. Because you know how to balance your life and your work.
Aku memang letak boundaries dekat kerja. Mean balik rumah selain fikirkan skrip dan assignment pasal kerja memang aku dah tak mau fikir.
Cita-cita masih sama walau seribu tahun akan datang. Berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat, bahagiakan parents aku, jadi anak yang baik dan dapat apa yang aku inginkan. Cuma mungkin bendanya dan rutinnya akan berubah mengikut tahun. Tak kisahlah persoalannya berjaya kah aku dengan misi aku tahun hadapan?
Tahun akan silih berganti tapi kalau benda yang sama aku buat untuk tahun-tahun akan datang tak guna sebab misi aku tak berjayalah. Alhamdulilah tahun ni apa yang aku inginkan berjaya kecuali satu. Apa dia? Kena carry tahun depan.
Sebab misi aku ada short term mission and long term mission. Jadi satu short term mission have to be carried for next year, InsyaAllah.
Melihat family aku berjaya dan gembira satu benda yang tak ternilai untuk aku gambarkan. Sebab hidup aku kerana Dia dan keluarga. Yang tercinta, tersayang? Dia mengaturkan sesuatu untuk aku.
Aku sebagai hambanya perlu bersabar kerana He preparing something great for me. Buat apa tergesa-gesa untuk sesuatu yang telah Dia tetapkan.
Cuma aku mendoakan kejayaan untuk setiap manusia yang aku kenali. Tak kisah yang suka mahupun yang benci aku. Maklumlah nama pun kehidupan sudah tentu ada yang suka dan benci. Orang mati lagikan dikutuk-kutuk.
Yang paling penting jalani kehidupan kamu dengan jujur. Tak payah nak berlakon sangat macam sesetengah orang walaupun dengan ahli keluarga sendiri. Sebab Dia tu adil. Kamu sorok kelakuan kamu dan berpura-pura sangat end up orang dapat tahu jugak.
Okaylah, selamat tahun baru 2012 kalendar omputih dan semoga berjaya dengan cemerlang.
Money & Prosperity...bukan Prosperity Burger...
No comments:
Post a Comment