Pernahkah anda merasa bersyukur dengan setiap yang anda kecapi? Pernahkan anda merasa begitu gembira atas setiap kejayaan yang anda kecapi?
1)Saya bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.
2)Saya bersyukur saya dilahirkan dengan penuh sempurna tanpa cacat cela
3)Saya bersyukur saya dikurniakan akal dan fikiran oleh Allah
4)Saya bersyukur saya dikurniakan kedua orang tua yang sangat baik dan tiada tandingan
5)Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga yang senang dan cukup segalanya
6)Saya bersyukur saya mempunyai adik beradik yang baik dan penyayang
7)Saya bersyukur saya diberikan Allah akal yang cerdik sehingga saya diberikan peluang untuk belajar dan terus belajar
8)Saya juga bersyukur saya masih bernafas sehingga hari ini
9)Saya bersyukur saya mempunyai pekerjaan yang tetap
10)Saya bersyukur saya dilimpahi kasih sayang dari semua manusia yang mengenali diri saya
11)Saya juga bersyukur saya mempunyai orang yang menganggap saya musuh oleh itu saya tahu saya juga mempunyai kekurangan
12)Saya bersyukur saya ada segalanya....amin
13)Saya bersyukur sehingga kini ilham saya untuk menulis mencurah-curah!Alhamdulilah...
14)Saya bersyukur saya masih mampu untuk membeli makanan dengan menggunakan wang yang dicari.
15)Saya bersyukur saya tidak berjalan kaki tetapi mempunyai sebuah kereta untuk bergerak..
Ini hanya sedikit sahaja yang saya bersyukur walhal banyak lagi nikmat yang diberikan oleh NyA. YA ALLAH,aku bersyukur padamu atas setiap nafas yang diberikan atas setiap air dan masih mengalir kepadaku atas setiap langkah yang mampu aku aturkan,atas setiap kudrat yang diberikan,atas di setiap ilham yang Kau berikan,atas setiap pandangan yang mampu ku lihat,atas setiap bau yang dapat kuhidu dan atas setiap makanan yang mampu ku rasa....
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan jasad ini kepada ku...Walaupun tempoh untuk ku kembalikan jasad ini semakin dekat...hanya satu aku harapkan iaitu berikan aku ruang untuk membahagiakan semua orang...berikan aku ruang untuk mencapai impianku demi orang yang paling ku sayang iaitu keluarga ku...
Amin!
No comments:
Post a Comment