Meh Click Bebanyak ;)

Thursday, April 23, 2009

~~~Mood yang hilang~~~

Tajuk memang mengerikan,memang pun! Sebabnya instructor aku yang bernama Encik Syazwan telah mula menganggu hidup aku yang penuh ketenangan ini. Dimulai dengan pesanan-pesanan ringkas yang semestinya tidak diperlukan namun tetap dihantar juga sehingga aku hampir menjadi separuh gila untuk menjawab pesanannya yang berbau kegatalan itu.

Semalam yang sepatutnya menjadi hari-hari indah dalam hidup ku seperti dua hari sbelumnya hancur kerana aku meluat nak tengok muka dia. Fikir-fikir,aku dahla bayar banyak lepas tu taknak pergi sebab lelaki tu. Ini tak boleh jadi,malam ini perjuangan harus dijalankan lagi!

Terbaca satu cadangan oleh FOMCA iaitu Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia yang menyarankan agar 21 April ini mula menutup televisyen seisi keluarga bagi mengeratkan silaturahim di antara ahli keluarga dan ibu bapa punyai lebih masa dengan anak-anak mereka.

Aku tak tahu mana timbulnya idea agak kurang bijak ini. Adakah kerana televisyen mereka sekeluarga tidak rapat? Adakah kerana menonton televisyen membuatkan mereka tidak ada masa dengan anak-anak? Oh tidak,tepuk dada tanya selera!

Pokok pakalnya datang dari diri kita sendiri untuk mengubah cara dan pemikiran kita. Sekiranya benda itu hitam tetapi kita pulak memutihkannya jadilah ia putih. Sebagai contoh,tahi ayam busuk dan mengelikan. Sudah semestinya ia adalah najis binatang,tetapi setelah dibuat kajian,baja yang paling terunggul bagi menyuburkan sayur-sayuran ialah tahi ayam. Bayangkan tahi pun boleh jadi bagus jika kita pandai menggunakannya. Begitu juga dengan program di dalam televisyen,sebagai contoh drama yang memaparkan aksi-aksi bukan-bukan mereka boleh menontonnya dan boleh mengambil contoh benda yang buruk dan memberitahu anak-anak apa yang boleh dan tidak dilakukan.Begitu juga sebaliknya...

Manusia ini cepat sangat melatah! Terutamanya badan-badan yang seperti ini,apa yang tidak kena mula menunding jari menyalahkan orang lain walhal diri sendiri tidak pula nampak cacat celanya.

Aku bukan berkata begini bukan sebab aku di antara pekerja yang mengusahakan sebuah rancangan. Tapi ini adalah kerana aku mengambil kira pengalaman lalu. Boleh saja aku dan keluarga menonton sebuah rancangan/drama dan sebagainya dan bergelak ketawa kemudian boleh pulak membincangkan satu isu berkenaan apa yang ditonton bersama keluarga itu. Aku pasti keluarga yang lain juga begitu.

Tutup televisyen tidak akan berfungsi apa-apa sekiranya kita mengambil itu sebagai satu langkah merapatkan hubungan keluarga. Percayalah...semuanya terpulang pada diri sendiri.....

Peace no war...

No comments: