Hujung minggu aku kali ini digunakan dengan sebaik-sebaiknya. Hari Sabtu aku ditemani oleh cousin aku seperti biasa ke Sunway Pyramid,yang paling dekat,yang paling senang dan yang paling aku hafal. Hajat sebenarnya nak pergi membeli kasut gym aku. Nak menambahkan semangat yang telah sedia ada dengan membeli kasut baru. Kasut yang aku pakai sebelum ini dah lusuh dan nampak macam sedih pulak...kekkee..
So,aku pun beli kasut paling terbaru Nike untuk Fitness...Budget dalam lingkungan RM250 sahaja apabila melihat kasut Adidas. Tetapi design Kasut Fitness Adidas tidak begitu menarik perhatian aku,colour sangat dull dan memboringkan. Pergi ke kedai Nike sebelah dan menjengah. Akhirnya apa yang kucari-cari akhirnya jumpa. Walaupun harganya dua kali ganda dari budget aku tetapi sangat berbaloi ditambah pula dengan struktur kaki aku yang sangat kecil dan agak susah mencari kasut yang sesuwai...akhirnya ia jadi milik aku!!!
Setelah puas berjalan dan membeli belah,hajat aku saja-saja nak tengok perfumes..ini semua dek hasutan cousin aku yang ingin membeli perfumenya yang telah habis. Seperti biasa,aku hanya menahan diri daripada membeli sebarang perfumes. Tetapi malangnya nafsu syaitan yang mula merasuk terus memulakan strateginya. Akhirnya perfume Moschino Cheap & Chic. Walaupun perfume jenis yang lama tapi aku susah nak tukar benda yang aku suka. Yang si sales man err..sales girl eh..salesman...entahlah tak tahu nak letak kategori mana tetapi mula memainkan peranannya..tetapi yang paling aku suka dia tak memaksa. Itulah kelebihan salesman err girl ni...Tak memaksa...paling best! So,aku belilah....
Cousin aku mula lapar..Ole Ole Bali menjadi pilihan kami. Makan punya makan lepas itu perjalanan diteruskan.
Sambungan cerita yang tak seberapa ni nanti sebabnya...aku nak buat Filem 8 Jam...idea tengah datang...Wish me luck...
No comments:
Post a Comment