Alhamdulilah,akhirnya projek yang ku nantikan menjelang tiba. Aku baru dapat projek untuk samarinda lagi sebanyak 25 episod 30 minit. Tajuknya masih dalam perancangan kerana hari tu hanya pitching konsep..Macam biasa,samarinda konflik kena macam setan so baru orang tengok.
Idea filem 8 JAM nampaknya semakin belum muncul dalam otak aku. Duk tengah cari-cari cerita untuk ditonton buat setakat ini aku tengok lagi 7 POUNDS...Huh...
Cinta Tikar Sejadah aku tengah tunggu produser membaca sinopsis per episod seperti yang Astro Oasis mintak...Harap2 semuanya oklah hendaknya. Sebab tak sabar nak siapkan skrip cerita ini. Sebabnya adalah rahsia...;P
Itu baru good news nya yang bad news nya ialah kerja aku bertambah banyak dan perlu disiapkan dalam tempoh serentak. Haiyooohh..tak per more scripts more money lah...Erm...
Semalam di gym buat cardio. Cardio=untuk jantung apabila semakin laju dan cepat jantung mengepam darah semakin banyak oksigen maka makin banyak lemak yang terkumpul akan dibakar dengan cepat. Still be motivated. Kejap-kejap tengok badan mengalahkan orang mengandung sebab nak tengok perubahan diri. Tapi bila difkir balik aku kena tanam niat untuk exercise ini adalah kerana kesihatan. Yes...
Jumaat ini ada internal preview for Jangan Pandang Belakang Congkak..arahan siapa lagi,Ahmad Idham ler. Ramai yang tertanya-tanya kenapa Idham. Okay,macam ni ceritanya,Idham merupakan salah seorang pengarah yang telah sign dengan kita untuk jadi pengarah tetap sampailah target filem yang diusahakan David Teo mencapai targetnya. Bagi aku baiklah mencapai kualiti bukan kuantiti. Tapi orang berniaga,biarlah. Aku pulak lebih suka buat drama,nampak lebih kualiti sikit bukan maksud aku drama yang aku buat berkualiti tetapi at least untuk buat drama kena melalui beberapa proses dan persetujui oleh semua orang. Kalau cerita tak okay tv takkan terima begitu juga sebaliknya. Jadi nak lepas proposal tu kena betul-betul fikir dan fikir.
Buat filem? Hari ni tulis skrip next week dah leh shoot. Senang janji ada duit...David?Duit berkepuk-kepuk..cakap je..Yang duit sikit pekerja dia...hahhaha...;P.Buat filem prosesnya sangat senang bagi MIG sebab secara langsung tidak meminjam daripada mana-mana bank ataupun company lain.
Nanti sambung...nak buat kerja...Bilalah orang tu nak online...;P
2 comments:
erm...punya la khusyuk baca post terbaru awk ni..tp yg paling best ayat last la..kekeke..tunggu sy ke??dh mula rindu ek..jaga2 tau jgn smpai jatuh hati plk..bahaya tu..hahaha..;)
Opppssst...
Post a Comment